Bab 32

901 24 0
                                    

Setelah membayar menu yang dipesannya di kaunter, Yayat bergegas keluar dari kafe tersebut dan terus melangkah laju ke kedai buku yang terletaknya di seberang jalan bertentangan.

Tujuannya hanyalah satu, iaitu untuk melihat gadis bertudung labuh yang pernah ditemuinya di lif pangsapuri suatu masa dahulu.

Siapakah gadis misteri itu sebenarnya? Kenapa dia terasa begitu tertarik kepada gadis bertudung labuh tersebut?

Namun, setibanya di hadapan kedai buku itu, langkah Yayat semakin perlahan dan perlahan...

Langkah Yayat akhirnya terhenti.

Yayat memikirkan kembali tindakan yang ingin dilakukannya itu. Dia menyedari, tindakannya itu tiada bezanya dari seorang stalker. Beriya-iya mengekori dan mengintip seorang gadis hanya kerana terasa teruja akan melihatnya.

Huh....

Yayat menghembuskan nafas yang berat. Mungkin kerana isu pemecatan dirinya sebagai pengurus Mia Sofea telah membuatkan pemikirannya jadi tak betul, tak rasional. Langsung berlainan dengan dirinya yang selalunya sharp dan profesional.

Pap! Pap! Pap!

Yayat menepuk pipinya dua tiga kali, dengan harapan dirinya kembali 'sedar' seperti kebiasaan.

Yayat akhirnya mengambil keputusan untuk pulang ke rumah sahaja. Langkah kakinya mula diambil dan...

Tap!

Yayat terlanggar seseorang yang baru sahaja keluar dari kedai buku tersebut. Habis terjatuh bertaburan buku yang dibawanya ke lantai. Dengan segera Yayat membantu mengambil buku yang jatuh itu kembali dengan perasaan sangat bersalah.

"Maaf! Maafkan saya! Saya tak perasan...eh?"

Orang yang dilanggarnya itu adalah gadis bertudung labuh itu! Rupanya gadis itu secara kebetulan baru sahaja keluar daripada kedai buku tersebut.

"T-tak..tak apa..." kata gadis bertudung labuh tersebut.

Manakala Yayat terpaku sedang tangannya masih memegang salah satu buku kepunyaan gadis tudung labuh tersebut. Langsung tidak bergerak. Matanya juga tidak berkelip. Seperti patung di gedung pakaian. Atau seperti street performer yang mempertontonkan diri mereka seperti patung di jalanan.

Gadis bertudung labuh itu memandang Yayat dengan perasaan aneh. Dahinya berkerut. Dah kenapa pulak dengan mamat ni?

"Err..encik? Bu-buku saya...?" gadis bertudung labuh bersuara memecah suasana janggal antara mereka.

"Ehh? Ah? Ah, ya...maafkan saya hehehe," Yayat tersenyum. Malu pula dengan tindakan pelik dirinya itu. Dia segera menyerahkan buku terakhir kepada gadis bertudung labuh tersebut.

Dengan senyuman tawar, gadis tersebut mengambil buku tersebut dan kembali meletakkannya di dalam plastik.

"Maaf ya..." Sekali lagi Yayat meminta maaf.

"Tak apa..."

Yayat tersenyum. Dia kemudian mula bergerak melangkah pulang ke pangsapurinya...

Eh?

Yayat dan gadis bertudung labuh itu berjalan seiringan!

"Eh? Hehehe. Awak nak jalan arah sini jugak eh?" tanya Yayat, cuba untuk memecahkan suasana janggal tersebut.

"Err..ya. Saya nak pergi Pangsapuri Angkasa sana.." jawab gadis bertudung labuh tersebut. Kelihatan dia sedikit malu-malu.

"Iya? Saya pun!" Yayat sedikit teruja. "Awak tinggal sana jugak ke? Saya tinggal sana tau?" kata Yayat lagi selepas itu.

"T-tak..saya tak tinggal sana. Saya mengajar tuisyen rumah ke rumah.."

"Oh! Macam tu...!" Yayat tersenyum. Dia sangat berasa teruja dapat berbual dengan gadis bertudung labuh ini.

Tapi, gadis bertudung labuh itu kelihatannya sangat janggal. Dia berjalan dengan perlahan sambil memandang ke arah bawah. Tidak ke depan mahupun tidak kepada Yayat.

Oh....barulah Yayat menyedari, tindakan 'mesra' nya itu sebenarnya membuatkan gadis bertudung labuh ini berasa tidak selesa.

"Ah, alamak! Mana kunci rumah saya ni? Alamak, tertinggal pulak kat kafe tadi..." Yayat tiba-tiba bersuara sambil meraba-raba poketnya. "Maaf ya? Saya nak balik kafe tadi kejab. Tinggal kunci pulak kat sana..." kata Yayat lagi sambil tersengih-sengih.

Gadis bertudung labuh itu mengangguk perlahan tanpa bersuara.

Yayat kemudian mula berjalan ke arah belakang. Dia berlari-lari anak, menuju ke kafe demi mengambil kunci rumah yang sebenarnya sudahpun ada di dalam saku poketnya.

Tindakan Yayat tidak bertujuan lain, kecuali hanyalah untuk memberi ruang privasi kepada gadis bertudung labuh tersebut. Yayat menyedari kehadirannya telah membuatkan gadis bertudung labuh itu merasa tidak selesa.

Yayat mengeluh. Inilah kali pertama seseorang wanita tidak merasa selesa dengannya. Sifatnya sebagai lelaki lembut selama ini sering kali memudahkan dirinya untuk bergaul dengan wanita. Namun, ia langsung tidak membantu apabila berhadapan dengan gadis bertudung labuh yang misteri itu.

Setelah berjalan seketika, Yayat akhirnya kembali ke kafeteria yang disinggahinya tadi. Dia segera memesan secawan americano di kaunter sambil si pelayan berhampiran memandang Yayat dengan perasaan yang aneh, kerana Yayat baru tadinya keluar dari kafe. Tak sampai lima belas minit dah balik sini balik?

Isteri Paling Popular!Where stories live. Discover now