Bab 31

101K 1.5K 170
                                    

Hari ini hujung minggu. Melur sudahpun menjamu suaminya dengan sarapan pagi yang enak dan berkhasiat. Sudahpun mencuci dan menggosok semua pakaian kerja Firdaus untuk seminggu bekerja. Juga sudah mengemas seluruh rumah. Sesudah itu,dia hanya berehat di atas katil kerana kepenatan.

"So,nak spent masa macam mana hari ni?" soal Firdaus mengejutkan Melur.

"Kenapa tanya macam tu?" soal Melur tidak mengerti. Firdaus mendengus bosan.

"Spent time bersama yakni dating pada salah satu hari di hujung minggu. Itu syarat ke 5. Awak nak saya langgar syarat tu ke? Boleh la awak bebel saya kan?" Melur tersenyum kecil.

"Kita duduk rumah jelah." jawab Melur perlahan,bersama mata yang hampir terpejam.

"Jom keluar shopping." Melur terus membuka matanya dan berpaling kepada Firdaus yang berdiri di sisi katil. Dia tidak dapat menyembunyikan riak wajah terkejutnya itu.

"Shopping apa? Malas la. Melur tak suka shopping." jawab Melur beralasan. Dia memang tidak suka akan aktiviti yang satu itu,walaupun pergi bersama suaminya.

"Ikut je. Jangan banyak songeh boleh tak?" arah Firdaus serius.

Akhirnya Melur terpaksa akur dan menurut perintah suaminya. Lagipun cuma ini sahaja masa yang dia ada pada hujung minggu untuk dihabiskan bersama suaminya. Mereka tiba di pusat membeli belah yang terkenal di Kuala Lumpur.

"Kita buat apa kat sini?" soal Melur dengan wajah berkerut.

"Beli ikan." jawab Firdaus ringkas. Melur membontoti langkah Firdaus.

"Masalahnya ikan kat sini tak ada yang boleh dimasak pun." Jawapan selamba Melur itu buat Firdaus menjeling padanya. Namun tidak Melur pedulikan.

"Pergi tempat lain boleh tak? Melur tak suka shopping baju-baju ni semua." Melur mengadu lagi. Masih mencuba untuk membawa Firdaus lari dari situ.

"Patutlah outfit tahap makcik-makcik. Ni baju zaman perang Jepun dulu kan?"

"Tak,perang dunia pertama." jawab Melur selamba. Firdaus menggeleng-geleng dengan muka serius. Dia terus memilih blaus,seluar,kardigan,dress dan skirt untuk Melur. Melur yang kebosanan,hanya duduk di sofa di dalam butik itu. Sesudah membayar kesemuanya, Firdaus memberi isyarat kepada Melur agar mengikutnya keluar.

"Banyaknya? Perli ke apa?" soal Melur dengan muka berkerut. Apa tidaknya,semuanya 20 pasang yang dibeli.

"Awak tu isteri CEO syarikat event terbesar kat tanah Melayu ni. Takkan nak pakai baju zaman tok kadok ni lagi? Nak tunjuk kat siapa baju berkarat macam ni?" Melur melihat bajunya sendiri dan menjeling pada Firdaus.
'Kaw kaw dia kutuk aku hari ni. Takpe,ada ubi ada pengatnya Encik Suami.' rungut Melur di dalam hati.

"Anak raja apa outfit kuno macam ni? Kat pasar malam pun orang dah tak jual baju-baju macam ni tau? Makcik-makcik kat kampung tu pun dah letak kat muzium baju-baju macam ni. Ini awak masih lagi pakai?" Firdaus mengata Melur lagi.

"Janji tak susahkan orang."

"Tapi awak menyusahkan mata saya yang menengoknya. Tau?"

"Dahtu,tak payahlah tengok. Tak pun pejam je mata tu." Melur menjawab lagi. Firdaus menggeleng sambil terus berjalan.

"Hairan,kat rumah pakai bukan main vogue lagi tapi bila keluar,baju tahap ke sawah dipakainya. Malu saya tahu tak?" Melur berkerut mendengarnya.

"Kat rumah Melur vogue untuk suami Melur. Kat luar Melur nak vogue untuk siapa? Pak Guard tu?" soal Melur mempersoalkan. Firdaus memandangnya.

"Kat luar pun untuk saya juga kan? Ke untuk Pak Guard tu?" perli Firdaus. Melur diam.

"Lepas ni saya tak nak tengok lagi awak pakai baju-baju macam ni. Pakai baju-baju yang saya beli ni. Dah jom."

MY 'RUDE' WIFEWhere stories live. Discover now