Bab 29

68.9K 914 122
                                    

“Assalamualaikum.” sapa Melur lalu menyalami Firdaus seperti biasa. Senyumannya juga seperti biasa. Layanannya juga akan seperti selalunya.

“Awal abang balik? Baru pukul 4.30.” soal Melur kehairanan tetapi bersama senyuman mesranya. Namun senyumannya mati untuk sesaat dua apabila muncul seorang wanita dari belakang Firdaus.  Wanita itu memandang Melur dari atas sampai bawah.
“Eh,ada tamu rupanya. Jemput masuk.” pelawa Melur mesra. Mereka berjalan menuju ke ruang tamu. Melur lihat wanita itu memaut lengan suaminya.

“Ni,saya kenalkan orang yang saya sayang. Diana.” Melur terkejut.

“Apa dia abang cakap? Tak dengar la.” soal Melur meleret sambil menadah telinganya. Firdaus berdehem sambil menoleh memandang Dee sekilas.

“Abang kenalkan Diana,girlfriend abang.” Melur membulatkan matanya seolah teruja.

“Oo...inilah Diana? What a pleasant surprise! Terujanya saya dapat jumpa Cik Diana.” kata Melur juga bersama wajah terujanya. Dee tercengang. Firdaus juga. Terkejut. 

“Tapi…Diana apa? Diana Danielle? Diana Ross? Diana Nasution? Atau Diana Sahaja?” soal Melur selamba. Dee menarik lengan baju Firdaus sambil mengadu padanya.

“Ala la la...marah ya? Sorry saya gurau je Cik Diana...mm…” perli Melur lagi. Dee menjeling marah sambil menghulurkan tangannya pada Melur.

“I Diana Rahila,girrrllfriend Firdaus Iskandar.” Melur senyum menyambut salam Dee.

“I pula,Tengku Adriana Zulaika, isssteri kepada Firdaus Issskandar.” Jawapan Melur buat Dee menoleh memandang Firdaus. Firdaus terdiam di situ.

“You can call me,Dee.” kata Dee serius.

“And you can call me,Tengku.” jawab Melur pula. Dee tersenyum sinis.

“Bukan Melur?” soalnya menyindir. Melur mendengus tawa.

“Maaa’af  Cik Dee. Melur tu untuk orang-orang yang dekat di hati I je. Yang rapat di sisi I. Macam famili dan...suami I je. Orang-orang yang tak ada kena mengena ni tak layak panggil I dengan nama tu. Hope you don’t mind.” jawab Melur meleret manja di sana sini tetapi tersemat sindiran yang sangat dalam maknanya. Firdaus tetap diam.

“Do I care?” kata Dee bersama riak wajah yang tersenyum senget itu. Melur ketawa.

“You better care.” balas Melur mesra. Dee diam. Menjeling Firdaus di sisinya.

“Jemput duduk. Cik Dee duduk sini.” kata Melur sambil menarik lengan Dee untuk duduk di sebelahnya dan bukan di sisi Firdaus. Kini mereka berdua berada di hadapan Firdaus.

‘Alamak,budak Melur ni lagi cantik dari Dee la pulaaak.’ bisik hati Firdaus.

“Maaflah Cik Dee,I tak tahu Abang Fir nak balik awal. Bawa tamu pula tu. Jadi I tak prepare apa-apa. I sibuk kemas rumah hari ni. Dah tugas I sebagai isssteri kat rumah ni kan?” hurai Melur selamba dengan kemesraan yang dibuat-buat. Melur juga mengikut rentak Dee dengan berbahasa I-You dengannya. Dee berwajah serius.

“You duduk rumah je? Tak kerja?” soal Dee bagai mahu merendahkan Melur.

“M’mm...Abang Fir tak bagi I kerja. Dia nak I jaga rumah ni. Jaga makan pakai dia. Dan jaga diri I untuk dia.” jawab Melur dengan nada manja. Hati Dee panas apabila Melur sedang memandang Firdaus dengan senyuman manisnya. Dee berdehem.

“Dulu you belajar mana?” soal Dee lagi.

“I pernah dapat offer ke Auckland for Medic tapi I tak pergi sebab I tak suka jadi doktor. Tapi tak sangka sekarang I dah jadi doktor di hati suami I. Cia cia cia.” jawab Melur manja bergurau. Firdaus mengemam bibirnya sendiri. Dia sedang menahan lucu.

MY 'RUDE' WIFEWhere stories live. Discover now