Dee masuk ke bilik dengan perasaan sedih. Dia duduk perlahan di atas katilnya. Masih tidak percaya dengan apa yang terjadi. Firdaus telahpun menjadi suami wanita lain, bukan dia. Itupun di luar pengetahuannya. Balik sahaja dari Bandung,dia menerima perkhabaran bahawa Firdaus telahpun bernikah pagi itu. Semuanya seakan sebuah mimpi. Bagaimana Firdaus boleh berkahwin dengan wanita lain sedangkan selama ini,hanya dia seorang yang Firdaus sayangi? Di mana silapnya? Apa salahnya sehingga keluarga Firdaus sanggup memaksa Firdaus berkahwin dengan wanita lain,sedangkan mereka tahu dia dan Firdaus sudah lama bersama? Apa kurangnya dia berbanding wanita itu? Kenapa keluarga Firdaus sanggup melakukan ini terhadap dirinya? Dee tenggelam punca. Meski ruang bicaranya dengan Firdaus tadi seakan berakhir dengan baik,tapi hatinya tetap sedih. Firdaus bukan hak mutlaknya lagi. Mulai sekarang dia harus ‘berkongsi’ Firdaus dengan perempuan lain. Berkongsi perhatian,masa dan mungkin juga kasih sayang Firdaus. Dia tidak tahu sama ada dia mampu atau tidak untuk menghadapinya. Selama ini hanya dirinya yang menjadi tumpuan Firdaus. Seluruh perhatian Firdaus hanya padanya. Waktu Firdaus juga untuknya. Tetapi sekarang ianya tidak akan lagi menjadi semudah sebelumnya. Semuanya harus dibahagi dua. Dia merasakan dirinya sekarang seperti sedang bermadu dengan wanita itu. Dan dia adalah isteri ke dua Firdaus. Perit.
Dee bangun menuju ke meja soleknya. Ditatap wajahnya sendiri. Seketika wajah Firdaus muncul di hadapannya. Lelaki itu adalah kekasihnya. Kekasih yang telah bersamanya selama tujuh tahun ini. Kekasih yang setia dengannya. Dan sekarang kekasihnya itu sudahpun menjadi ‘kekasih’ wanita lain. Perit lagi. Dee mula teringatkan pertengkarannya dengan Firdaus seminggu sebelum dia berangkat ke Bandung. Malam terakhir mereka keluar makan malam bersama. Malam yang telah mengubah takdir mereka berdua. Malam yang telah merubah haluan hubungannya dengan Firdaus. Malam yang telah memisahkan mereka sebagai pasangan kekasih yang bebas bercinta seperti sebelum ini. Malam yang telah menukar keseluruhan jalan cerita kisah percintaan mereka.“Fir,I dilantik sebagai Pengarah untuk projek terbaru syarikat. Jadi I kena stay kat Bandung at least for first three months.” kata Dee memulakan bicara tentang perjalanan terbaru keriernya sebagai pengarah projek syarikat. Firdaus mendongak memandangnya.
“Lamanya?” soal Firdaus kembali bersama mulut yang sedang mengunyah makanannya.
“Kenapa? You rindu?” soal Dee bersama senyuman nakalnya. Firdaus mendengus tawa.
“It’s not about that.” jawab Firdaus perlahan sambil meletakkan sudu dan garfunya semula.
“So?” soal Dee kembali. Firdaus merenung tepat ke mata Dee.
“You sayang I kan?” soal Firdaus memulakan. Dee senyum lagi.
“Tentulah. I nak sayang siapa lagi selain you?” jawab Dee bersama senyumannya. Firdaus diam seketika. Dia memerhati Dee yang sedang menyuap makanan ke mulutnya.
“Dee,you tahu kan kita dah tujuh tahun bersama? I sayangkan you sangat-sangat. I rasa you tahu yang I betul-betul serius dengan hubungan kita ni.” kata Firdaus memulakan sekali lagi.
“Yeah,so?” soal Dee semula. Sekali lagi Firdaus diam menatap wajah Dee. Perlahan Firdaus mengeluarkan sebuah kotak kecil dari poket jaketnya dan membukanya.
“I nak lamar you jadi wife I. Kita kahwin ya?” kata Firdaus lembut sambil menghulurkan kotak kecil itu kepada Dee. Sepi. Dee menatap wajah Firdaus sebelum melepaskan tawanya. Reaksi Dee buat Firdaus tersentak.
“Kenapa you ketawa?” soal Firdaus tidak mengerti. Tawa Dee masih tidak surut.
“Fir,apa ni? You tahu tak,ini dah kali ke 9 you ajak I kahwin tau? You tak rasa benda tu kelakar ke?” soal Dee semula bersama tawanya yang masih bersisa.
“Apa yang kelakar? I ajak you kahwin Dee. Jadi isteri I. Hidup bersama dengan I. Bukannya nak pergi bunuh diri dengan I. I nak halalkan hubungan kita ni. Tunaikan janji I pada you. I nak buktikan keikhlasan I pada you. Itu yang you rasa kelakar?” soal Firdaus serius dan sedikit marah dengan reaksi Dee. Ini bukan masanya untuk Dee ketawa mempersenda. Dee meletakkan sudu dan garfunya di pinggan.
YOU ARE READING
MY 'RUDE' WIFE
RomanceSUDAH DITERBITKAN oleh Suara Hati Publication ❤ Memang payah andai cinta dirasakan,namun dirahsiakan. Melur mungkin menyintai,namun dia bersembunyi. Firdaus mungkin menyayangi,namun dia tidak menyedari. "Yelah,papa minta Melur kahwin dengan abang ta...