Bab 27

64.3K 667 43
                                    

Firdaus sedang bersiap-siap untuk ke pejabat. Hari ini dia akan kembali bekerja setelah dua minggu bercuti. Firdaus bersemangat kerana hari ini juga dia akan bertemu Dee semula. Melur yang juga sudah bersiap cantik,datang menghampiri untuk memakaikannya tali leher.

“Ishkk,tak payahlah. Saya boleh pakai sendiri.”

“Apa? Sekali lagi?” soal Melur kembali. Firdaus berdecit.

“Abang boleh pakai sendiri. Suami Cik Puan Melur ni nak pergi kerja,bukan nak pergi sekolah. Budak sekolah je yang nak disiapkan.” balas Firdaus bernada seperti menyindir.

“Ada beza ke abang dengan budak sekolah?”

“Apa maksud Melur ni?” Melur tidak menjawab soalan Firdaus dan terus memakaikan tali leher Firdaus.

‘Wanginya.’ Desis hati Firdaus.

“Kalau busuk-busuk nanti suami lari.” Jawapan Melur mengejutkan Firdaus. Melur berlalu.

“Jangan lupa zip seluar tu Encik Suami kepada Cik Puan Melur.” Sekali lagi Firdaus terkejut dan pantas tunduk melihat zip seluarnya yang masih terbuka. Melur senyum.

“Bukan budak sekolah konon.” leret Melur dan turun ke tingkat bawah. Firdaus mendengus sendiri. Sedikit malu dengan apa yang baru terjadi.

“Ishk,kau ni. Kenapa kau tak katup lagi hah? Saja nak malukan aku ke apa?” soalnya kepada zip seluarnya yang masih belum tertutup itu.

“Kau siap kau. Kau buat sekali lagi,taulah nasib kau nanti. Aku bakar kau hidup-hidup tau tak? Dalam keadaan kau ternganga macam ni. Reti?” marahnya lagi sambil menarik kepala gelangsar zipnya ke atas. Tiba-tiba Firdaus terkejut sendiri.

‘Eh,kalau aku bakar kau,maknanya aku bakar dengan 'adik' aku sekali la ya?’ kata Firdaus dalam hati. Dia berdecit deras.

“Hisy,kaulah ni punya fasal. Tak fasal-fasal dia gelakkan aku.” bebelnya lagi.

“Sukalah budak tu dapat kenakan aku pagi-pagi ni. Tu mahunya mengilai tahap langsuir kat bawah tu.” omelnya lagi tidak puas hati. Mukanya masam mencuka. Dia bersiap sepenuhnya dan turun ke tingkat bawah. Melur telah menunggunya di meja makan dengan senyumannya. Langkah Firdaus mati di anak tangga terakhir.

‘Tu senyum sindir aku la tu. Seronoklah tu dah malukan aku tadi.’ omel Firdaus sendiri.

“Selamat pagi sayang. Mari sarapan.” sapa Melur mesra.

“Tak payah. Saya..uff! Abang sarapan kat ofis je.” jawab Firdaus bernada marah sombong.

“Tak payah. Abang sarapan kat rumah je.” ajuk Melur seiras nada Firdaus.

“Time kerja,abang tak pernah sarapan kat rumah tau.” Firdaus masih membantah. Sebetulnya dia merancang utuk bersarapan dengan Dee nanti.

“Tu sebelum kahwin.”

“Tak naklah.” bantah Firdaus lagi. Melur mendengus.

“Ni kenapa degil ni? Kan Melur dah cakap sarapan kat rumah? Ada dalam deal kot. Akta nombor 4 tu. Mai dok sini.” balas Melur semula.Firdaus diam masih berdiri di hujung tangga.

“Orang cakap dia macam budak sekolah,tak percaya. Tengok tu,degilnya sebiji macam budak sekolah. Abang,dengar tak Melur cakap ni?” Melur mula membebel. Firdaus berdecit.

“Hisy,yelah,yelah! Makan pun nak paksa orang.” jawab Firdaus lalu mengambil tempatnya.

“Good boy. Macam nilah anak mama.” kata Melur dengan senyumannya. Tanpa banyak bicara,Firdaus terus menjamah nasi goreng udang di pinggannya. Makan dan terus makan.

MY 'RUDE' WIFEWhere stories live. Discover now