Bab 4

3.4K 38 0
                                    

Amin pulang ke rumah selepas selesai sesi latihan pasukan bola jaringnya. Walaupun dia tidak bermain dan hanya memantau sahaja latihan pelajar-pelajarnya, entah bagaimana dia merasa letih pada petang ini.

"Assalamualaikum, mama!"

"Ya, Min. Waalaikumussalam. Mama kat dapur ni," jawab Rugayyah dari dalam dapur.

Amin melihat-melihat lantai rumah seolah-olah mencari sesuatu.

"Mama.. Barang yang Amin order online itu hari ada sampai tak tadi?"

Rugayyah muncul di balik pintu dapur.

"Tak ada pulak Min. Mungkin esok-esok sampai la tu.."

"OK. Baiklah ma..." jawab Amin ringkas.

Kepenatan, Amin segera duduk di sofa ruang tamunya di rumah banglo satu tingkat itu. Rumah banglo satu tingkat ini adalah hasil usaha Rugayyah yang bekerja sebagai guru sehingga menjadi seorang pengetua sekolah selama ini. Selepas bersara, Rugayyah menghabiskan kebanyakan masanya duduk di rumah sahaja.

Amin memandang ke siling memikirkan sesuatu. Dia termenung dengan raut wajah yang sayu.

"Kamu fikir apa Min?" tanya Rugayyah sambil membawa segelas air sunquick untuk anaknya.

"Tak ada apa mama. Saja fikir rumah ni besar tapi mama duduk sorang-sorang je. Kesian pulak Amin tengok. Dah dekat petang barulah Amin balik. Kalau dulu tak apa lah mama sibuk kat sekolah. Tapi lepas mama bersara awal tahun ni -"

"Ish, tak payah fikirlah Min. Mama duduk sorang-sorang pun tak semestinya mama tak sunyi. Kawan-kawan mama ada je datang sini. Mama pun ada join kelas mengaji, kelas memasak semua tu. Haa sekarang pun internet dah senang. Kalau mama bosan, bukak je youtube tengok video. Tak ada masalah la untuk mama..." jelas Rugayyah panjang lebar.

Amin tersenyum namun hatinya masih terasa sedikit serba salah. Amin mendiamkan diri seketika dan kemudiannya dia berkata...

"Mama. Mungkin dah sampai masanya.."

"Masanya? Masa apa?"

"Err, maksud Amin.. Sampai masanya tambah orang baru dalam rumah ni.."

"Tambah orang baru... Ha? Apa? Be-betul ke ni Min? Amin betul ni?" Rugayyah terkejut dengan kenyataan tidak disangka dari Amin itu.

"Hahaha. Betul la ma. Lagipun sampai bila mama nak sorang-sorang dalam rumah ni kan? Amin kalau boleh nak kan orang teman mama kat rumah ni."

"Alhamdulillah. Tapi Amin sendiri dah ada calon ke? Sebab emm, mama kalau boleh.. Mama pun dah ada seseorang yang mama berkenan sebenarnya.." Rugayyah sedikit teragak-agak memberitahu.

"Calon tu Amin tak ada lagi. Boleh je carikan mana-mana. Tapi kalau mama dah ada calon, mama teruskan jelah. Amin ikut je. Tapi siapa calon tu mama?" tanya Amin kembali.

"Alhamdulillah. Orang tu anak kawan mama juga. Baik budak tu. Dari dulu mama berkenan kat dia.."

"Anak kawan mama? Ooh, orang kita lah? Amin ingatkan orang Indonesia ke, Filipina ke.."

"Apa? Indonesia? Filipina?"

"Kalau orang kita sendiri bagus jugak mama. Senang sikit tak payah kita uruskan visa, permit semua tu kan?"

"Apa?"

"Apa mama?"

"Macammana kamu boleh terfikir mama nak jodohkan kamu dengan orang Indonesia, Filipina pulak ni?"

"Jodoh apa pulak ma hahaha. Kan kita tengah cakap pasal nak ambik orang gaji ni?"

"Astaghfirullahal'azim!"

Isteri Paling Popular!Where stories live. Discover now