Bab 20

69.3K 831 24
                                    

Kereta yang dipandu Firdaus keluar dari bangunan setinggi 12 tingkat itu dan menuju ke pinggiran bandaraya Kuala Lumpur. Destinasi mereka adalah ke rumah keluarga Firdaus bagi menghantar barangan yang dikirim oleh mereka semua. Keadaan menyepi di antara mereka berdua. Kekok tapi Melur membiarkan. Kereta terus dipandu bersama kesunyian. Melur bosan. Dia tidak suka suasana seperti itu. Tidak lama Melur mula bersuara.

“Abang,kita singgah kat pasar raya depan tu dulu ya? Melur nak beli buah sikit. Takkan nak pergi tangan kosong je rumah abi kan?” Firdaus menoleh seketika.

“Tangan kosong apa? Tu kat belakang tu tak nampak? Penuh satu beg besar tu.” jawab Firdaus sedikit kuat. Melur mendengus perlahan.

“Itu memang yang dah dikirim. Tapi yang ni adat bertandang rumah orang. Kenalah bawa buah tangan. Tak kan cikgu sekolah tak ajar dulu kot?” balas Melur bersahaja.

“Amboi,selambanya sound suami macam tu? Nasib baik volume tu rendah. Kalau tak...”

“Abang nak buat apa? Pukul kat sini ya?” soal Melur sambil menepuk-nepuk perlahan bibirnya sendiri. Firdaus berkerut.

“Yang kat belakang tu memanglah yang dikirim tapi ongkosnya semuanya dari poket saya ni hah. Dan ianya sah-sah free of charge. Tengoklah nanti kalau tak percaya.” jawab Firdaus menukar topik. Malas melayan Melur yang mula menakal itu.

“Ishk,abang ni itupun nak berkira. Kedekut.”

“Ni bukan kedekut tapi bila dah habis beribu untuk semua tu,berasap jugalah dompet saya ni hah. Barang entah apa-apa pulak tu. Membazir.” balas Firdaus semula. Melur ketawa kelucuan. Teringat koleksi cenderahati,barangan tembikar, barang kemas,songket asli Bali dan kebaya tradisional yang mereka beli di Bali dulu. Ya,mungkin betul kata Firdaus.

Tiba di pasar raya yang dimaksudkan,Melur menoleh memandang Firdaus yang membatu di kerusinya. Enjin kereta juga tidak dimatikan.

“Jomlah turun sekali.”

“Tak naklah. Setakat nak beli buah,pergi sorang pun boleh kan?” kata Firdaus malas. Melur senyum dan turun dari kereta. Firdaus hanya memerhati. Gaya Melur berjalan sangat menawan. Dengan pakaian yang sederhana saja,itu sudah cukup untuk memukau pandangan.

Tiba-tiba seorang lelaki terlanggar isterinya. Membulat mata Firdaus. Rasa malas tadi terbang serta merta. Firdaus mula menghangat melihat isterinya disapa lelaki lain. Mahu tidak mahu,dia juga turut turun dari keretanya dan membontoti langkah Melur. Memantau Melur dari jauh. Jika ada lelaki lain yang menegurnya, tahulah dia apa yang harus dilakukannya.
Melur terus menuju ke rak yang berisi buah-buahan. Dipilih satu persatu dengan teliti. Kamudian dia ke rak yang tersusun dengan buah-buahan kering dan coklat. Diambilnya sepaket dua. Pasti itu untuk Damia. Akhir sekali Melur menuju ke rak yang menempatkan tuala wanita dan dia mengambil pek besar berkembar. Dia langsung ke kaunter bayaran.
Namun Melur perasan ada seorang lelaki di belakangnya tertawa kecil sambil berbisik kepada wanita di sisinya. Melur menoleh namun mata lelaki itu tertumpu kepada tuala wanita miliknya yang berada di atas kaunter bersama senyuman yang menjengkelkan.

“Apa senyum-senyum? Tak pernah tengok pad ya? Tak pernah period?” tegur Melur selamba kepada pasangan suami isteri itu tetapi pandangan matanya tertumpu kepada si suami. Mereka terdiam. Lelaki yang menjaga kaunter menahan senyum. Beberapa orang gadis yang beratur di belakang pasangan itu juga menutup mulut menahan tawa.

“Tahu tak,pad ni kalau cicah kopi O panas,sedap ni. Kalau sapu jem atau peanut butter pun sedap. Try la.” sambung Melur lagi. Tona suaranya jelas dan terang dengan wajah yang serius. Pasangan itu terus diam. Malu. Firdaus yang berada tidak jauh dari situ,ternganga melihat keselambaan Melur itu.

MY 'RUDE' WIFEWhere stories live. Discover now