Firdaus duduk di atas sofa sambil merenung tepat kepada sekujur tubuh di atas katil empuknya. Sedang lena bersama gebar gebu yang membaluti tubuhnya. Firdaus tidak tidur sedangkan jam sudahpun menginjak ke angka 2 pagi. Matanya langsung tidak dapat dilelapkan. Dia masih cuba bertahan untuk tidak tidur sekatil dengan Melur. Hatinya sangat enggan namun badannya sudah mula mengalah dengan keadaan. Dia sudah letih. Dia terpaksa mengaku kalah dengan keletihannya sendiri. Sofa itu bukanlah tempat yang sesuai untuknya merebahkan tubuhnya agar dapat tidur dengan lena. Seumur hidupnya juga,tidak pernah dia tidur di sofa. Tidak sebelum ini,tidak juga untuk malam ini.
Perlahan Firdaus bangun dan perlahan juga dia merebahkan tubuhnya bersebelahan Melur. Firdaus mendekatkan wajahnya ke wajah Melur. Melihat isterinya itu dari jarak dekat untuk memastikan gadis itu telahpun lena. Dia meniup anak rambut yang menutupi sebahagian mata Melur. Tiada reaksi dari Melur. Firdaus lega. Sah,Melur telah lena. Firdaus membetulkan posisinya semula. Meregangkan sedikit tubuhnya dan mengambil posisi yang selesa untuknya. Selimut ditariknya sedikit untuk menutupi tubuh dinginnya. Akhirnya Firdaus dapat juga memejamkan matanya. Namun,tidak lama selepas itu dia merasakan satu kehangatan menghampirinya lalu dia membuka matanya. Serentak itu tangan Melur juga bertempek di dadanya dan wajah Melur bertempek di lehernya. Tanpa mampu menggerakkan tubuhnya,Firdaus melihat dari ekor matanya tangan Melur mula menjalar perlahan bermula dari dadanya beralih ke lehernya dan berpaut di situ. Firdaus menahan nafasnya. Hangat nafas Melur sedang berhembus lembut di lehernya dan itu membuatkan Firdaus penasaran. Dia tidak betah begini. Bukan ini yang dia harapkan dan mahukan. Bukan Melur orangnya dan dia tidak mahu Melur di sini bersamanya. Malam pertama bukan untuk mereka berdua.
“Melur? Melur?” panggil Firdaus perlahan. Sepi. Firdaus memanggil lagi.
“Mmmhhh...” Bunyi itu membuatkan roma Firdaus meremang,apatah lagi wajah Melur semakin merapat ke cupingnya pula. Jenuh Firdaus menahan nafasnya. Perlahan dia mengalihkan tangan Melur yang sedang memaut lehernya namun selepas sesaat dua,tangan itu kembali ke dadanya semula.
‘Budak ni. Bukan main selamba lagi landing atas dada aku. Macam dah biasa je buat style macam ni. Tak kekok pon.’ rungut Firdaus di dalam hatinya.“Ni sedar ke tak sedar ni? Melur? Melur?” panggilnya sedikit kuat dari sebelumnya. Sayangnya tiada jawapan dari Melur. Yang ada hanyalah tubuhnya yang mengerekot di sisi Firdaus bersama bunyian yang mampu menegakkan roma lelaki itu.
‘Ishk,budak ni,aku terajang jugak ke bawah katil kang. Nak daring-daring pulak. Ingat aku ni bantal peluk dia ke apa?’ rungut Firdaus di dalam hatinya. Matanya yang mengantuk tadi segar semula. Tidak tahan dihimpit sebegitu oleh Melur,Firdaus terus bangun bersandar di kepala katil. Dia terus memerhati Melur yang terlena.“Nak tayang body biola la pulaaakkk. Nak je aku hempuk dengan double base budak ni.” marah Firdaus perlahan. Sekejapan isterinya itu berkalih tidur. Sebahagian selimutnya mendedahkan dadanya dan sebahagian lagi betis gebunya. Firdaus menoleh ke sisi buat seketika. Dia tidak mahu menjamu matanya dengan apa yang Melur persembahkan kepadanya. Tidak. Bukan Melur tapi Dee. Dia mahu Dee.
Tidak lama,Melur berpaling darinya dan itu telah membebaskan selimut gebu itu dari membaluti tubuhnya yang kedinginan. Menampakkan keseluruhan belakang badannya yang hampir terdedah kerana keseksian gaun malamnya. Pahanya juga turut mengambil bahagian mempamerkan kegebuannya. Firdaus bingkas bangun dan turun duduk di sofa. Biarlah untuk malam ini,dia tidur di sofa sahaja. Meskipun tidak seempuk tilam mahalnya,ia sudah cukup untuk dia melenakan dirinya malam ini. Dia sudah terlalu letih dan saat ini yang ada di fikirannya hanyalah kepenatan. Dia hanya mahu tidur.Jam di dinding sudahpun mencecah ke angka 4 pagi. Tidak semena-mena sekali lagi Firdaus tersedar dari lenanya apabila dia merasakan ada sekujur tubuh sedang berbaring rapat ke tubuhnya. Perlahan dia membuka matanya dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat Melur sedang memeluknya. Firdaus menarik nafasnya bersama kerutan di wajahnya. Dia rimas. Tidak percaya ini yang sedang berlaku pada dirinya. Dia bukan diganggu oleh mimpi ngeri tapi diganggu oleh isterinya sendiri. Rasanya ia jauh lebih ngeri dari mimpi ngeri. Di saat dia mahu mengelak dari tidur bersama Melur,gadis itu pula yang merapat. Tadi di atas katil dan sekarang di atas sofa ini pula. Lalu ke mana lagi dia harus pergi? Bawah katil? Mungkin,namun rasanya di situ juga Melur akan mengikutnya. Dia menghidu-hidu bau tubuhnya sendiri.
‘Aku ni ada bau macam memerang ke,sampai dia boleh tahu aku tak ada sebelah dia?’ soalnya pada diri sendiri.
‘Ke dia ada sensor? Aku blah je,dia berbunyi? Terus radar dia dapat detect aku kat mana?’ Firdaus mula melalut. Dia menoleh sedikit ke kanannya. Melur sedang memeluknya dengan tubuh yang rapat sepenuhnya ke tubuhnya.“Sempit kot. Macam mana dia boleh mencelah kat sini dengan jayanya ni? Muat pulak dia landing kat sini. Adoii...” bisik Firdaus perlahan. Tiba-tiba kaki Melur menindih pahanya. Cukup untuk membuatkan Firdaus terkejut tidak bernyawa. Firdaus meraba betis yang menindih pahanya dan terasa kegebuan menyentuh hujung jarinya. Firdaus meraup mukanya sendiri. Dia tidak boleh seperti ini. Jika dibiar berlanjutan,keadaan akan menjadi semakin teruk baginya. Firdaus menarik nafasnya dan bingkas bangun.
“Auchh!” Melur mengaduh kerana terjatuh dari sofa.
“Apa abang buat ni? Abang tolak Melur ya? Sakit tau tak?” soal Melur manja sambil tangannya menggosok-gosok pinggulnya yang sakit itu. Firdaus mendengus keras.
“Sepatutnya saya yang tanya apa awak buat kat sini?” Melur berkerut kecil.
“Melur tidur kat sebelah abanglah.”
“Untuk apa?”
“Laa,Melur kan isteri abang. Melur kena tidur di sisi abanglah.” jawab Melur perlahan bersama mata yang tidak dibuka sepenuhnya
“Walaupun kat atas sofa yang muat untuk seorang je ni?” soal Firdaus semula. Tanpa menjawab,Melur hanya mengangguk mengiyakan.
“Kalau saya tidur dalam longkang,awak ikut jugak la ya?” Sekali lagi tanpa bersuara,Melur mengangguk. Firdaus menggeleng-geleng dengan jawapan Melur.
“Parah awak ni. Dah desparate sangat ke nak tidur dengan saya,sampai sanggup ikut saya tidur kat mana pun?” Kali ini juga Melur mengangguk tanpa membuka matanya. Firdaus menepuk dahinya lalu meraup mukanya sendiri. Sekejapan Melur berpaut pada sofa dan melentokkan kepalanya di tepi sofa dengan matanya yang terpejam rapat.
“Dah-dahlah tu. Abang janganlah lari lagi. Melur tak larat nak kejar. Melur mengantuk ni...” Terdengar suara manjanya perlahan sahaja bersama mata yang tidak dibuka. Firdaus beristighfar sendiri. Dia tidak tahu adakah Melur sengaja menyusahkannya malam ini atau Melur memang benar-benar mengikut sunnah? Adakah Melur sekadar mahu tidur dengannya atau benar-benar mahu meletakkan dirinya sebagai isteri yang akan bersama suami walau di manapun jua? Dalam kekeliruan,Firdaus membiarkan persoalan-persoalan itu berlalu. Kasihan melihat Melur terlena dalam keadaan seperti itu,Firdaus merangkul tubuhnya dan dibawa ke katil. Dibaringkan dan diselimutkannya. Bagai tiada pilihan,Firdaus juga berbaring di sisinya. Dia menjarakkan sedikit tubuhnya dari Melur tetapi dia sendiri tidak tahu selama mana jarak itu mampu bertahan. Entah lagi seminit dua,jarak itu tidak lagi menjarak dan mungkin sedikit masa lagi ianya tidak berjarak langsung. Kali ini dia tidak peduli. Dia sudah mengantuk dan mahu tidur dengan lena. Biarlah Melur mahu bertempek dengannya atau mahu masuk terus ke dalam perutnya sekalipun,dia tidak peduli. Yang penting baginya,dia mahu tidur selenanya.
-cnc-
YOU ARE READING
MY 'RUDE' WIFE
RomanceSUDAH DITERBITKAN oleh Suara Hati Publication ❤ Memang payah andai cinta dirasakan,namun dirahsiakan. Melur mungkin menyintai,namun dia bersembunyi. Firdaus mungkin menyayangi,namun dia tidak menyedari. "Yelah,papa minta Melur kahwin dengan abang ta...