🌼Sempena kemenangan Melur Untuk Firdaus : Drama Trending Tergempak untuk Gempak Most Wanted Awards 2022 🌼
Thanks for your support,guys. Dont forget to vote yea 👇🙏👇
Mereka sekeluarga bersarapan pagi bersama. Suasana tidak lagi sesunyi sebelumnya. Ada sedikit keriuhan dari perbualan di antara mereka semua. Haji Nasarudin sedang ralit berbual dengan Firman tentang syarikat mereka,manakala Hajah Rohana ralit berbual dengan Malia. Rania pula berbual dengan Raikarl. Melur tersenyum lalu mencuit lengan Firdaus sambil memuncungkan sedikit bibirnya ke arah Rania yang masih malu-malu itu. Firdaus tersenyum senget sambil menggeleng kecil. Rania yang perasankan gelengan Firdaus itu,terus menjeling tajam ke arah abangnya itu. Firdaus buat muka bosan dan itu buat Melur ketawa.
“Sayang jangan buat macam tu. Geli abang tengok tau?” kata Firdaus merujuk kepada sikap malu-malu adiknya itu. Melur menahan senyum sambil melirik sedikit kepada Rania di hujungnya. Ya,Rania sedang bercakap dengan malu-malunya sedangkan Raikarl biasa sahaja.
“Melur nak buat dengan siapa? Abang? Ke Abang Man?” Mendengarnya,Firdaus sekali lagi buat muka bosan. Dia tersenyum senget di hujungnya.
“Very funny. Nice try sayang.” Melur ketawa mendengarnya. Firdaus mendengus bosan.
“Tak payah nak terkemut-kemut macam tu lah. Buat selamba lagi baik. At least tak sakit mata menengoknya. Cuma,sakit telinga jelah.” kata Firdaus lagi sambil menjeling Rania di awalnya dan di hujungnya dia menjeling Melur pula.
“Sakit sangat ke telinga tu? Dah bernanah ya?” perli Melur semula. Firdaus menjentik bibir Melur dengan kerutan di matanya. Melur melepas tawanya lagi.
“Nia ada plan apa-apa hari ni?” soal uminya tiba-tiba. Rania memandang Raikarl.
“Karl plan nak bawa Nia keluar hari ni. Umi dan abi izinkan tak?” soal Raikarl di hujungnya.
“Pergilah nak pergi mana pun. Janji pandai jaga diri. Lagipun Karl tak balik minggu depan kan?” Raikarl mengangguk untuk soalan dari Hajah Rohana itu.
“Terima kasih umi,abi. Karl janji akan jaga budak ni baik-baik.” Rania tertunduk malu lagi. Sekali lagi Firdaus menjeling bosan. Melur mendengus tawa melihatnya.
“Tak habis-habis. Macam siput sedut.” kata Firdaus perlahan dan itu buat jelingan Rania kembali tajam padanya. Kali ini Melur melepas tawanya.
“Mm..sedaplah Auntie Melur masak scrambled eggs ni. Mia suka.” tiba-tiba si kecil Damia bersuara memecah keriuhan di meja makan dengan suara nyaringnya. Semua mata tertumpu kepada anak kecil bermata bulat itu. Melur tersenyum.
“Mia suka ya? Kenapa? Apa yang best sangat? Telur hancur je pun.” soal Melur semula. Damia menggeleng-geleng kecil tanda tidak bersetuju dengan Melur.
“Lain. Yang Auntie buat ni sedap. Tak macam yang Mia makan dulu.” cerita anak kecil yang berusia 5 tahun itu lagi. Melur berkerut.
“Yang Mia makan dulu macam mana? Mia makan kat mana?” soal Melur semula.
“Mia makan kat rumah Auntie Dee. Nenek Norli yang masak. Dia punya tak sedap. Kering dan garing. Mia tak suka.” adu anak kecil itu lagi. Semua orang terdiam terutamanya Firdaus. Melur melirik sedikit ke arah Firdaus.
“Habis yang Auntie masak ni rasanya macam mana?” soal Melur lagi.
“Yang Auntie masak ni sedap,lembut dan gebu. Sama macam kat Mc Donald dan hotel yang Mia makan dulu. Ini baru betul scrambled eggs. Auntie memang pandai masak. Tak macam Auntie Dee dan Nenek Norli tu. Dah besar panjang tapi masak telur pun tak pandai.” cerita Damia lagi dengan suara comelnya. Rania melepas tawanya. Firdaus tunduk. Malu.
“Dia bukan tak pandai masak sayang,cuma dia tak tahu resepi dan tekniknya je.” kata Melur cuba menjernihkan anggapan negatif anak itu terhadap Dee dan ibunya.
“Tapi Mia tahu cara nak buat telur ni. Mula-mula pecahkan telur 2 biji. Lepas tu masukkan susu segar atau krim. Letak garam sedikit dan pukul sebati. Lepas tu panaskan kuali, masukkan butter atau olive oil. Masukkan telur tadi. Api slow je. Biar sekejap dan kacau telur tu jadi hancur sikit. Jangan tunggu sampai kering. Angkat dan tabur black paper. Betul tak Auntie?” cerita anak itu panjang lebar. Melur ketawa.
“Pandailah Mia ni. Mana tahu ni? Youtube ya? Ke tengok Junior Masterchef?”
“Both.” Jawapannya buat Melur ketawa lagi.
“Mia suka masakan Auntie,tapi Mia suka Auntie tak?” soal Melur lagi. Damia mengangguk.
“Sayang Auntie tak?”
“Sayang. Mestilah Mia sayang sebab Auntie ni wife Uncle Fir dan Auntie ni baik,cantik dan pandai masak. Tak macam Auntie Dee.” jawabnya berjela. Sekali lagi Firdaus tunduk. Terasa semua mata sedang tertumpu padanya.
“Kalau Mia sayang Auntie dan Uncle,mulai sekarang Mia kena panggil kami Mama dan Papa. Tak mau auntie-auntie uncle-uncle lagi dah. Boleh kan?” pinta Melur lembut mesra. Anak kecil itu memandang ibu dan abahnya. Meminta pendapat melalui matanya. Pasangan suami isteri itu mengangguk dengan senyuman. Dia memandang Tok Abi dan Tok Uminya pula. Juga sama. Rania dan Raikarl juga mengangkat ibu jari kepada anak kecil itu tanda bersetuju. Akhirnya Damia tersenyum lebar.
“Baik Mama,Papa.” jawabnya teruja. Melur ketawa melihat keletahnya. Anak kecil itu terus makan. Menikmati telur hancur gebu kesukaannya.
“Boleh Mama tahu siapa Auntie Dee tu?” Soalan Melur buat Firdaus tersedak kecil. Keadaan di meja sepi semula. Sekali lagi semua mata tertumpu ke arah Firdaus dan anak kecil itu. Semua orang seakan berdebar menanti jawapan dari Damia.
“Mm...dia kawan angkat Papa.” Jawapan Damia buat semua orang menahan tawa mereka. Melur melirik Firdaus dari ekor matanya.
“Papa yang cakap Auntie Dee tu kawan angkat dia.” sambung Damia polos. Melur tersengih sambil menoleh kepada Firdaus. Firdaus tersenyum sekilas dan terus menghirup air di cawannya. Teh hangat itu terasa pahit di lidahnya. Sementelah abi dan uminya sedang merenungnya dengan serius.
“Dahlah sayang. Makan cepat. Kata nak pergi playground kat mall kan?” kata Malia dalam usaha menamatkan ruang bicara yang mungkin memecahkan segala rahsia lama di antara Firdaus dan Dee. Anak itu diam dan terus makan. Melur juga tidak lagi bersuara selepas itu. Bukannya dia terkesan dengan cerita Damia tetapi dia tidak mahu memanjangkan lagi cerita itu. Apapun urusan suaminya atau sejarah mereka berdua,itu tidak perlu diungkit kembali. Mereka sudah ada perjanjian yang harus dihormati dan Melur tidak akan memungkiri janji.
“Sayang nak keluar pergi mana hari ni?” soal Firdaus tiba-tiba. Melur menoleh.
“Pergi mana? Bukan ke abang ada date hari ni?” Soalan Melur buat mata Hajah Rohana tertumpu kepada anak lelakinya itu.
“Date apa?” soal wanita itu sedikit tegas dan serius. Melur senyum.
“Date dengan client la umi. Ada lunch meeting.” jawab Melur tenang. Firdaus menelan liurnya sambil melirik Raikarl di hujungnya. Lelaki itu hanya merenungnya dengan wajah serius. Dia tahu Raikarl juga tidak suka dengan ‘date’ yang dimaksudkan itu.
“Dah cancel la sayang. Tak jadi. Mereka datang bincang kat ofis esok. So hari ni abang free. Sayang nak pergi mana?” soal Firdaus lembut mesra sambil memeluk bahu Melur.
“Kita balik rumah jelah. Melur nak abang rehat sebab esok abang dah kerja. Kalau kita keluar,nanti abang penat. Ya?” jawapan Melur buat Firdaus terdiam dari dalam. Dia mengukir senyum dan mengangguk. Melur memang seorang isteri yang memahami. Dia sentiasa fikirkan diri Firdaus. Firdaus menggenggam tangannya lalu dikucupnya.
“Thanks sayang. Kita stay sini jelah. Temankan umi dan abi. Malam baru kita balik. Okey?” usul Firdaus lembut. Melur senyum dan mengangguk. Dia tidak tahu kenapa Firdaus tidak jadi untuk keluar bersama Dee hari ini. Adakah kerana takutkan umi dan abinya atau sememangnya temujanji itu telah dibatalkan? Biarlah. Sama ada Firdaus keluar dengan Dee atau sebaliknya,Melur tetap memahaminya dan menerima sahaja dengan hati terbuka.
🌷CikNorCinta🌷
27 Feb 2023
❤🙏❤IG : taeamo.ciknorcinta
Jemput follow yer ☺
YOU ARE READING
MY 'RUDE' WIFE
RomanceSUDAH DITERBITKAN oleh Suara Hati Publication ❤ Memang payah andai cinta dirasakan,namun dirahsiakan. Melur mungkin menyintai,namun dia bersembunyi. Firdaus mungkin menyayangi,namun dia tidak menyedari. "Yelah,papa minta Melur kahwin dengan abang ta...