Bab 17

1.1K 27 0
                                    

Amin akhirnya tiba di rumahnya selepas selesai pertemuannya dengan Hamidah tadi. Dia disambut oleh ibunya Rugayyah di muka pintu yang memandangnya dengan senyuman yang lembut.

"Bila ma tahu pasal makcik Hamidah ni?" tanya Amin ketika mereka duduk bersama di ruang tamu, berbincang mengenai pertemuan Amin dan Hamidah tadi.

"Lepas diorang datang rumah kita hari tu. Maafkan mama sebab tak bagitau kamu. Ini amanah dari makcik Hamidah kamu sendiri. Dia nak bagitau kamu pasal ni secara peribadi..." jawab Rugayyah.

"Maksudnya awal-awal tu mama tak tahu lagi?"

"Tak. Mama tak tahu. Masa mula-mula makcik Hamidah nak jodohkan kamu dengan Mia, dia tak ada sebut pun pasal benda ni. Mungkin..dia tak nak kelihatan mendesak kita untuk terima Mia sebagai menantu.."

"Rasanya macam tulah ma..." Amin menyandarkan badannya di sofa. Bahunya terasa berat dengan perkara ini.

"Jadi, macammana sekarang?"

Amin memejamkan matanya. Memgambil sedikit masa untuk berfikir. Pada mulanya Amin merasakan perkahwinan dengan Mia Sofea ini adalah suatu yang sangat berat kerana ia boleh mengubah kehidupan Amin seratus lapan puluh darjah. Terlintas juga di fikirannya untuk menolak perkahwinan ini supaya dia dapat menjalani kehidupan yang aman tanpa tempias populariti Mia Sofea.

Namun pertemuannya dengan Hamidah telah melapangkan mindanya daripada sebarang konflik. Amin kini tidak lagi keliru atau berasa tertekan.

Amin sudi untuk mengubah hidupnya selepas ini.

Amin sudi untuk meninggalkan kehidupan lama dia, dan melangkah ke dunia populariti.

Amin sudi dengan sepenuhnya selepas diberikan tanggungjawab oleh Hamidah, untuk menjadi suami kepada Mia Sofea.

"Ma.." Amin memanggil ibunya. Rugayyah memandang wajah anaknya yang kini sudah bersih sepenuhnya dari keraguan.

"Ya, Min?"

"Amin nanti nak jumpa Mia. Rasanya lebih baik kalau perkahwinan Min dengan Mia dibuat secepat mungkin.."

"Boleh Min. Mama tak ada masalah. Amin bincang dengan Mia, dan mama nanti bincang dengan makcik Hamidah, ya?"

"Terima kasih ma.." Amin senyum kelegaan. Dirinya kini penuh dengan semangat dan keyakinan untuk menempuhi alam rumah tangga dengan seorang artis popular bernama Mia Sofea selepas ini...

Eh?

Amin teringat sesuatu. Wajahnya yang penuh dengan keyakinan tadi serta merta berubah menjadi ragu-ragu semula.

"Min? Ada apa ni?" Rugayyah menyedari perubahan tiba-tiba raut wajah anaknya itu.

"Err.. Ma? Amin tak kisah nak kahwin dengan Mia. Tapi masalahnya, Mia nak ke kahwin dengan Amin ni? Kalau dia tak mahu macammana?" Amin kembali berasa cemas.

Rugayyah ketawa terbahak-bahak dengan soalan Amin tersebut!

*****

Setelah selesai penggambaran di Perak, Mia Sofea akhirnya kembali ke Kuala Lumpur pada petang tersebut.  Pada kebiasaannya Mia Sofea akan pergi ke agensinya terlebih dahulu,  Daya Bintang Entertainment sebelum pulang ke rumahnya.

Daya Bintang Entertainment adalah sebuah agensi pengurusan artis yang paling terkenal di Malaysia. Ia dimiliki oleh Datin Hidayah Ramli yang juga merupakan bekas pelakon tersohor tanah air pada zaman 80-an. Selain daripada Mia Sofea, terdapat beberapa lagi pelakon dan penyanyi ternama bernaung di bawah pengurusan agensi tersebut.

Pada mulanya Daya Bintang Entertainment hanyalah sebuah agensi kecil yang sering bertukar ganti pelakon di dalamnya. Namun selepas kemasukan Mia Sofea, nasib agensi tersebut mula berubah. Seiring dengan kerjaya Mia Sofea, status agensi tersebut juga semakin berkembang. Mia Sofea juga setia dengan agensi tersebut kerana Datin Hidayah sendiri yang banyak mengajarkan Mia Sofea tentang selok belok dunia lakonan.

Isteri Paling Popular!Where stories live. Discover now