“So,hari ni nak pergi mana?” tanya Firdaus selepas menghabiskan minumannya. Melur meneguk air coklat panasnya yang terakhir.
“Memandangkan ni our first date,Melur nak pergi shopping.” jawab Melur teruja.
“Kata tak suka shopping?” soal Firdaus kembali dengan riak terkejut. Melur senyum.
“Shopping yang tak suka Melur.” jawab Melur nakal. Firdaus berkerut.
“Ni shopping lain. Jom! Excited ni!” Firdaus bangun dan membayar harga makanan mereka berdua. Melur sudah menunggunya di hadapan kereta dengan wajah terujanya.
Akhirnya kereta dipandu ke Jusco Mall.“Kita buat apa kat sini?” soal Firdaus tidak mengerti,apabila Melur berlalu ke ruangan barangan elektrik.
“Makan. Rojak kat sini sedap.” jawab Melur selamba. Firdaus menjeling.
“Gaji berapa sebulan?” soal Melur dengan nada seperti tadi.
“Basic 35K. Kenapa?” soal Firdaus kembali dengan perasaan pelik.
“Mm...cukup,cukup.” kata Melur sambil mengangguk-angguk. Melur mengambil beberapa barang elektrik seperti periuk tekanan tinggi, pemerah jus buahan,pembakar roti,Air Fryer, pengisar makanan,pembersih hampagas,dan periuk nasi.
“Banyaknya? Siapa nak bayar ni?” soal Firdaus ketika mereka berada di kaunter pemeriksaan barangan tersebut.
“Abi. Nak Melur call dia ke?” Jawapan selamba Melur buat Firdaus berkerut.
“Nak buat apa semua ni?” soal Firdaus lagi.
“Laa..inikan alat-alat senaman. Letak kat gym abanglah. Elok untuk bina muscle ni.” Firdaus diam dan meletakkan barangan tadi ke dalam troli.
“Rumah tu nasib baik ada juga dapur,mesin basuh,peti ais,oven dan microwave. Kalau tak, semua tu pun Melur beli sekali.” sambung Melur lagi.
“Sedaplah beli,bukan Melur yang bayar.”
“Kalau Melur yang bayar,baik abang tukar nama je. Jadi Cik Puan Nur Firdaus. Amacam? Nak?” jawapan Melur buat Firdaus menjeling tajam. Malas berjawab.
“Duit 35K tu lagi berkat guna untuk isteri. Kalau untuk girlfriend,30 juta pun tak cukup. Silakan...” kata Melur lagi sambil mempersilakan Firdaus membayar harga untuk kesemua barangan yang dia ambil tadi. Dalam keberatan,Firdaus membayarnya.
“Tak fasal-fasal habis 4k tadi.” marah Firdaus perlahan.
“Ada lagi 31K. Tu tak termasuk elaun lagi tu. Up balik jadi 40K. Tu pun nak kecoh?”
“Tu duit saya,bukan duit awak.”
“Ada ke Melur cakap tu duit Melur?” soal Melur selamba sambil terus berjalan.“Dah sudah? Puas hati?” soal Firdaus seakan menyindir. Melur menggeleng.
“Belum. Next station. Jom!”
Banyak yang Melur ambil. Dari perkakas dapur seperti sudu garfu, sudip dan senduk,kepada pemarut, pengacau telur dan set pisau hinggalah kepada set pinggan mangkuk dan periuk belanga. Lengkap semuanya.
“Banyaknya ambil? Ni saya...”
“Abang.” tegur Melur tanpa memandang suaminya. Firdaus mendengus.
“Ni abang juga ke nak kena bayar?”
“Ada calon lain yang lebih sesuai ke?” Firdaus diam dan dia terpaksa membayar harga untuk barangan yang penuh satu lagi troli itu.
“Okey done Puan Admin.” Melur senyum mendengarnya.
“Abang pergi letak dalam kereta semua ni dulu. Adik ni akan tolong abang. Terima kasih adik,abang.” kata Melur mengarahkan. Seorang pekerja mall sedia membantu Firdaus.
“Melur tak ikut?” Melur menggeleng.
“Melur tunggu abang kat sini. Cepat tau?”
Setelah memasukkan semua barang tadi ke dalam keretanya,Firdaus masuk semula ke mall mendapatkan Melur.“So,nak pergi mana pula ni?” soal Firdaus sedikit kepenatan.
“Pasar raya. Kat bawah.” jawab Melur lalu terus bangun menuju ke eskulater.
“Pasar raya? Nak buat apa pula?” soal Firdaus sambil membontoti Melur.
“ Mancing la. Tanya lagi?”
“Ada je jawapan dia.” marah Firdaus perlahan.
“Selagi ada soalan,selagi itulah ada jawapan.” jawab Melur bertegas.
“Ha’aa,jawapan yang menyakitkan hati.” perli Firdaus.
“Ek eeh,nak salahkan jawapan pulak. Soalan tu yang tak betul.” jawab Melur selamba. Firdaus menjeling sambil menggeleng.
“Jom cepat-cepat. Tak sabar nak shopping ni!” kata Melur lebih teruja.
Mereka masuk ke ruangan barang-barang dapur. Melur berjalan dengan wajah yang ceria. Dia kelihatan seronok dan teruja.“Beli barang dapur pun excited ke?” Firdaus menyindir lagi.
“Isteri sejati memanglah excited beli barang-barang dapur,tapi kalau girlfriend sejati,excited nak beli handbag dan kasut je.” Firdaus diam. Dia tahu itu memang benar. Begitulah Dee. Meskipun Firdaus tidak pernah kesah,jauh sekali untuk berkira dengan Dee,tapi itulah yang Dee lakukan setiap kali mereka menghabiskan masa bersama. Walaupun sehelai baju,pasti Dee akan membeli sesuatu untuknya sebelum balik. Tiba-tiba Melur mengeluarkan sehelai kertas dari beg tangannya.
“MasyaAllah,panjangnya senarai? Banyak lagi ke? Yang tadi pun lebih 3 ribu lesap tau?” soal Firdaus kembali mengungkit. Melur berdecit.
“Abang pasti nama abang Firdaus Iskandar?” soal Melur.
“Kenapa pulak?”
“Sebab Melur rasa nama abang sebenarnya Firdaus Bakhil. Baik abang check balik dalam IC. Silap sebut tu. Firdaus Iskandar konon.” Dan sekali lagi Firdaus hanya menjeling. Tidak tahu apa yang harus dijawabnya. Hanya membontoti langkah Melur.
“Penuh 2 troli. Puas hati?”
“Macam mana tak penuh,dapur abang tu macam padang jarak padang tekukur. Kabinet je besar tapi wat simpan habuk. Jadi sarang debu.” jawab Melur bersungguh.
“Dulu abang bujang,tak pernah makan kat rumah pun.” jawab Firdaus perlahan.
“Sekarang dah kahwin kan? Sendiri mau ingat la.” Firdaus diam. Berlalu ke kaunter.
“Berapa?” soalnya kepada pekerja kaunter bayaran.
“2050 ringgit Encik.” Firdaus memandang Melur tetapi Melur sengih sahaja.
Usai membayar harga barangan tadi,Firdaus melepas keluhan kecil.
“Awak,saya rasa cukuplah tu. Saya dah penat.”
“Apa abang? Sekali lagi?” Firdaus mendengus. Masih sempat Melur menegur kesilapannya.
“Sayang,kita balik ya? Abang penat. Wallet abang ni lagi penat. Please?”
“Baik abang sayang. Lepas makan,kita balik.” jawab Melur dengan senyumannya.
“Lagipun kasihan kat kereta abang tu. Penuh barang. Nasib baik kereta besar.” sambung Melur lagi. Firdaus berkerut.
“Oo..sebab tu Melur nak abang bawa MPV tu hari ni? Sebab banyak nak shopping?”
“M’mm,kalau dengan Audi abang tu,tak muat nanti.” kata Melur sambil senyum.
“Memanglah,4 kali Audi pun tak muat barang membukit macam tu.” balas Firdas lagi. Melur mengerutkan wajahnya sambil mendengus tawa.
‘Alahai,comelnya dia buat macam tu.’ bisik hati Firdaus.
“Memang Melur comel pun. Tengoklah isteri siapa.” jawab Melur manja. Firdaus terdiam dengan wajah kehairanan dan akhirnya dia melepas tawa kecilnya. Melur juga. ☺
MRWbyCNC
28 Jan 2022
Jumaat 00:54⭐Okey tak edisi shopping Melur? Kalau suka shopping brg2 dapo cam dia, jgn lupa vote yer.. 😜✌😘
YOU ARE READING
MY 'RUDE' WIFE
RomanceSUDAH DITERBITKAN oleh Suara Hati Publication ❤ Memang payah andai cinta dirasakan,namun dirahsiakan. Melur mungkin menyintai,namun dia bersembunyi. Firdaus mungkin menyayangi,namun dia tidak menyedari. "Yelah,papa minta Melur kahwin dengan abang ta...