Bab 36

6.3K 103 3
                                    

Minggu ini Melur telah menganjurkan sebuah perhimpunan keluarga bersama keluarga Firdaus. Dia yang menguruskan semuanya termasuk tempat penginapan, makanan dan aktiviti yang bakal mereka lakukan bersama nanti. Melur mahu mengenali keluarga Firdaus lebih rapat lagi juga mahu mengeratkan silaturrahim antara dirinya dan keluarga itu. Firdaus hanya menyumbang dari segi kewangan.

Bertempat di sebuah banglo yang berhampiran pantai,tengah hari ini semuanya telah berkumpul. Umi,abi,Firman,Malia,Damia dan Rania,semuanya tiba dengan menaiki dua buah kenderaan sahaja. Melur dan Firdaus tiba sehari lebih awal untuk menguruskan tentang semuanya. Melur telah menyiapkan makan tengah hari berupa nasi ulam,gulai daging,urap sayur dan ayam bakar. Mereka semua kelihatan berselera sekali namun keadaan begitu sepi. Jika ada yang bersuara pun hanya Damia,yang sesekali minta ditambahkan lauk ke pinggannya. Yang lain seolah-olah berada di dalam dunia mereka sendiri termasuklah Firdaus.

“Aa..ada siapa-siapa kat sini yang nak dengar lagu tak?” soal Melur mesra mahu memecah kesunyian. Semua di meja mengalih pandang padanya. Sepi.

“Sebab Melur rasa sunyilah. Tak ada bunyi langsung. Cicak pun takut nak bersuara.” Firdaus segera menyiku lengan Melur tanda memberi amaran. Sayangnya Melur buat muka selamba bersama sengih nakalnya. Sepi lagi.

“Apa kata Melur nyanyi? Nak tak?” soal Melur lagi walaupun tiada respon.

“Melur,tolong senyap...sayang.” Firdaus memberi amaran lagi. Melur senyum lagi.

“Cengkerik manakah yang bersuara itu? Mengaku raja seperti aku? Nantiku sumpah menjadi batu. Baru kau tahu untung nasibmu.” Nyanyi Melur yang ditujukan kepada Firdaus pada awalnya. Ya,Firdauslah ‘cengkerik’ itu. Sepi. Tiada yang bersuara. Tiba-tiba Rania ketawa rancak,lucu dengan nyanyian Melur. Dia menepuk meja.

“Hei,siapa kau?” soal Rania sedikit kuat. Melur senyum bersama mata yang riang.

“Akulah Raja.”

“Raja mana?” soal Rania semula bersama gayanya sekali.

“Raja Kapur.” jawab Melur bersungguh. Firdaus terdiam melihatnya.

“Hei Raja Rapur,kenapa muka kau macam tepung gomak?”

“Hei apa dah goomaak...?” Melur menyudahkan dan mereka berdua ketawa riang. Ketawa mereka disusuli dengan tawa Firman,Malia,Hajah Rohana dan Damia yang bertepuk tangan melihat aksi makcik-makciknya itu. Firdaus pula menutup mulutnya sambil menahan tawa. Namun,Haji Nasarudin seorang tidak ketawa yang menyebabkan semua orang berhenti ketawa. Haji Nasarudin memandang semua orang sebelum berdehem.

“Walaupun rupamu tidak ku kenal,tetapi lobang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku.” tiba-tiba Haji Nasarudin juga melontarkan dialognya. Semua orang terkejut dan diam.

“Cut!” kata Melur menyambut. Dia bangun.

“Cayalah abi! Give me five!” kata Melur sambil mengangkat tangannya ke arah bapa mertuanya. Haji Nasarudin tergamam tetapi akhirnya dia menampar tangan Melur. Selepas itu semua yang ada melepas tawa. Firdaus terkejut dengan perubahan yang mendadak ini. Sikap selamba isterinya telah mengubah situasi. Ajaibnya selepas itu semua orang mula bercakap sesama mereka. Tiba-tiba Melur berdiri dan menyua mukanya ke arah Haji Nasarudin.

“Abi suap Melur boleh? Nak rasa nasi abi.” Lelaki itu terkejut.

“Eh,bukan nasi kita sama ke?” soalnya kehairanan. Firdaus sudah berdebar-debar.

“Tak nak. Melur nak rasa abi punya. Cepatlah...” leret Melur manja. Haji Nasarudin memandang isterinya dan beralih kepada Firdaus sebelum menatap wajah ayu Melur.  Akhirnya dia menyuap nasi itu ke mulut Melur.

“Mmm..sedapnya abi... Nasi otai memang lain rasanya. Best! Thank you abi.” kata Melur bersama mata yang terpejam. Lelaki itu tersenyum senang mendengarnya.

“Nasi umi Melur tak nak rasa?” soal Hajah Rohana seperti cemburu. Melur rasa terharu. Dia bangun dan menerima suapan dari tangan ibu mertuanya.

“Memang best makan suap dengan orang tersayang.” kata Melur sedikit terharu. Kata-kata yang penuh pengertian. Selepas itu,semua orang mempraktikkan ajaran Melur itu. Mereka saling bersuapan dan bercakap sesama sendiri. Tetapi tidak antara Melur dan Firdaus.

“Admin,malam ni aktiviti apa?” soal Rania bersungguh.

“Solat Maghrib berjemaah. Abi imamnya. Lepas tu kita baca Yaasin sama-sama.”

“Lepas tu?” Malia pula yang menyoal.

“Makan!”

Melur memasak sup dan sos yang sedap untuk hidangan yang lebih ringan bagi makan malam mereka sekeluarga. Hidangan steamboat dan grill. Suasana tidak lagi seperti tengah hari tadi. Tidak lagi sunyi tanpa perbualan dan senda gurau. Firdaus merasa aneh dengan perubahan semua ahli keluarganya.

“Apa kata lepas ni kita main sorok-sorok?” usul Melur tiba-tiba.

“Wah! Bestnya kak. Suka suka suka.” Melur ketawa kecil.

“Kalau Nia suka,Nia yang jadi dulu.”

“Tu lagi Nia suka.”

“Tapi dengan satu syarat. Semua orang kena main termasuk umi dan abi.” Syarat yang Melur tetapkan itu,buat semua orang terdiam. Sepi. Firdaus sudah meraup-raup mukanya. Dia tunduk menahan debaran. Dia tahu abinya mungkin akan marah.

“Okey set!” Firdaus mendongak memandang abinya. Itu sungguh di luar jangkaannya. Dia berkerut tidak sangka. Ketika Firdaus masih lagi terpinga-pinga dengan persetujuan abinya untuk bermain permainan budak-budak itu,seluruh isi keluarganya sudah bersorak riang. Mereka gembira kerana abi mahu ikut serta.

Setelah selesai makan malam,Melur ke dapur membersihkan semua pinggan mangkuk dan membiarkan ahli keluarga Firdaus duduk berbual di hadapan kaca televisyen. Firdaus turut menemani Melur di dapur tetapi dia hanya duduk sahaja. Fikirannya menerewang memikirkan apa yang sudah terjadi sepanjang seharian mereka di sini. Dia juga teringatkan Dee. Mungkin lebih baik andai Dee yang berada di tempat Melur sekarang. Seharusnya ini yang Dee lakukan sejak dari dulu lagi,tetapi Dee tidak pernah mahu mengambil hati keluarganya. Jika Dee datang ke rumah keluarganya pun,itu hanya ketika sambutan ulang tahun perkahwinan umi dan abi. Jika tidak,dia akan datang bertandang pada hari raya. Selebihnya,Dee hanya ada Firdaus dan mahukan Firdaus seorang sahaja. Tapi Melur...

Mereka memulakan permainan. Semua orang berlari mencari tempat persembunyian masing-masing. Tanpa dirancang,Melur dan Firdaus bertembung di hadapan almari besar di dalam sebuah bilik. Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk sama-sama menyorok di dalam almari itu. Rania mencari-cari Firman dan Malia. Mereka sudah ditemui. Begitu juga dengan Damia. Terdengar suara Rania di luar almari,Firdaus merangkul pinggang Melur dan menarik tubuh Melur rapat ke tubuhnya. Melur bertempek di dada Firdaus. Tanpa sedar mereka berpelukan. Rania tahu abang dan kakak iparnya ada di dalam almari memandangkan kain Melur terkeluar sedikit dan tersepit di pintu almari. Rania senyum dan membiarkan mereka berdua di situ. Apabila Rania berlalu,Firdaus dan Melur saling menahan tawa. Firdaus menyuruh Melur senyap dengan menutup mulut Melur dengan 2 batang jarinya. Tangannya masih lagi merangkul pinggang Melur. Mereka saling berpandangan. Keadaan menyepi antara mereka. Ianya berlarutan sehinggalah Rania datang semula menemui mereka. Ajaibnya umi dan abinya juga bersembunyi sama seperti Firdaus dan Melur dan itu mencetus rasa cinta zaman muda mereka.

🌸TQSM 4 Ur votes guys🌸
            22 July 2022
                   -cnc-

MY 'RUDE' WIFEWhere stories live. Discover now