Bab 7

78.5K 676 73
                                    

Semua orang sedang berkumpul di perkarangan pintu masuk ke masjid. Beberapa orang kawan Firdaus sedang bersedia dengan dulang hantaran di tangan masing-masing. Semua orang kelihatan gembira dengan majlis yang bakal berlangsung bila-bila masa ini. Namun Firdaus masih lagi sedih. Fikirannya masih lagi mencari-cari jalan untuk lari dari pernikahan ini. Kalau boleh,mahu saja dia meghaibkan diri agar tidak perlu terjebak dalam pernikahan tanpa rela ini. Apa lagi? Semuanya difikirkan. Semuanya bagai mampu dilakukannya.
‘Ya Allah,apa yang sedang aku buat ni?’ soal hatinya. Dia termangu sendirian selepas mengambil wuduk sebelumnya. Tidak mahu berbicara dengan sesiapa termasuk Raikarl. Fikirannya menerewang memikirkan apa yang bakal dihadapinya selepas ini,juga untuk masa yang akan datang. Hatinya merindui Dee yang jauh di mata. Entah apa yang harus dia katakan pada Dee nanti. Ya,itu juga difikirkannya. Matanya ralit melihat ke satu arah. Tiba-tiba bahunya ditepuk perlahan. Dia menoleh.

“Dah ready?” soal abinya. Firdaus tidak menjawab. Dia menatap mata lelaki itu bersama pandangan mata yang masih mengharapkan agar lelaki itu memahami perasaannya ketika ini. Betapa dia mahu lari dari pernikahan ini.

“Kali ni je. Fir percaya abi kan?” soal Haji Nasarudin lembut. Firdaus terus menatap mata abinya yang penuh dengan harapan,agar dia bersetuju untuk meneruskannya. Terdetik di hatinya,mungkin ini yang benar-benar abi mahukan darinya. Selama dia membesar, tidak pernah abinya mengarah atau meminta sesuatu darinya termasuklah jalan kariernya dan pilihan hatinya. Tapi tidak untuk kali ini. Firdaus faham dan mengangguk. Haji Nasarudin senyum,lalu mereka masuk ke dalam masjid. Firdaus duduk di tempat khas untuknya. Hatinya berdebar untuk banyak perkara terutama untuk siapa bakal pengantinnya.
Imam Haji Mahadi datang dan memeriksa semua borang dengan teliti sebelum memastikan kedua-dua pengantin bersetuju dengan pernikahan yang bakal berlangsung ini. Dia kemudian memberi sedikit nasihat kepada Firdaus sebelum bergelar suami. Firdaus mendengar dengan teliti meski hati masih goyah. Tiba saatnya...

“Firdaus Iskandar Bin Haji Nasarudin,aku nikahkan dan kahwinkan dikau dengan Yang Mulia Tengku Adriana...” kata-katanya terhenti di situ. Imam Haji Mahadi tersentak apabila secara tiba-tiba Firdaus menarik tangannya dari genggamannya.

“Eh,kenapa ni?” soal Imam Haji Mahadi terkejut dan tidak mengerti.

“Err,apa nama dia tadi?” soal Firdaus panik bersama wajah yang jelas kelihatan terkejut dan panik. Berkerut wajah Imam Haji Mahadi melihat reaksi Firdaus.

“Aik,nama bakal isteri sendiri pun tak tahu ke?” soal Imam Haji Mahadi kehairanan.

“Err,anak saya ni nervouse sikit Imam. Tu yang terkejut lebih tu.” kata Haji Nasarudin sambil memegang bahu anaknya. Imam Haji Mahadi senyum.

“Oo..ingatkan apa tadi. Bawa bertenang ya? Kita bukannya nak berkhatan. Nak nikah je. Confirm tak sakit.” Usikan Imam Haji Mahadi itu meledakkan tawa tetamu yang ada. Firdaus tidak mempedulikan tawa mereka. Tumpuannya hanya pada nama itu.

“Boleh saya tengok borang nikah tu sekejap? Nak hafal nama dia baik-baik.” pinta Firdaus dengan wajah sedikit cemas. Imam Haji Mahadi menggeleng-geleng kecil sambil menghulurkan borang itu kepadanya. Matanya tertancap pada nama itu.
‘Siapa yang aku nak kahwin ni?’ soalnya pada diri sendiri. Firdaus berpaling ke kirinya. Kelihatan lelaki berkulit putih sedang tersenyum memandangnya. Firdaus yakin,itulah bakal bapa mertuanya. Dia menoleh ke satu susuk tubuh yang berada di tempat khusus untuknya. Seorang gadis sedang tunduk sambil berpegangan tangan dengan seorang wanita jelita di sisinya. Firdaus sangat yakin wanita itu bakal ibu mertuanya. Firdaus tunduk membaca nama gadis itu sekali lagi. ‘Nama dia... Betul kata Raikarl.’

“Dah sudah?” soalan Imam Haji Mahadi mengejutkan Firdaus. Firdaus sedikit tercengang. Dia masih buntu dan kepalanya penuh dengan tanda tanya. Haji Nasarudin menepuk bahunya dan melucutkan Firdaus dari rasa paniknya. Firdaus mengelap atas bibirnya yang sedikit berpeluh sambil mengangguk-angguk. Borang nikah itu diserahkan semula kepada Imam Haji Mahadi. Tangannya sekali lagi bersatu dengan tangan Imam Besar masjid negeri itu.

MY 'RUDE' WIFEWhere stories live. Discover now