Bab 8

1.8K 37 2
                                    

Isteri cerdik yang solehah,
Penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran,
Di rumah dia isteri, di jalanan kawan, 
Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan..

Amin yang sedang duduk di barisan guru dalam dewan sekolah tersebut terpaku mendengar bait-bait lagu nasyid dendangan kumpulan nasyid SMK Ibrahim Yaakub pada Malam Pesta Budaya sekolahnya itu.

Ah..

Amin menyandar di kerusi dan melepaskan nafas yang berat.

Dia mengakui, dia sudahpun mencapai usia matang untuk berkahwin. Sebagai lelaki normal, sudah tentu dia berkeinginan untuk berkahwin. Namun, masih belum berkesempatan ke arah itu kerana terlalu sibuk berkerja sebagai guru. Dan paling penting, dia sendiri tak tahu apakah kriteria isteri yang diinginkannya. Mendengar lagu nasyid 'Isteri Solehah' dendangan asal kumpulan Saff-One ini, Amin mula terfikir akan kepentingan memiliki seorang isteri yang berjiwa islamik dan solehah.

"So, kau nak isteri ninja?" tanya Ustaz Umar kepada Amin ketika mereka sedang minum bersama di kantin sekolah selepas selesai majlis penutup  Malam Pesta Budaya untuk malam tersebut.

"Ninja apa?" tanya Amin balik.

"Ninja lah. Yang tutup mulut macam ni. Nampak mata je?" Ustaz Umar menutup mulutnya dengan tapak tangan sambil mengangkat-angkat keningnya.

"Oh..pakai niqab? Katalah niqab.." Amin menggelengkan kepalanya. Hambar betul punchline kawannya ni.

"Ninja la tu.."

"Entahlah Mar..." kata Amin sambil menghirup teh tarik kurang manis miliknya itu.

"Kawan aku ada sorang tengah ambik master pengajian islam kat UM. Kalau kau nak, aku boleh mintak tolong dia carikan mana-mana budak U yang macam tu."

"Tapi pakai niqab pun tak semestinya dia tu baik Mar. Boleh jadi pakai niqab tapi perangai buruk tak guna jugak kan? Pakaian tu luaran je?"

"Of course la. Pakaian tu luaran je. Dalaman tak semestinya sama. Yang free hair pun tak semestinya perangai tak elok. Tapi point aku kat sini, kalau kau stay nak yang macam tu aku takde masalah nak tolong carikan."

Amin terdiam.

"OK, kejab. Camna kriteria isteri yang sebenarnya kau nak? Bagi aku clear betul-betul pasal ni. Aku tak semestinya dapat tolong tapi mungkin ada something yang aku boleh bagi."

Amin masih terdiam. Kawannya Ustaz Umar itu sememangnya orang yang tepat untuknya berbicara mengenai hal ini kerana di sebalik usianya yang muda, Ustaz Umar sudahpun berkahwin selama 5 tahun. Namun masalahnya ialah, Amin sendiri yang masih keliru tentang kriteria isteri yang diinginkannya ini. Serba salah dibuatnya.

Inginkan isteri yang islamik dan solehah? Namun pemakaian tak semestinya mencerminkan dalaman.

Inginkan isteri yang cantik? Cantik tu ada di mana-mana. Bukan masalah.

Inginkan isteri yang keibuan? Sikap keibuan boleh dididik. Bukan masalah.

Inginkan isteri yang tahu memasak? Suka mengemas rumah dan membasuh pakaian? Ah, aku nak cari isteri bukannya orang gaji!

Amin kebuntuan. Mindanya mula dipenuhi kabus kerana terlalu banyak berfikir. Susah baginya untuk melihat dengan jelas sejelas-jelasnya. Tak sangka persoalan tentang isteri sebenarnya terlalu rumit sebegini rupa.

"Hahahahhaha. Kau ni risau sangat ni. Rilek dah la Min. Tak payah beriya sangat. Bila sampai masanya nanti, sampai masa lah nanti!" Ustaz Umar ketawa melihat riak wajah Amin yang terlalu bimbang itu.

"Ish! Yelah. Buat apa pikirkan sangat. Bukannya minggu depan aku kena kahwin. Baik aku pikir pasal tournament budak-budak aku ni minggu depan," Amin menggelengkan kepalanya mengenangkan sikap bodohnya ini.

Tiba-tiba, telefon Amin berbunyi menandakan pesanan aplikasi Whatsapp sedang masuk. Amin dengan segera membuka telefonnya itu dan membaca pesanan tersebut.

"Siapa?" tanya Ustaz Umar sambil menghirup air kopinya sehingga habis. Sudah sejuk kopinya itu kerana terlalu asyik bersembang tadi.

"Mak aku. Mintak belikan bawang balik nanti," jawab Amin.

"Ooh. Mak kau..." Ustaz Umar mengangguk perlahan sambil mengambil tisu di hadapannya dan menyapu mulutnya selepas selesai minum kopi. Dia kemudiannya berdiri,bersedia untuk ke kaunter dan membayar minuman mereka.

Amin juga dengan pantas berdiri untuk berbuat benda sama.

"Tak apa Min. Kali ni aku bayar."

"Ok Mar. Tq"

Amin terdiam seketika.

"Mar, aku rasa..aku tak kisahlah macammana pun isteri aku nanti. Kalau mak aku suka dia, tak ada masalah bagi aku. Baik untuk mak aku, baik jugaklah untuk aku nanti.."

Ustaz Umar tersenyum.

"Haaa. Macam tulah..."

Ustaz Umar kemudiannya berlalu dan bergerak ke kaunter pembayaran meninggalkan Amin yang seolah olah mendapat suatu semangat yang baru itu.

*******

Di ruang tamu tersebut kelihatan Rugayyah sedang berbual mesra dengan Mia Sofea sambil diperhatikan oleh Amin yang masih terpaku. Dia sedaya upaya 'berlakon' supaya nampak biasa dan tenang walaupun gelora dalam hatinya, hanya Allah yang tahu.

"Kamu tak ada shooting ke hari ni Mia?" tanya Rugayyah.

"Ada mak cik. Malam ni. Tapi bukan shooting drama shooting iklan," jawab Mia Sofea.

"Eh, busy juga kamu ni ya Mia?" Rugayyah sedikit terkejut mendengar jawapan daripada Mia Sofea.

"Ini belum kira busy lagi kak. Itu hari masa shooting filem Super Mama, berderet hari dia pergi shooting. Sampai tak balik rumah. Tidur kat mana-mana homestay yang dekat dengan set," sampuk Hamidah Ahmad.

Wajah Amin berkerut. Filem Super Mama? Macam pernah dengar...oh! Itu filem superhero tempatan yang pecah panggung 10 juta! Cerita pasal seorang wanita mendapat kuasa adiwira selepas membesarkan seorang bayi 'alien' yang ditemuinya dalam hutan..

"Amin? Kamu ok ke ni? Macam gelisah je kamu ni?" tanya Hamidah Ahmad kepada Amin. Amin kemudiannya sedikit tersentak.

Nampak gelisah? Aduh...gagal rupanya 'lakonan' Amin ni. Tak ada bakat betul!

"Saya ok mak cik. Cuma umm..saya je lelaki kat sini saya rasa macam janggal sikit hehehe," jawab Amin.

"Maaflah. Mak cik tak dapat nak bawak bapak atau abang si Mia ni kemari. Diorang semua masih kat London. Kakak Mia pulak ada sini tapi kalau bawak sini kan lagi janggal kamu hahaha," kata Hamidah Ahmad.

"Tak apa mak cik.." Amin tersenyum.

Keadaan menjadi senyap seketika.

"Emm, Midah. Tolong kak kat dapur sekejab ya? Kita ambik kan nasik makan sama-sama ya?" kata Rugayyah kepada Hamidah Ahmad.

Amin segera bangkit dari sofa.

"Eh, tak apa ma. Biar saya--"

"Ish. Tak apa. Kamu duduk je sini. Kamu tu dah masak. Biar mak lah yang hidangkan," Rugayyah memotong percakapan Amin.

"Kalau macam tu mak cik biar sayalah yang tolong mak cik kat dapur," kata Mia Sofea pula sambil bangkit dari tempat duduknya.

"Kalau semua pergi dapur siapa nak teman Amin kat sini? Duduk je lah kamu sini Mia..." kata Hamidah Ahmad sambil menarik tangan Rugayyah pergi ke dapur.

Mereka berdua berjalan ke arah dapur, dan kemudiannya hilang dari pandangan Amin dan Mia Sofea.

Tinggallah Amin dan Mia Sofea berduaan di ruang tamu yang secara tiba-tiba, kelihatan sangat besar bagi Amin walaupun pada hakikatnya dia sering duduk melepak di sini, di rumahnya sendiri selama ini.

Amin memandang ke arah siling.

Awkward.

Isteri Paling Popular!Where stories live. Discover now