Bab 19

1K 28 0
                                    

Ding!

Suatu pesanan whatsapp tiba-tiba masuk dalam telefon milik Mia Sofea. Dengan segera Mia Sofea membuka telefonnya dan melihat paparan notifikasi skrin.

Awalnya dia menjangkakan ibunya Hamidah yang memberi pesanan whatsapp. Namun, sebenarnya ia datang dari nombor yang tidak dikenali. Tak pernah disimpan dalam telefon milik Mia Sofea sebelum ini.

Salam cik Mia. Apa khabar? Lama kita tak contact...

Sebahagian daripada mesej pada notifikasi tertera sedemikian. Hairan dibuat Mia Sofea seketika kerana seingatnya dia tidak pernah memberikan nombor peribadinya kepada mana-mana individu. Hanya nombor Yayat sebagai pengurus sahaja yang diberikan selama ini.

"Siapa mesej tu Mia?" tanya Yayat.

"Entah? Aku pun tak tahu.." Mia Sofea menggelengkan kepalanya.

"Eh? Macammana dia dapat nombor kau pulak?" Yayat turut terkejut.

"Entah lah...?"

"Bukak lah mesej tu. Dia kata apa?"

Mia Sofea membuka mesej,

[Salam cik Mia. Apa khabar? Lama kita tak contact. Ni saya, Amin. Ingat lagi tak saya?]

[Maaf saya memberi mesej sahaja. Kalau telefon takut ganggu cik Mia pulak]

[Tujuan saya mesej ni nak ajak cik Mia untuk berjumpa. Untuk bincang pasal hubungan kita. Bila cik Mia free ya? Saya tahu cik Mia sibuk jadi saya akan ikut sahaja masa yang cik Mia tetapkan]

Mia Sofea tergamam.

Pesanan mesej tersebut datangnya daripada Amin!

"Yayat, Amin mesej aku. Dia ajak jumpa.."

"What? Seriously? Berani betul dia nak jumpa artis popular macam kau ni pakai whatsapp je?"

"Maksudnya, dia pandang aku macam perempuan biasa. Tak anggap aku ni macam artis.."

"Habis tu, kau nak jumpa dia tak?"

Mia Sofea hanya memandang sahaja wajah Yayat, tidak segera menjawab soalan tersebut. Kerana bagi Mia Sofea masih lagi 50-50, sama ada berjumpa atau tidak...

*****

Ding!

Amin yang sedang menanda esei pelajarnya segera mencapai telefon bimbit setelah mendengar bunyi notifikasi pesanan whatsapp.

Dia segera membuka aplikasi whatsapp untuk membaca pesanan tersebut. Dan seperti yang diharapkan oleh Amin, pesanan tersebut adalah pesanan balas daripada Mia Sofea berkenaan jemputan Amin untuk berjumpa dengannya.

[OK. Boleh je. Petang ni pun boleh jumpa. Lagipun aku tak ada apa-apa shooting petang ni. Kau nak jumpa kat mana?]

Amin termenung seketika dengan soalan tersebut. Kalau jumpa di rumah Mia Sofea, terasa janggal pula kerana Amin baru sahaja berjumpa dengan ibunya Hamidah tadi. Kalau berjumpa di rumahnya, bimbang kalau-kalau menyusahkan ibunya pula.

Kalau jumpa di luar lagilah bermasalah. Tak sempat nak bercakap  sudah tentu akan diganggu peminat.

Mereka perlu berjumpa di tempat yang lebih privasi, jauh daripada peminat dan dalam masa yang sama juga tempat itu haruslah tidak asing bagi mereka...

Amin akhirnya mengambil keputusan untuk berjumpa di 'tempat' itu..

******

2002
Taman Permainan, Tadika Humaira

Rugayyah tersenyum melihat Hamidah berjalan ke arahnya sambil memimpin tangan Mia Sara yang ketika itu berusia 4 tahun. Di sisi Rugayyah ialah Amin, yang kini 6 tahun.

"Assalamualaikum Kak Yah.." Hamidah menghulurkan tangan untuk bersalam.

"Waalaikumussalam..." jawab Rugayyah sambil tersenyum.

"Mia, salam dengan makcik Yah meh?" Hamidah menyuruh Mia Sofea bersalam. Dengan patuh Mia Sofea menurutinya.

"Haa Min? Salam dengan makcik Hamidah kamu tu.." dengan patuh juga Amin turut bersalam dengan Hamidah. Hamidah menyambutnya dengan senyuman.

"Maaflah Kak Yah. Saya ajak kak jumpa kat luar. Sebab saya dah janji nak bawak dia keluar bermain hari ni. Saya bimbang kalau sy terus pergi rumah Kak Yah merajuk pulak si Mia nanti. Dia punya merajuk pun boleh tahan jugak..."

"Tak apalah Midah. Bagus jugak boleh si Amin tu main sekali. Temankan Mia tu bermain hehe," jawab Rugayyah.

"Tapi Kak Yah, padang permainan ni kita boleh masuk ke? Bukan ini kawasan tadika ke?"

"Boleh. Padang permainan ni boleh masuk. Memang terbuka. Biasanya sibuk dengan budak-budak sesi petang main kat sini. Tapi hari ni Ahad. Kurang la orang kat sini..."

"Macam tu.."

"Dah la Midah. Mari kita bincang pasal novel baru kamu tu"

"Baiklah. Maaflah Kak Yah. Saya harap dapat sedikit tunjuk ajar daripada Kak Yah sebagai cikgu bahasa Melayu. Sebab ni novel pertama saya. Sebelum saya tulis cerita budak-budak je jadinya tak tahu saya tulis ni betul ke tak..."

"InsyaAllah. Apa yang saya boleh tunjuk, saya tunjuk...sekejab," Rugayyah berpaling ke arah Amin dan berkata sesuatu kepadanya, "Amin, tolong temankan si Mia main kat sini ya? Mama nak cakap-cakap dengan makcik Hamidah kamu sekejab..."

"Baik ma," jawab Amin sambil menganggukkan kepalanya..

"Mia? Ikut abang Amin kamu tu ya? Main dengan dia. Hati-hati tau.."

Mia Sofea hanya menganggukkan kepalanya sahaja.

Amin kemudiannya menghulurkan tangannya, bersedia untuk memimpin  tangan Mia Sofea..

Mia Sofea kelihatan ragu-ragu. Namun dengan perlahan kemudiannya dia memegang tangan Amin. Mereka kemudiannya berjalan beringin pergi ke buaian yang berdekatan.

Rugayyah dan Hamidah tersenyum melihat mereka. Rugayyah dan Hamidah kemudiannya pergi ke meja bersebelahan dengan mereka bagi berbincang mengenai novel pertama Hamidah.

*****

Amin kini tiba di padang permainan Tadika Humaira. Di kemudiannya duduk di sebuah meja yang disediakan di situ.

Amin memerhatikan sekitar kawasan tersebut. Ternyata keadaan padang permainan Tadika Humaira ini masih sama seperti dulu. Tiada apa yang berubah. Masih lagi bersih, cantik dan kemas. Cuma ada beberapa permainan telah digantibaru seperti buaian dan jongkang jongkit. Ini adalah untuk menjamin keselesaan dan keselamatan murid tadika yang menggunakan fasiliti tersebut.

Tadika ini sangat memberi makna yang besar kepada Amin. Di tadika inilah Amin mula belajar mengenali huruf, nombor, membaca dan mengira.

Dan tadika ini sekali lagi bakal memberi makna kepada Amin, apabila di sinilah nanti dia akan bertemu dengan Mia Sofea secara berdua-duaan buat kali pertama...

Isteri Paling Popular!Where stories live. Discover now