Bab 15

464 75 3
                                    

Dinner's on me! – Suzy

          "Dinner? Mark pun... join sekali ke?"

          Aku menanti nama seseorang untuk muncul pada skrin. Namun setelah hampir lima minit berlalu, namanya tak kunjung tiba.

          "Dia tak reply chat Suzy sebab dia dah tahu ke?"

          Seakan tahu aku sedang memikirkannya, telefonku berdering nyaring. Nombor tak bernama tertera pada skrin. Sepuluh digit itu sudah aku hafal. Mungkin kerana sering merenung ruang bual kami, secara automatik otakku menghafalnya.

          Aku berdehem. Mempersiapkan tekak untuk mengeluarkan suara yang lebih lunak ketika menjawab panggilannya. Setelah tiga deringan, aku menekan butang jawab. Sengaja melambatkan pergerakan jari untuk menekan butang jawab. Sekali-sekala, kenalah jual mahal sedikit. Barulah mengujakan.

          "H-Hello?"

          "Assalamualaikum." Suara garau menyapaku.

          "W-waalaikumussalam." Aku meneguk liur. "K-kenapa a-awak call saya?"

          "Hm... malam ni, awak tak beli Ribena ke?"

          "Tak kut. Dahlia dah penuhkan satu peti sejuk dengan Ribena. Rasanya, boleh jadi bekalan untuk sebulan." Jawabku. "Kenapa awak tanya?"

          "Tak ada apa-apalah."

          "Are you sure?"

          Keluhan panjangnya bergema di sepanjang corong talian. Bunyi hon dan enjin kereta sayup-sayup kedengaran. Kereta lalu? Atau bunyi yang datang daripada kaca televisyen?

          "Awak kat mana ni?"

          "Hm... ingatkan malam ni awak nak beli Ribena lagi. Saya pun tunggulah kat tempat selalu. Tak apalah. I'll just go home."

          Eh, lain macam nada dia! Takkan merajuk kut sebab tak dapat jumpa aku? Seriuslah dia... merajuk?

          Ya Allah, comelnya!

          "Hello? Awak? Awak?"

           "Ya! S-sorry. Saya termenung tadi." Aku mengerdipkan mataku berkali-kali. Menyedarkan semula diri sendiri. "Awak duduk diam-diam kat situ! Kejap lagi saya datang!"

          Talian sunyi buat seketika. Kalau bukan kerana deruman enjin kereta dan salakan anjing kedengaran, pasti aku berfikir dia sudah meletakkan panggilan. Ke mana pula dia? Tiba-tiba senyap begitu, mengapa?

          "Hm. Saya tunggu." Katanya, separa berbisik.

          "Okay."

          Langkahku terencat. Pegun di hadapan gadis yang terlelap pada meja kopi. Kepalanya berbantalkan lengan sendiri pada meja kopi. Skrin komputer riba juga masih menyala. Entah apa yang dia kerjakan lagi malam ini.

         Bahunya aku tepuk perlahan. Memanggil namanya. Badannya bergerak. Terkejut agaknya. Kelopak mata dibuka. Perlahan-lahan dia mendongak. Berkerut sambil mengurut lengannya yang dijadikan bantal. Lenguh.

          "Nak pergi mana?" Dahlia memandangku dari atas ke bawah.

          Aku mengenakan sweater merah muda yang aku beli di Busan sekitar enam bulan yang lalu. Tidak lupa juga, wajah aku tutup dengan baseball cap—yang Mark pinjamkan.

MelodramaHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin