Bab 79

720 20 0
                                    

Amin berada di Universiti Putra lagi.

Di sebalik kesibukannya sebagai seorang guru, Amin tetap juga menjalankan tanggungjawabnya sebagai ahli alumni dalam menguruskan majlis reunion yang bakal diadakan nanti.

Jika semalam dia sibuk menghantar surat jemputan, hari ini dia akan berjumpa dengan pengurusan Hal Ehwal Pelajar untuk proses mendapatkan dewan di dalam Universiti Putra ini untuk majlis reunion tersebut. Ini adalah tugas terakhir bagi dirinya. Selepas dipastikan dewan dapat ditempah nanti, kawannya yang lain pula akan uruskan hal selebihnya.

Amin memarkir keretanya di tempat yang agak jauh dari bangunan pengurusan Hal Ehwal Pelajar. Ini kerana parkir berhampiran sana sudahpun penuh. Untuk ke bangunan tersebut, Amin perlu berjalan kaki.

Dalam perjalanan menuju ke pejabat Hal Ehwal Pelajar, Amin melalui Tasik Varsiti Universiti Putra. Serta merta dia teringat akan peristiwa pertemuannya dengan Sara Sofea semalam.

Sara Sofea, yang juga kakak kepada Mia Sofea.

Dirinya seakan tidak percaya dapat bertemu dengan kakak kandung Mia Sofea dengan situasi sebegitu. Lebih mengelirukan, secara tiba-tiba kakak Mia Sofea itu marah dan kecewa kepadanya. Sehingga kini Amin tidak pasti apakah yang berlaku.

Amin akhirnya tiba di pejabat Hal Ehwal Pelajar. Setelah meluangkan masa kira-kira setengah jam di sana, urusan Amin akhirnya selesai. Dewan berjaya ditempah untuk majlis reunion nanti.

Kini, Amin perlu berjalan kaki kembali ke keretanya. Dia perlu melalui Tasik Varsiti lagi.

Dan kali ini...

Eh?

Sara?

Dari kejauhan, Amin melihat Sara Sofea yang sedang berdiri mengadap tasik. Adakah dia sedang menunggu seseorang? Oh, adakah dia sedang menunggu dirinya?

Kalau diikutkan, ingin sahaja Amin pusing kembali, melalui jalan yang lebih jauh untuk ke keretanya. Namun bila difikirkan, perlakuan ini tak sopan pula. Sara Sofea ini bukan orang lain, bakal kakak iparnya juga. Dengan kata lain, keluarga sendiri.

Dalam keadaan terpaksa, masih memikirkan amarah Sara kepadanya semalam, Amin tetap juga menghampiri dan menegur Sara Sofea.

"Err...Sara?"

Sara Sofea berpaling sebaik sahaja mendengar suara Amin. Sara tersenyum, kelihatan riak wajahnya yang lega.

Amin mula terasa pelik. Semalam marah, hari ni senyum pulak? Apa ni?

"Hi, Amin. Nasib baik saya jumpa awak lagi. Saya gamble saja, tapi nasib baik awak masih ada sini," kata Sara Sofea.

Amin masih pelik. Bukan ke dia yang tiba-tiba pergi semalam? Hari ni nak jumpa pulak? Apa ni?

"Saya nak minta maaf pasal semalam. Saya cuma terkejut kerana tidak menyangka awak ni peminat gila...err, peminat setia Mia Sofea," kata Sara lagi.

"Peminat setia?" Amin berasa aneh.

"Well, saya faham minat awak. Dan saya tak boleh nak halang. Itu hidup awak dan saya tak boleh nak masuk campur..."

Kata-kata Sara semakin mengelirukan Amin, membuatkannya terpaku dan tidak dapat beri apa-apa respon.

"Okey, enough on that. Saya sini sebenarnya nak minta tolong sama awak Amin..." Kata Sara Sofea.

"Ah, minta tolong apa?" Amin tersedar. Ayat ni Amin faham.

"Boleh awak bagitau kat mana Mia Sofea berada sekarang?"

"Aih? Awak tanya saya?"

"Yes. To be honest, saya tak tahu nak tanya siapa. Saya betul-betul perlu dengan jumpa dengan Mia sekarang!"

"Tapi eh, maafkan saya. Tapi bukan kah awak kakak Mia? Mesti awak tahu kan?"

"Saya...tak tahu. Saya lost contact dengan Mia. Sudah sepuluh tahun kami tak berhubung.."

"Sepuluh tahun?!"

"Yeah..something happen..."

"Jadi selama awak balik Malaysia dalam sepuluh tahun ni awak tak pernah contact Mia?"

"Yes..but please! Enough of that. Saya cuma nak tahu kat mana Mia sekarang. Saya nak jumpa dia. Adik saya tu. Awak sebagai peminat gila... I mean, peminat setia dia mesti awak ada maklumat mengenai dia kan?"

"Saya bukan...err, takpelah. Kalau Mia hari ni dia ada shooting drama kat Damansara...Masjid Kota Damansara. Drama baru dia."

"Yes! I know it! U will know everything about Mia! Hari ni dia dekat Damansara ya?"

"Yes..eh, ya. Masjid Kota Damansara."

"Okey I go now. Saya pergi sekarang. Thanks for telling me!"

"Baiklah... Nak saya bawak awak pergi sana ke?"

"No!! No need! Thanks..."

Sara Sofea mula bergerak ingin berlalu dari situ. Namun langkahnya tiba-tiba terhenti. Dia memandang ke arah Amin.

"Amin?" Sara memanggil.

"Ya?"

"Can I be honest? Boleh saya jujur dengan awak dan beritahu sesuatu?"

"Err..boleh?"

Sara Sofea berjalan mendekati Amin.

"Amin, saya tahu. Awak orang yang baik. Dari perbualan saya dengan awak, saya tahu awak orang yang baik. Sebab tu, saya harap awak buang sikap fanatik awak terhadap Mia. Minat yang terlalu fanatik sebenarnya very unhealthy. Tidak sihat. Akan merosakkan kehidupan awak nanti... Percayalah saya.."

"Buang sikap fanatik kat Mia? Tapi eh, dia tunang saya. Saya tunang dia.."

"Amin. Please. Back into reality. Kembalilah ke dunia yang sebenar. Terimalah hakikat yang sebenarnya. Jangan biarkan fantasi menguasai hidup awak.."

"Tapi hakikatnya memang dia tunang saya.."

"Amin. Stop it. Gosh! Nanti awak pulang, fikir lah perkara ini betul-betul. Jangan biarkan sikap fanatik merosakkan kehidupan kita. Saya tak mahu awak rosak sebab awak terlalu obses dengan Mia.."

"Tapi..."

"Amin. Listen. Tidak mengapa jika kita meminati celebrity. Jadi jangan berlebihan. I'm ensure you, yang semua celebrity luar sana tu hanyalah manusia biasa juga, sama seperti awak. So please, sedarlah! Okey?"

Amin mati akal. Adakah kerana perbezaan bahasa dan budaya membuatkan situasi ini berlaku?

"Amin..." Sara memegang bahu Amin. "Saya beritahu ini, sebab awak kawan saya. Awak orang baik. Saya suka awak. Saya harap dapat jumpa awak lagi lepas ni, dalam keadaan awak yang lebih baik..." Katanya lagi.

Amin cuma mengangguk. Sara tersenyum, puas hati kerana dapat menegur Amin.

Sara kemudiannya pergi meninggalkan Amin, dan menuju ke Damansara bagi bertemu dengan adiknya, Mia Sofea.

Manakala Amin masih terpinga-pinga. Namun jauh di sudut hatinya, Amin yakin bahawa dia akan bertemu dengan Sara Sofea lagi selepas ini.

Bukannya orang lain, bakal kakak iparnya juga.

Isteri Paling Popular!Where stories live. Discover now