Bab 25

63.7K 787 83
                                    

Malam tadi Dee menelefon Firdaus lagi. Dia masih mencuba untuk mengajak Firdaus keluar malam dengannya,sedangkan dia sudah tahu Firdaus tidak dapat memenuhi kehendaknya itu lagi. Sedikit pertengkaran kecil antara mereka telah mengubah mood Firdaus pagi ini. Namun selepas solat Dhuha, Firdaus merasa lebih baik. Firdaus turun ke tingkat bawah tidak lama selepas itu dan duduk di sofa sambil menonton televisyen. Melur keluar dari dapur membawa sarapan pagi mereka tetapi Firdaus langsung tidak menoleh.

“Abang,mari makan. Melur masak nasi lemak ni.”

“Mm’.” jawab Firdaus ringkas.

Apabila Melur keluar semula membawa air,ketika itulah Firdaus menoleh ke arahnya. Mencerlang matanya melihat Melur yang hanya memakai singlet merah bersama seluar pendek paras bawah punggung sahaja. Matanya melekat di situ.

‘Ya Allah,seksinya...’ bisik hatinya.

“Abang,marilah makan. Sejuk tak sedap.” Sepi. Firdaus berpura-pura menonton televisyen semula. Melur pergi mendapatkan Firdaus dan memeluk bahunya.

“Morning sayang. Jom makan?” sapa Melur manja sambil menyentuh pipi Firdaus. Firdaus menoleh. Matanya tertancap pada lurah dada Melur.

‘Subhanallah...gebunya budak ni.’ bisik hatinya lagi sambil mengangguk kecil.
Melur menarik tangannya ke meja makan dan Firdaus hanya menurut. Matanya dipertontonkan dengan pakaian seksi Melur.

‘Mak ai,is this the real her? Kenapa semalam macam perempuan Melayu terakhir tapi hari ni macam Beyonce?’ hatinya berkata lagi.

Melur membawanya duduk.

‘Nanti macam ni ke hari-hari? Kuatkanlah imanku ini,ya Allah. Dah tegang dah urat aku ni.’ bisik hati Firdaus lagi. Melur senyum sambil menyenduk nasi ke pinggan Firdaus.

“Melur buat 2 jenis sambal. Yang ni sambal kerang. Yang ni sotong.”

“Saya tak makan sotong.” kata Firdaus serius sambil mengerling Melur.

“Apa dia? Ulang balik?” Melur menegur kesilapan Firdaus lagi.

“Abang tak makan sotong. Tak suka rasa dia.” jawab Firdaus perlahan dalam usaha menahan matanya dari memandang Melur. Melur senyum.

“Maaf,Melur janji tak masak sotong lagi lepas ni. Melur ganti dengan udang. Okey?” kata Melur sambil merapatkan pipinya ke pipi Firdaus. Firdaus terlihat lagi dada Melur.

‘Fuhh! Boleh tercabut kupiah aku macam ni.’ bisik hatinya.

“Melur dah tak ada baju lain ke nak pakai?” tegur Firdaus konon tidak suka dengan pakaian Melur yang terlalu seksi itu. Melur melihat bajunya sendiri. Juga seluar pendek warna hitamnya itu.

“Kenapa? Seksi sangat ke?” soal Melur kehairanan sambil memusing-musingkan badannya di hadapan Firdaus. Firdaus menelan liur.

“Sorry,ni memang style Melur. Lagipun Melur pakai macam ni depan abang je. Halwa mata suami.” kata Melur manja.

“Tak payah nak berhalwa-halwa sangatlah. Melur ingat abang berselera ke tengok Melur?” bidas Firdaus tanpa memandang Melur.

“Eleeh,dalam tak berselera pun,bulu tengkuk tu dah terpacak dah Melur tengok.” Mendengarnya Firdaus menggosok tengkuknya sendiri. Melur menahan senyum.

“Mana ada,Melur tak payah nak tayang-tayang sangatlah. Abang tak hairan pun. Dee lagi seksi tau?” balas Firdaus konon marah. Melur senyum lagi.

“Melur lagi tak hairan tau sebab Dee tu bukan seksi tapi seksa.” balas Melur selamba.

“Apa Melur cakap?” Melur senyum dan terus memeluk bahu Firdaus dari belakang.

“Abang marah ke Melur pakai macam ni? Tak suka?” soal Melur separuh berbisik di telinga Firdaus.
Firdaus menahan nafas dalam usaha mengusir debaran di hatinya. Mana tidaknya, bulu romanya benar-benar telah terpacak. Nafas Melur berhembus hangat di pelipisnya dan akhirnya Firdaus menggeleng perlahan.

“Thank you. Sayang abang.” kata Melur manja lalu mencium pipi Firdaus. Firdaus terkedu.

‘Selambanya? Dia cium aku macam tu je? Dia tak tahu ke yang aku ni dah meremang?’ soal Firdaus bersungguh di dalam hatinya.
Melur duduk di hadapannya bersama senyuman yang bisa membunuh iman Firdaus.

‘Ishkk,tak tahan aku macam ni. Daring betul. Selamba dia je. Entah berapa banyak lagilah stok selamba yang dia ada. Kalau selalu diselambakan macam ni,kejung aku dibuatnya.’ kata Firdaus lagi sambil mengelak dari memandang Melur lagi.


Seharian mereka di rumah sahaja. Firdaus menolong Melur menanam pokok bunga segar sebagai hiasan di balkoni rumah mereka. Juga menolong Melur mengangkat barang-barangnya ke bilik stor. Barang-barang yang akan diletakkan di dalam bilik peribadinya. Ya,bilik kosong yang telah diminta dari Firdaus untuk dijadikan Bilik Peribadi untuknya.
Melur meletakkan sebuah gambar di atas kabinet klasik miliknya di dalam bilik itu.

“Qis,ni rumah baru aku. Rumah baru kita. Aku akan mulakan fasa baru hidup aku kat sini. Kau akan teman aku sampai bila-bila kan? Jangan risau,satu hari nanti aku akan pergi sana jumpa kau. Aku sayang kau. Selamat malam.” kata Melur bercakap dengan seseorang di dalam gambar itu. Melur mengucupnya sebelum masuk ke bilik tidurnya.

Sebelum masuk tidur,Melur memakai baju tidur tali halus bersama seluar pendek warna biru gelap. Selepas itu Melur kenakan wangian di titik nadi tubuhnya. Usai semuanya, Melur naik ke katil dan mendekatkan diri dengan Firdaus. Tubuhnya dirapatkan ke tubuh Firdaus yang sedang bersandar di kepala katil. Firdaus menelan liur. Matanya takut-takut tapi dia teringin melihat Melur dan saat ini dia sedang cuba bertahan dari merasa tergoda.

“Awak nak try saya ya?” soal Firdaus sedikit gementar. Melur lebih menghampiri.

“Melur yang try ke abang yang rasa terrrtry?” soal Melur separuh berbisik hampir ke telinga Firdaus. Seriau Firdaus dibuatnya namun dia tetap berlagak sombong.

“Jangan nak perasan la. Abang tak ada selera pun dengan Melur. Dahla tak cantik,kurus pulak tu.” kata Firdaus yakin. Padahal hatinya menafikan kata-katanya sendiri.

“Lagi? Boleh Melur dengar semua keburukan Melur?” soal Melur manja.

“Melur... Melur...err...Melur...” Firdaus tidak dapat menyebut apa-apa. Matanya melilau mencari-cari di mana kekurangan isterinya.

“Hah! Kulit Melur ni kasar. Ni,rambut ni macam tali raffia. Muka tu,buruk tau?” kata Firdaus bersungguh sambil menyentuh setiap anggota tubuh Melur yang disebutnya. Melur diam,tapi perlahan-lahan Melur senyum dan akhirnya dia melepas tawa.

“Apa gelak-gelak? Apa yang lucu?” soal Firdaus marah.

“Sampai macam tu sekali abang nampak Melur ni. Hodohnya Melur ni kan?”

“Tahu pun. Sedar pun diri tu.” balas Firdaus dengan nada sombong. Melur senyum.

“Tapi buruk-buruk Melur ni pun, Melur ni isteri Firdaus Iskandar tau?” Melur mendekatkan bibirnya ke telinga Firdaus.

“Lelaki paling handsome pernah Melur jumpa. Lelaki paling sempurna di mata Melur. Abang tak jealous ke dengan dia?” bisik Melur di telinga Firdaus. Firdaus menahan nafasnya.

“Jangan nak try abang. Abang...”

“Kenapa? Tasbih dalam kocek tu dah putus ke?” soal Melur manja lalu melepas tawa. Melur berbaring dengan gaya yang cukup menggoda. Firdaus menelan liur lagi.

‘Budak ni,aku rogol jugak kang.’ bisik hatinya. Melur menarik tangan Firdaus.

“Melur minta maaf untuk semua salah Melur hari ni. Assalamualaikum.” kata Melur lalu mencium tangan Firdaus. Salamnya Firdaus jawab perlahan.

‘Budak ni selamba pun ya,sopan pun ya. Tak faham aku.’ kata Firdaus di dalam hati.
Setelah Melur memejamkan matanya,Firdaus menjenguk di bawah selimutnya.

‘Ishkk,maunya muntah boboi aku malam ni. Ya Allah...kalau hari-hari macam ni,mati la aku.’ kata Firdaus lalu meraup mukanya.

‘Dee,tolong I Dee! 😆🤪

MRWbyCNC
28 Jan 2022
Jumaat 01:12

🌷Cnc belanja 4 bab sekali gus. Sempena my birthday 2day. Semoga terhibur guys. Kalau ada budget lebih tu,sudi2kanlah dapatkan MRW dan baca whole novel k?

⭐Jgn lupa vote ye dearies. 😜
Tqsm 4 ur support. Love u all 😘❤

MY 'RUDE' WIFEWhere stories live. Discover now