Bab 57

901 26 2
                                    

Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen Istanbul, Turki.

Amin dan Mia Sofea sedang berada di sebuah kedai cenderamata berhampiran dengan laluan utama ke Gate A. Pelbagai cenderamata yang menarik dipamerkan di kedai cenderamata tersebut. Amin dan Mia Sofea menilik setiap dari satunya dengan perasaan kagum.

"Eh, Mia tengok ni..." Amin mengajak Mia Sofea melihat sesuatu.

"Apa tu?" tanya Mia Sofea.

"Keychain couple...awak nak?" jawab Amin bersahaja.

"Eh?"

Mia Sofea melihat-lihat keychain couple yang berbentuk dua ekor kucing yang saling berpelukan itu. Kucing adalah haiwan kesayangan di Turki. Maka tidak hairanlah boleh dijumpai beberapa barangan yang bertemakan kucing di Turki ini.

"Tak apa, saya beli. Awak nak warna apa?" tanya Amin lagi. Dia tahu bahawa Mia Sofea juga tertarik pada keychain couple tersebut.

"Hmm...." Mia Sofea terus membelek-belek. Dia akhirnya memilih keychain couple kucing yang berwarna emas dan perak...

*******

Dewan Utama, Shah Alam
10 pagi.

Amin memegang-megang keychain yang berbentuk seekor kucing berwarna emas yang diambilnya dari dompet tadi.

Pada ketika ini, Amin dan guru-guru lain sedang keluar dari dewan menuju ke perkarangan luar dewa untuk sesi minum pagi. Semasa keluar, Amin bertemu dengan Ustazah Husna yang kelihatannya sedang menunggu Amin berhampiran pintu utama dewan. Dengan segera Amin memasukkan kembali keychain berbentuk kucing tersebut ke dalam poketnya.

"Ah, cikgu? Lambat jugak cikgu keluar. Penat saya tunggu hehe..." kata Ustazah Husna sebaik sahaja melihat Amin datang ke arahnya.

"Ustazah tunggu saya ke? Maaf saya lambat keluar. Kena block tadi..." jelas Amin sambil tersenyum.

"Tak apa. Minum jom?" Ustazah Husna mengajak Amin untuk minum bersama.

"Jom..." balas Amin.

Mereka berjalan berduaan menuju ke tempat minum pagi yang disediakan oleh pihak penganjur. Ustazah Husna memandang ke arah Amin yang kelihatannya sedang asyik berfikir.

"Err..."

"Umm..."

Serentak Amin dan Ustazah Husna ingin berkata sesuatu. Mereka saling tersenyum dengan situasi lucu tersebut.

"Tak apalah, ustazah cakaplah dulu. Ustazah nak kata apa?" Amin memberi ruang kepada Ustazah Husna untuk bercakap dahulu.

"Err..tak ada apa cikgu. Cuma.. program ni habis pukul 11 nanti, lepas majlis anugerah. Lepas tu cikgu ada pergi mana-mana tak?" tanya Ustazah Husna, jujur.

"Saya?" Amin menunjuk ke arah dirinya.

"Yup. Cikgulah yang saya tanya ni siapa lagi hehe.." Ustazah Husna ketawa.

"Saya nak pergi sekolah lah. Join Hari Guru kat sana pulak," Amin tidak mengambil masa yang lama untuk menjawab pertanyaan Ustazah Husna tersebut. "Ustazah pulak macam mana? Pergi sekolah jugak atau terus balik?" tanya Amin selepas itu.

"Hmm...kalau cikgu pergi sekolah, saya pun ikut sekali lah..." jawab Ustazah Husna.

"Okey. Kita gerak sekalilah nanti..." kata Amin selepas itu.

Suasana menjadi diam seketika. Amin sedang berfikir sesuatu.

"Eh, cikgu nak kata apa tadi?" tanya Ustazah Husna.

"Oh, tak. Saya nak tanya sebenarnya err.. betul ke Mia Sofea ada kat sekolah kita sekarang ni?" tanya Amin segan-segan..

"Hmm? Betul lah? Ah, cikgu baru tahu ke pasal Mia Sofea nak datang sekolah kita?"

"Baru tahu jugak lah sebenarnya hehe..." Amin tersengih-sengih.

"Astaghfirullahal'azim cikgu! Heboh dah sekolah cakap pasal ni dulu.." Ustazah Husna menutup mulut dengan tangan kirinya. Tidak menyangka yang Amin boleh terlepas pandang perkara besar sebegini.

"Saya memang ada terdengar budak-budak semua cakap pasal Mia Sofea. Tapi mati-mati saya ingat diorang cakap pasal drama Mia ke apa..."

"Ahahaha!" Ustazah Husna ketawa dengan mulutnya yang masih bertutup dengan tangan. "Alahai cikgu ni...!" Ustazah Husna menggelengkan kepalanya.

Amin hanya mampu tersenyum. Terasa malu jugak menjadi katak di bawah tempurung.

"Jadi, cikgu nak pergi sekolah lepas ni sebab nak tengok Mia Sofea lah?" Ustazah Husna mengusik Amin.

"Err...mungkin? Tapi sebenarnya saya memang nak pergi sekolah pun. Sebab yelah yang anugerah tu kan?" jawab Amin malu-malu.

"Anugerah? Oh, maksud cikgu Anugerah Guru Popular tu?"

"Err, itulah... Hehe"

"Haaa...cikgu confident boleh menang lagi ek?"

"Bukan la confident tapi kalau-kalau menang lagi la. Sebab tu saya kena ada kat sekolah time tu. Kalau saya menang misalnya tapi saya tak ada situ, takut rosak pulak majlis tu nanti. Kesian kat orang lain. Kalau tak dapat, pun tak apa saya tak kisah pun asalkan majlis tak terganggu..." jelas Amin.

"Jangan bimbang cikgu! Cikgu mesti menang lagi punya!"

"Tengok lah.."

"Habis tu kenapa cikgu datang jugak sambutan kat sini? Kan lagi baik kalau cikgu terus ke sekolah je tadi?"

"Hmm...apa nak buat? Dah takde orang nak pergi sini. Diorang semua nak tengok Mia Sofea kot.."

"Kalau...kalaulah cikgu tahu dari awal yang Mia Sofea nak datang ke sekolah. Rasanya cikgu masih sukarela nak datang sini tak?" Ustazah Husna melempar soalan cepumas kepada Amin.

Amin terdiam seketika.

"Rasanya... saya masih datang sini. Sebab ini pun sebahagian daripada tanggungjawab saya sebagai guru sekolah. Kan?" jawab Amin sambil tersenyum.

Ustazah Husna turut tersenyum mendengar jawapan daripada Amin.

"Sebab tu saya suka cikgu..." kata Ustazah Husna dengan perlahan seolah berbisik.

"Apa? Ustazah kata apa?" Amin tidak begitu jelas dengan kata-kata Ustazah Husna tadi.

"Err, takde. Takde apa hehehe.." Ustazah Husna tersengih-sengih membiarkan Amin terus berada dalam keadaan keliru.

Isteri Paling Popular!Where stories live. Discover now