Melur melangkah masuk ke ruang tamu rumah Firdaus bersama pandangan mata yang melilau ke sana sini. Kemudian dia berlalu ke beranda,melihat pemandangan indah dari tingkat 7 bangunan ini. Dia tersenyum gembira. Inilah rumah impiannya.
“Jadi inilah rumah kita ya?” soal Melur girang.
“Excuse me? Rumah siapa tadi? Tak dengar.” soal Firdaus semula dengan lagaknya.
“Rumah kita. Kenapa?” jawab Melur polos. Firdaus mendengus tawa sinis.
“Hello,pembetulan. Ini rumah saya,bukan rumah kita. Rumah saya. Sahaja.” Sekali lagi jawapan Firdaus berbaur nada sombong.
“Amboi-amboi... Berlagak tak ingat. Lupa diri la tu.” leret Melur bersahaja.
“Apa pula berlagak? Dah ni memang rumah saya.” jawab Firdaus masih dengan nada yang sama. Melur menghampirinya.
“Encik Firdaus,kita ni dah kahwin. Nak tak nak abang kena terima Melur sebagai share holder dalam rumah ni.” Firdaus tersenyum senget.
“Share holder? Banyak cantik muka awak? Berapa banyak yang awak bagi kat saya untuk beli rumah ni?” perli Firdaus lagi. Melur merapatinya.
“Sebelum ni memang tak ada. Tapi mulai hari ni,Melur akan bayar pada abang setiap hari. Every single day.” jawab Melur sambil menyua wajahnya ke wajah Firdaus.
“Maksud awak?” soal Firdaus sedikit tergugat dengan aksi berani Melur. Melur senyum.
“Okey,abang beli rumah ni dengan sekali bayar,tapi Melur akan berkhidmat kat rumah ni untuk seumur hidup Melur. Jadi itulah harga yang Melur akan bayar untuk abang nanti. Lebih dari cukup rasanya.” kata Melur sambil memandang Firdaus di hujungnya.
“Ahh..malaslah nak layan awak. Buat sakit hati saya je.” Melur mengangkat tangannya.
“Cukup. Dah cukup tu. Dah lama sangat abang cakap awak-saya dengan Melur. Dah tak ingat perjanjian ke? Itu syarat utama tau? Satu kesalahan besar kalau tak ikut.” soal Melur dengan gaya selambanya.
“Ada saya kisah?” soal Firdaus sinis. Melur senyum.
“Tak kisah ke kalau jadi apa-apa pada hubungan abang dengan Dee?” soal Melur lalu mengangkat-angkat keningnya di hujungnya. Firdaus berkerut.
“Awak ni...”
“Apa dia abang? Melur tak dengar?” pintas Melur sambil meletakkan tangannya di telinganya seperti menadah telinga. Firdaus diam tidak menjawab. Melur senyum.
“Mana satu bilik kita abang?” Juga Firdaus tidak menjawabnya. Malas melayan Melur lagi.
“Okey takpa. Melur cari sendiri.” kata Melur lalu naik ke tingkat atas.
“Dah jumpa...!” laungnya dari pintu bilik tidur. Firdaus membiarkan.
“Besarlah bilik tidur kita ni abang. Boleh main golf dalam ni. Tapi kalau sempit pun Melur tak kisah...” leret Melur di hujungnya. Sepi sesaat dua. Firdaus biarkan.
“Sebab...kita berdua tetap boleh share tidur sama-sama walau sesempit mana pun. Tak gitu abang?” sambung Melur semula sambil berdiri di beranda tangga. Firdaus menjelingnya. Dia semakin pasti bahawa malam tadi memang Melur sengaja menyusahkannya dengan mengikutnya tidur hingga ke sofa. Melur memang sengaja buat dia tidak berani untuk tidur. Jelingan Firdaus Melur balas dengan sengih nakalnya. Dia masuk semula ke dalam bilik.
“Wow! Ada sofa la abang. Bestnya.” Sepi lagi sesaat dua,namun dada Firdaus mendingin sebaik mendengar perkataan sofa itu.
“Tapi sofa ni besar sikit dari yang semalam. Muat untuk kita berdua. Kan abang?” usik Melur lagi bersama senyuman nakalnya. Firdaus merenungnya dengan marah. Panas hatinya. Sekarang dia sangat pasti bahawa telahannya itu benar belaka.
“Aa...kalau abang nak tidur kat sofa lagi,jangan lupa ajak Melur sekali. Melur memang suka tidur atas sofa. Nak-nak lagi,pukul 4 pagi. Sejuk,sempit,syok tau...” leretnya lagi lalu melepas tawa kecilnya. Sah,ayat itu adalah ayat pengesahan bahawa Melur memang sengaja mengenakannya malam tadi. Firdaus berpaling darinya. Malas melayan lagi.
‘Ada jugaaakk budak sewel yang mintak penampar Jack Sparrow aku ni. Ni kalau aku bagi ni,maunya seumur hidup dia tidur kat atas sofa tu.’ marah Firdaus di dalam hatinya. Dia merasa terkena dan sedang mengawal kemarahannya.“Aa..bilik kosong kat hujung tu Melur nak. For my private room. Hope you don’t mind.” sambung Melur lagi bersahaja. Firdaus menghempas duduknya di sofa.
‘Buat macam rumah sendiri pulak. Banyak cantik.’ kata Firdaus di dalam hati.“Abang,naiklah ke atas. Kita kena kemas beg. Kan esok nak fly to Bali?” laung Melur lagi.
“Banyaklah awak punya Bali!” jawab Firdaus marah. Melur ketawa. Tiba-tiba Firdaus menerima pesanan dari aplikasi WhatsApp. Ianya dari ahli keluarganya. Firdaus terdiam membacanya. Selepas dia membuat panggilan telefon,dia naik ke bilik tidurnya. Firdaus berdiri di muka pintu bilik. Kelihatannya Melur sedang mengemas bajunya.
“Siap-siaplah. Esok pagi bertolak.” kata Firdaus serius. Melur menoleh.
“Hah? Jadi ke?” soal Melur dengan senyuman terujanya. Firdaus mengangguk.
“Dah agak dah...” jawab Melur dengan senyuman nakal. Firdaus diam kerana tiada apa lagi yang mampu dia lakukan selain diam.
-cnc-
28 Jan 21
HB to me
YOU ARE READING
MY 'RUDE' WIFE
RomanceSUDAH DITERBITKAN oleh Suara Hati Publication ❤ Memang payah andai cinta dirasakan,namun dirahsiakan. Melur mungkin menyintai,namun dia bersembunyi. Firdaus mungkin menyayangi,namun dia tidak menyedari. "Yelah,papa minta Melur kahwin dengan abang ta...