Bab 41

405 75 2
                                    

Perut berkeroncong aku usap. Brek tangan aku tarik, mematikan enjin kereta lalu mencapai beg tangan yang terletak di tempat duduk penumpang. Penglihatan gelap seketika tatkala terkena silau cahaya matahari. Laju-laju aku beralih ke tempat yang redup.

Sepatutnya hari ni aku keluar makan tengahari dengan Dahlia. Aku pun tak masaklah. Tiba-tiba dia cakap tak dapat nak keluar. Aku pun tak adalah nak marah. Tahu perempuan mengandung ni macam-macam sakit dia kena hadap. Tapi sebab tak masak, perut pun dah berbunyi, terpaksalah makan kat luar.

Baru saja tangan mahu menyentuh pemegang pintu, pintu dikuak dari dalam. Aku lantas mengucapkan terima kasih kepadanya tanpa mendongak. Sengaja, untuk menyembunyikan wajahku.

Seorang wanita lalu di sebelahku, ditemani oleh seorang jejaka berkemeja putih. Baru saja aku mahu berlalu masuk ke dalam restoran, wangiannya menghentikan langkahku. Aku kaku di tempatku.

"You datang tak dinner malam ni?" Tanya gadis itu.

"Hm." Jawab si jejaka sepatah.

Aku menelan liur. Sebahagian dari diri mahu berpaling ke belakang, mahu memastikan tekaanku tepat tetapi sebahagian lagi mendesak untuk tak ambil peduli walaupun tekaanku tepat.

Pintu kereta ditutup. Enjin berderum.

"Excuse me miss, are you going to dine in?" Sapa seorang pekerja berbangsa Cina.

Aku tersentap. Dek kerana tangan masih menahan pintu daripada tertutup, pendingin hawa bertiup meninggalkan restoran. Aku lantas memohon maaf dan masuk ke dalam. Menutup semula pintu.

Aku menoleh ke belakang. Hanya sempat melihat kereta putih dipandu pergi. Keluhan aku lepaskan.

Perasaan aku je kut. Bukan dia seorang je yang pakai perfume tu.

Aku memilih tempat duduk secara rawak. Walaupun tengah lunch hour, restoran agak lengang. Mungkin sebab restoran baru dibuka. Tak ramai pelanggan. Kalau servis tiptop, lama-lama nanti bertambahlah rezeki.

"Can I get your order, miss?"

"Hm... One honey chicken rice and one... carrot juice." Jawabku lalu mengembalikan buku menu di tangan.

Pelayan itu mengangguk faham sambil tersenyum. Kemudian berlalu pergi untuk menyiapkan pesananku.

Pintu dibuka lagi. Seorang lagi pelanggan masuk ke dalam. Aku bersahaja melayari internet. Membaca berita-berita industri hiburan.

"Hi," Dia menyapa wanita Cina tadi. "I was just here five minutes ago. I think I dropped my phone here. Have you seen it?"

Aku tergamam.

S-suara tu...

Aku mendongak. Dia memandang ke arahku. Pandangan bertemu di pertengahan.

Mark.

"I'm sorry, sir. I haven't seen it."

Mark diam. Kaku tatkala melihatku, seakan-akan melihat hantu.

"Sir? Sir?"

"Mark!"

Mendengar suara gadis di belakangnya, dia menoleh bagaikan refleks. Gadis bertudung beige itu tersenyum manis, menayangkan telefon pintar di tangannya.

"I jumpa dalam kereta, under your seat." Beritahunya kepada Mark.

"O-oh." Dia mengambilnya lalu diselukkan ke dalam poket celana

Aku merendahkan pandangan. Meskipun sudah terlambat kerana dia telah menyedari kehadiranku di sini.

Girlfriend dia ke?

"Da—"

"You, lunch hour dah nak habis ni. Jom?"

Kenapa dia tak datang dengan Suzy? Dorang dah... break up ke?

Aku mencuri pandang ke arah pintu, di mana dia dan gadis itu berdiri sebentar tadi. Barulah aku menyedari mereka tidak lagi kelihatan.

Dia... nampak okay.

Dan dengan mudahnya, usaha untuk melupakannya hancur dalam sekelip mata.

+

"Nah, air oren!" Dahlia meletakkan gelas ke atas meja.

"Isy, you ni! Kan I dah cakap tak payah susah-susah nak buat air. Kalau I nak, tahulah I nak buat sendiri. You dahlah tengah pregnant, tak reti nak duduk diam pula tu." Omelku sambil meletakkan bantal pada sofa agar selesa untuk Dahlia menyandar. "Duduk sini."

"Sayang juga you kat I eh?"

Aku mencebik.

"Cakaplah apa yang you nak cakap."

Aku terkebil-kebil. Mengelak daripada bertentang mata dengan Dahlia.

"C-cakap apa?"

"Eleh, buat-buat tak tahu pula! Macamlah I baru kenal you sehari dua."

Aku mencapai air oren yang diletakkan pada meja kopi. Menghirupnya sedikit demi sedikit. Mahu melengahkan masa. Berharap agar Dahlia akan menukar topik perbualan. Tapi melihat dia tak putus dari merenungku, aku mengeluh. Menyerah kalah.

"You... ada contact Mark tak? How is he?" Gelas aku letakkan ke bawah.

"Hm... tak ada pula. Kenapa?"

"I terserempak dengan dia tadi. Dia... keluar dengan perempuan lain."

"Girlfriend dia ke?"

Aku menjongket bahu. "But she seems nice. Cantik pula tu."

Dahlia menghela nafas panjang. Dah masak dengan perangai aku.

"So what? You rasa insecure? Cemburu?"

Tanpa ragu-ragu, aku mengangguk.

"You belum move on lagi ke?" Mata Dahlia membundar.

Sekali lagi aku mengangguk.

"D... come onlah! It's been 4 years already. you cantik kut. Ramai lagilah lelaki kat luar sana yang nak kat you."

Dahlia meraih tanganku. Aku tersenyum kelat.

"You don't have to feel like he's the only one who can love you like that."

"But he's the only one that I can love like that."

"Daiyan—"

Aku menarik tanganku dari genggamannya. Lantas mematikan bicaranya.

"I ingatkan kalau I pergi jauh dari dia, tak contact dia langsung, I boleh lupakan dia. Slowly but eventually. And—I really thought I dah lupakan dia. In fact I dah tak fikir pasal dia tapi lepas—lepas I nampak dia... I went back to zero. I still want him."

Dahlia mendengus kasar. Aku tahu pengakuanku membuatkannya tertekan tapi aku tak nak tipu kawan baik aku sendiri. Kalau aku kena tipu seluruh dunia sekalipun, sekurang-kurangnya aku kena jujur dengan dia. Sebab dia kawan aku.

"I missed him."

Dan perasaan yang aku cuba kubur selama empat tahun, datang kembali menghantuiku.     

MelodramaWhere stories live. Discover now