Firdaus meluangkan masa lebih dari biasa untuk bersama Dee hari ini. Selepas makan tengah hari,Firdaus tidak terus balik ke pejabat. Ini sahaja masa yang dia ada untuk bersama Dee,jika tidak pada hujung minggu. Bagi Firdaus,setiap detik yang ada itu sangat berharga kerana dia tidak lagi sebebas dahulu untuk keluar bersama Dee. Melur. Bukannya dia tidak tahu tetapi dia harus buat tidak tahu. Dia tidak mahu memikirkan apa-apa. Dia hanya mahu menjalankan tugasnya sebagai isteri sebaik mungkin. Itu sahaja. Seperti perjanjian mereka, Melur tidak akan mencampuri urusan suaminya dengan Dee. Di rumah,Firdaus adalah suaminya tetapi di luar,Firdaus bebas sebebasnya.
“Fir,hujung minggu ni kita keluar ya? Dah lama kita tak spent time bersama. Apa kata kita turun JB 2 hari? Shopping.” soal Dee memulakan. Firdaus menarik nafasnya perlahan.
“I tak boleh Dee. I dah janji nak keluar dengan Melur.” jawab Firdaus tenang.
“Dah sebulan you kahwin dengan dia,tiap-tiap minggu you keluar dengan dia. Kenapa dengan you ni Fir? You dah tak ingat I lagi ke? Syok sangat ke keluar dengan si Melur tu? Wangi sangat ke dia?” Firdaus ketawa. Langsung fikirannya teringatkan Melur.
“Wangi. Dah nama pun ‘Melur’ kan?” Firdaus berseloroh tetapi hatinya berkata benar.
“You jangan nak bagi I marah Fir.” Firdaus berhenti ketawa. Begitulah Firdaus kebiasaannya. Dia akan sentiasa mengikut angin dan kemahuan Dee. Dan itulah juga yang keluarga Firdaus tidak suka. Dee tidak melayan Firdaus seperti seorang lelaki yang harus dihormati. Sikap mudah mengalah Firdaus itulah yang keluarganya bimbangkan.
“Dee,you tahukan I memang kena spent time dengan dia? At least seminggu sekali.”
“Masalahnya tiap-tiap minggu you keluar dengan dia sampai you tak ada masa langsung untuk I.” balas Dee sedikit kuat tona suaranya.
“Dee,you tahu kan I buat demi you,demi kita? Dengan cara ni je,kita boleh kekalkan hubungan kita ni.” Firdaus masih cuba memujuk dengan suara romantisnya itu.
“Sampai bila Fir? Kenapa you takut sangat dengan dia ni? I nampak you ikut semua syarat yang dia kenakan pada you. Kenapa Fir?” Dee masih juga tidak mahu mengerti.
“Dee,I dah bagitahu you sebelum ni kan. Memang ni perjanjian kami berdua supaya I boleh teruskan hubungan dengan you. Kalau tak,I takut dia akan bagitahu abi.”
“You takut abi ke you takut bini?”
“Dee...” Dee bangun dari bangkunya. Dia mendengus kuat melepas marahnya.
“Fir,you tu suami. You kena tegas. Lagipun you berdua kahwin bukan suka sama suka. Apa yang you nak takutkan? Dia tak akan berani nak bagitahu abi you kalau you tu tegas. Ni,you lembik macam ni,naik kepala la dia. Tumbuh tanduklah jawabnya.” marah Dee lebih kuat dari sebelumnya. Entah kenapa,Firdaus rasa panas mendengarnya.
“Habis you nak I buat apa? Marah dia? Pukul dia? I tak pernah tinggikan suara dengan perempuan,dan I tak akan pernah naik tangan pada perempuan. Apatah lagi dia isteri I sendiri.” jawab Firdaus masih berusaha mengawal tona suaranya.
“What? Isteri? Oo..baru sebulan kahwin dia dah berjaya jadi isteri you? Kalau setahun dia jadi apa pulak bagi you? Dan I ni apa? Perempuan simpanan you?” bantah Dee bersungguh. Firdaus menarik nafas dalam-dalam. Dia teringatkan Melur.
“Dee,so far dia jadi isteri I yang baik. I tak ada sebab nak marah dia. Lagipun dia minta salah satu hari pada hujung minggu untuk bersama dengan I. Kalau tak Sabtu,Ahad. Kita memang keluar bersama juga kan? Hari-hari pun kita jumpa. Apa yang jadi hal sangat ni?” ulas Firdaus bertegas dengan penerangannya. Dia mahu Dee memahami keadaan.
“Hari-hari jumpa pun sejam time makan je. Tak macam sebelum ni. Balik kerja kita boleh spent time sampai lewat malam. Sekarang ni awal-awal lagi you dah lesap.” marah Dee dengan wajah serius. Firdaus menghembus nafasnya. Dia perlu merubah suasana. Dia tidak mahu Dee terus-terusan marah begini. Nanti dia juga yang tidak keruan.
“Ye ke? Patutlah I rasa penat je selama ni. Macam tak cukup tidur je. Rupa-rupanya sebab I balik lambat.” Gurauan Firdaus membuatkan Dee menampar bahunya.
“Jadi you salahkan I la ya?” Firdaus ketawa lalu memegang bahu Dee.
“Kenapa marah-marah ni?” soal Firdaus lembut romantis.
“You tak faham perasaan I. Boyfriend I dah kahwin dengan perempuan lain. Cantik pula tu. You fikir I syok ke tengok you dengan dia? Bila I fikirkan pun I boleh jadi gila you tahu tak? You masih boleh tanya kenapa?” Firdaus senyum. Sekali lagi dia teringatkan Melur.
“Dia cantik ke?” soal Firdaus perlahan. Dee menjeling marah.
“You tahu jawapannya Fir. You tak buta.” Jawapan Dee buat hati Firdaus berbunga. Ya, sekurang-kurangnya dia tahu dia memiliki isteri yang cantik dan diakui kekasihnya sendiri.
“Isteri I lebih cantik dari girlfriend I ke?” soal Firdaus lebih perlahan sambil menatap wajah Dee dari dekat.
“You rasa?” soal Dee senada dengannya. Firdaus senyum.
“I rasa... Ya.”
“Fir!” marah Dee. Firdaus mematahkan angin Dee sekali lagi. Firdaus ketawa.
“No la sayang. You lebih cantik dari dia. Di mata I hanya you yang cantik. Kalau tak,I tak akan melekat kat sisi you sampai sekarang tau? Dah tujuh tahun kot.” Dee senyum.
“Betul ni?”
“Of cause la. Tengoklah girlfriend siapa. Firdaus Iskandar kot.” Jawapan Firdaus buat senyum Dee melebar. Hatinya gembira.
“Hari Ahad kita keluar ya?” pujuk Firdaus dan Dee mengangguk gembira. Firdaus memeluk bahu Dee tetapi ingatannya pada Melur. ‘Apa la yang budak selamba tu tengah buat sekarang? Apa yang dia masak malam ni agaknya?’ Firdaus senyum sendiri.
‘Tak sabar nak tengok uniform dia hari ni. Si cantik selamba.’
🌸Jangan lupa vote ya🌸
Tqsm 4 ur supports
22 July 2022
-CnC-Petangnya Firdaus pulang lebih awal. Kepulangan yang tidak disedari Melur. Firdaus langsung ke dapur mencari Melur. Dia berdiri di pintu dapur dan menatap sekujur tubuh Melur yang hanya memakai dress tanpa lengan paras paha warna ungu diraja. Warna yang menyerlahkan kulit putih Melur. Dia mengelap peluh geram di atas bibirnya.
“Woi budak! Masak apa tu?” Melur yang sedang menyiang sayur di singki,terkejut disergah begitu. Dia memejamkan mata dan menarik dalam nafasnya. Dia berpaling.
“Woi orang tua! Tak reti bagi salam ke?” jawab Melur senada Firdaus.
“Amboi budak ni,berani sound balik tu.” Firdaus membalas sambil menahan senyum..
“Amboi orang tua ni,tak puas hati lagi tu.” kata Melur sambil bercekak pinggang.
“Budak ni nak kena agaknya.” balas Firdaus sambil menyinsing lengan bajunya.
“Orang tua ni nak juga lagaknya.” Firdaus menghampiri. Melur juga. Saling berpandangan. Firdaus memegang kedua-dua tangan Melur dan meletakkan di belakang pinggang Melur.
“Woi budak! Nak lawan ke?” soal Firdaus perlahan.
“Woi orang tua! Kalau geram cakap geram. Tak payah nak cover line.” jawab Melur senada.
“Kalau orang tua ni geram,budak tu nak buat apa?” soal Firdaus berbisik dalam senyuman.
“Buat selamba.” jawab Melur perlahan. Firdaus mendengus tawa.
“Orang tua boleh lepaskan tangan budak ni tak? Sakit.” Firdaus terkejut dan segera melepaskan. Melur berpaling ke singki semula. Firdaus merapatkan tubuhnya ke tubuh Melur. Kedua-dua tangannya bertongkat di tepi singki,membuatkan Melur berada di tengah-tengah bukaan tangan Firdaus.
“Budak selamba masak apa hari ni?” bisik Firdaus di telinga Melur. Melur tersenyum kecil. Dia memusingkan tubuhnya ke arah Firdaus. Wajah mereka bertemu.
“Masaklah kau!” Jawapan Melur buat Firdaus ketawa kecil. Dia berundur ke belakang.
“Tunggu...” jawab Firdaus sambil mengangkat jari telunjuknya kepada Melur. Melur senyum. Firdaus naik ke tingkat atas. Hatinya senang sekali dapat bergurau dengan Melur. Tetapi senyumannya mati saat fikirannya teringatkan Dee.
YOU ARE READING
MY 'RUDE' WIFE
RomanceSUDAH DITERBITKAN oleh Suara Hati Publication ❤ Memang payah andai cinta dirasakan,namun dirahsiakan. Melur mungkin menyintai,namun dia bersembunyi. Firdaus mungkin menyayangi,namun dia tidak menyedari. "Yelah,papa minta Melur kahwin dengan abang ta...