Bab 25

990 32 0
                                    

Kring!!!!

Loceng sekolah berbunyi, menandakan waktu persekolahan sudah pun tamat.

Pada ketika itu Amin sedang berada di mejanya, sibuk menandakan beberapa kerja rumah pelajar yang diserahkan kepadanya tadi. Sudah menjadi kebiasaan bagi Amin untuk menandakan separuh daripada kerja rumah pelajarnya di sekolah, manakala separuh lagi di rumah.

Seorang pengawal keselamatan kemudian datang menghampiri Amin dari belakang dengan perlahan, menghormati Amin yang sedang sibuk bekerja itu.

"Cikgu, cikgu Amin.." pengawal keselamatan itu memanggil Amin.

"Eh, Man? Kenapa? Ada apa ni?" Amin berpaling ke belakang selepas namanya dipanggil.

"Ada orang mintak nak jumpa cikgu. Dia sekarang tengah tunggu cikgu kat kantin," kata pengawal keselamatan yang dipanggil Man itu.

"Eh, siapa tu? Mak ayah pelajar ke?"

"Err, bukan rasanya.."

"Bukan? Habis tu pegawai pejabat pendidikan?"

"Bukan jugak cikgu.."

"Aih? Bukan? Lelaki ke perempuan yang nak jumpa tu?"

"Err, pondan cikgu!"

"Pondan?!" terkejut Amin bukan kepalang. Hampir sahaja Amin menguatkan suaranya namun nasib baik dapat dikawal. Kalau tak, semua guru yang berada di dalam bilik guru tersebut akan berpaling kepada Amin.

"Tapi, kalau cikgu tak nak jumpa dia saya boleh halau dia balik. Saya dah lama tak halau orang ni cikgu.. "Man pengawal keselamatan itu memberitahu sambil tersenyum. Nadanya kelihatan serius.

"Tak apa Man. Nanti saya pergi jumpa dia.." Amin bangkit daripada kerusinya. "Tapi itulah hairan sikit siap datang nak jumpa kat sekolah. Jumpa kat luar boleh je.." kata Amin lagi selepas itu.

Selepas mengucapkan terima kasih kepada Man pengawal keselamatan, Amin berjalan keluar menuju ke kantin.

Dalam perjalanan ke kantin, kelihatan ramai pelajar sedang dalam perjalanan pulang. Apabila bertembung dengan Amin, mereka spontan melambai tangan dan berkata bye-bye cikgu. Amin hanya tersenyum melihat telatah mereka tersebut.

Amin akhirnya tiba di kantin sekolah. Dari jauh, dia dapat melihat seorang lelaki yang duduk seorang diri di meja kantin. Amin mengamati susuk tubuh lelaki itu, kalau-kalau dia mengenalinya. Dan Amin yakin, dia tidak pernah bertemu dengan lelaki, atau pondan menurut Man itu sebelum ini.

"Assalamualaikum..." Amin menghampiri lelaki itu dan mengucapkan salam.

"Waalaikumussalam.." lelaki itu menjawab salam dan berpaling ke arah Amin. Amin melihat raut wajah lelaki tersebut. Ya, memang orang asing yang tak pernah Amin jumpa sebelum ini.

"Kamu nak jumpa saya?" walaupun tidak mengenali lelaki itu Amin tetap bersikap profesional dan hormat akan tetamu yang hadir di sekolahnya itu.

"Ya, saya. Duduk lah..." lelaki itu, atau Yayat mempersilakan Amin untuk duduk di hadapannya.

Amin bergerak dan duduk di hadapan Yayat. Dia masih tertanya-tanya, siapa lelaki lembut di hadapannya ini?

"Nama saya Yayat. Panggil je Yayat..." Yayat memberitahu Amin.

"Yayat?"

"Ya."

"Nama awak Yayat?"

"Nama panggilan je. Kenapa?"

"Nama sebenar awak? Tak manis kalau kita perkenalkan diri dengan nama panggilan sahaja..." jelas Amin.

Oh.. Yayat sedikit tersentak. Terlupa pula di hadapannya ini adalah seorang cikgu. Bukan orang dari industri hiburan yang biasa dia jumpa selama ini.

"H-Hidayat. Muhammad Hidayat.." kata Yayat, sedikit malu.

"Hmm. Baiklah Encik Hidayat. Encik Hidayat ada apa urusan nak jumpa saya kat sekolah ni?"

"Maaf. Saya terpaksa jumpa awak kat sekolah. Kalau jumpa kat luar saya takut orang nampak. Atau paling bahaya takut orang dengar..." Yayat memberitahu.

"Haa? Bahaya? Apa ni? Tak faham lah saya? Kamu ni siapa sebenarnya? Apa saya dah buat?" tanya Amin. Dia betul-betul hairan dengan situasi yang berlaku sekarang.

"Awak tanya apa awak buat?" Yayat merenung wajah Amin. Amin mengangguk perlahan, masih kehairanan.

Yayat melihat sekeliling. Mujurlah pada ketika itu kantin sekolah agak kosong. Hanya kelihatan beberapa orang pelajar sahaja sedang bersembang kira-kira selang enam tujuh meja dari situ.

"Kamu ni siapa sebenarnya Encik Hidayat?" tanya Amin sekali lagi.

Yayat mengeluarkan kad bisnes dari dalam dompetnya dan menyerahkannya kepada Amin.

"Saya ni manager kepada Mia Sofea. Kalau awak nak tahu apa yang awak buat, awak sebenarnya bakal mencetuskan kekecohan dengan berkahwin dengan seorang artis yang paling popular di negara ini.." jawab Yayat.

"Manager Mia? Oh? Manager Mia! Kenapa tadi tak cakap? Buat saspen je hahaha!" Amin ketawa. Dia kemudiannya menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Yayat. Amin kelihatan teruja sekali. Yayat pula agak keberatan menyambut salam tersebut.

"Baiklah Amin. Saya terus terang cakap dengan awak. Saya sebenarnya nak awak tukar fikiran awak untuk berkahwin dengan Mia. Saya sebagai manager dia masih sayangkan kerjaya dia sebenarnya, walaupun Mia macam tak kisah dengan perkara ni.." Yayat berterus terang dengan Amin tanpa sebarang lapik.

"Ya.. Saya faham perasaan Yayat. Saya faham risiko pada kerjaya Mia lepas ni. Saya pun dah ada bincang dengan Mia pasal ni sebenarnya.." jelas Amin pula.

"Sebab awak faham la saya ambik keputusan untuk discuss dengan awak balik. Tolong la ubah keputusan awak. Batalkan perkahwinan awak dengan Mia.. " kata Yayat.

"Bagi saya sendiri, saya tak kisah kalau batalkan perkahwinan tu. Sebab ia untuk kebaikan Mia jugak. Tapi saya rasa kalau dibatalkan sekalipun, Mia Sofea mungkin tetap akan berkahwin. Dengan orang yang lain. Sebab Mia Sofea perlukan orang, perlukan ahli keluarga yang boleh jaga dia..." kata Amin selepas itu.

"Perlukan ahli keluarga? Kan dia dah ada makcik Hamidah? Selama ni dia duduk dengan makcik Hamidah OK je? Tak ada apa-apa masalah pun?" wajah Yayat berkerut, sangsi dengan kata-kata Amin.

Pada ketika ini Amin terdiam. Dia menyedari bahawa rahsia Mak cik Hamidah mempunyai kanser masih belum diketahui oleh orang lain lagi.

Amin berada dalam dilema. Patutkah dia memberitahu rahsia ini kepada orang lain? Apa kesannya kalau dia memberitahu perkara ini kepada Yayat yang merupakan orang terdekat kepada Mia Sofea?

"Apa yang boleh saya cakap tu je. Seandainya saya tak kahwin dengan Mia sekalipun, Mia tetap berkahwin jugak dengan orang lain nanti.." Amin mengambil keputusan untuk tidak mendedahkan perkara mengenai sakit kanser Makcik Hamidah kepada Yayat.

"Haa...?"

"Kalau encik Yayat percaya yang saya ni bukan calon suami yang baik untuk Mia, demi kebaikan Mia saya sudi berundur dari jadi suaminya. Tapi dengan syarat, encik Yayat mestilah tunjuk kepada saya siapa suami pilihan encik Yayat untuk Mia. Kalau dia lelaki yang baik-baik, saya sudi berundur.." kata Amin lagi selepas itu.

"Kejab-kejab..." Yayat memberhentikan percakapan Amin. "Aku rasa macam ada benda tak kenalah sini. Ada apa-apa jadi kat makcik Hamidah ke ni?" tanya Yayat lagi.

Amin terkejut. Dia tidak menyangka Yayat dapat menghidu perkara itu secepat ini.

"Haa! Itu kau terkejut tu? Apa jadi dengan makcik Hamidah? Mesti dia ada sebab nak kahwinkan Mia kan? Cakap lah!" Yayat sedikit mendesak. Dia sebenarnya mula berasa bimbang.

Nampaknya Amin tidak dapat lari lagi. Sebelum Yayat mula mengambil tindakan yang boleh menarik perhatian orang lain di kantin sekolah itu, Amin mengambil keputusan untuk mendedahkan perkara mengenai makcik Hamidah.

"Sebenarnya... Makcik Hamidah ada kanser. Tak tahu berapa lama lagi boleh hidup. Sebab tu dia nak kahwinkan Mia Sofea cepat. Supaya ada orang yang boleh jaga Mia..." Amin memberitahu dengan nada yang serba salah.

"K-kanser?? Ya Allah..." itu sahaja yang mampu diucapkan oleh Yayat. Makcik Hamidah, individu yang boleh dikatakan sangat rapat dalam hidupnya mempunyai sakit kanser...

Dada Yayat mula berasa sebak. 

Isteri Paling Popular!Where stories live. Discover now