Bab 56

857 21 0
                                    

Dua bulan sebelum..

Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen Istanbul, Turki

Amin, Mia Sofea dan Hamidah sedang duduk menunggu di kawasan Gate D8 untuk penerbangan mereka ke Malaysia. Mia Sofea bernasib baik, kerana kebanyakan penumpang di dalam penerbangan yang sama adalah bukan dari kalangan orang Malaysia. Jadinya mereka tidak begitu mengenali Mia Sofea. Maka dapatlah Mia Sofea dan Hamidah berehat dan menunggu dengan aman tanpa sebarang gangguan.

Namun, pada masa yang sama juga kelihatan mata Mia Sofea yang berapi-api. Panas baranya ketika 'menyerang' krew penggambaran yang cuba menahannya daripada pulang ke Malaysia pagi tadi masih belum terpadam. Ditambah pula dengan 'peperangan' yang bakal berlaku di antara dirinya dan orang-orang politik selepas ini. Mia Sofea betul-betul berada dalam mode gengster sekarang.

Hamidah menyedari keadaan panas anaknya itu. Dia kemudiannya memberi isyarat kepada Amin supaya membawa anaknya itu pergi berjalan-jalan. Demi menenangkan jiwa Mia Sofea yang tengah menggelegak sekarang.

Amin memahami isyarat daripada Hamidah.

"Mia, awak nak jalan-jalan dulu tak?" tanya Amin kepada Mia Sofea.

"Jalan-jalan? Mana?" Mia Sofea bertanya kembali.

"Mana-mana je area ni. Tengok-tengok..." Amin menunjukkan jari telunjuknya ke sana sini.

"Mak aku macammana?"

"Mak okey je Mia. Mia dengan Amin pergilah jalan-jalan, tengok kawasan ni. Kita ada banyak masa lagi ni, tak apa.." kata Hamidah dengan tenang.

Mia Sofea menoleh ke arah Hamidah yang sedang tersenyum itu. Rasa bersalah pula apabila terpaksa meninggalkan ibunya bersendirian.

Hamidah memahami perasaan anaknya itu.

"Tak payahlah risau pasal mak. Mak ada je sini. Kan ramai orang-orang kat sini? InsyaAllah mak selamat. Mia pergilah jalan-jalan. Nanti kalau dah sampai Malaysia Mia dah tak boleh jalan-jalan dengan Amin lagi, tau?" kata Hamidah.

Hmm. Betul jugak, getus hati Mia Sofea. Dia kemudiannya memegang tangan Hamidah dan bangun dari tempat duduknya.

"Kau kata nak jalan-jalan? Jomlah?" Mia Sofea menoleh ke arah Amin yang memerhatikan Mia dan Hamidah dari tadi.

"Ah? Eh? Yelah..." Amin turut bangun dari tempat duduknya. "Saya dengan Mia pusing-pusing dulu ya makcik?" kata Amin kepada Hamidah pula.

"Yelah..pergilah. Elok-elok.." Hamidah tersenyum.

Mia Sofea dan Amin mula melangkah berjalan menjauhi Hamidah. Kelihatan mereka asyik berbual sesama mereka..

*******

SMK Ibrahim Yaakub,
10 pagi.

"Mia?"

Yayat mencuit Mia Sofea yang sedang mengelamun. Tersentak sedikit Mia Sofea dibuatnya.

Mia Sofea ketika itu sedang berehat di bilik VIP yang disediakan oleh pihak sekolah SMK Ibrahim Yaakub. Sesi rehat sedang berlangsung selepas selesai acara pembacaan ikrar dan persembahan daripada guru-guru SMK Ibrahim Yaakub tadi. Kini pihak sekolah sedang bersedia membuat persiapan untuk acara seterusnya iaitu acara sukaneka dan persembahan budaya daripada pelajar.

"Kau pergi mana tadi Yat? Lama betul kau keluar?" Mia Sofea bertanya.

"Aku pergi toilet. Tapi aku sengaja pergi toilet budak kat hujung bangunan tu. Nak feel ala-ala budak sekolah macam dulu hahaha!" Yayat ketawa.

"Macam-macam hal la kau ni..." Mia Sofea mencebik.

"Eh, Mia. Tadi kan masa cikgu-cikgu semua tu nyanyi atas pentas tu kau perasan yang Amin takde kan?" tanya Yayat.

"Ha'ah, takde..." jawab Mia Sofea pendek. Kedengaran nadanya yang sedikit muram.

"Haaa...aku dah tahu dah si Amin tu pergi mana!"

"Ha?? Dia pergi mana?"

"Tadi masa aku pergi toilet tadi aku terserempak dengan sorang cikgu ni..."

"Ah, tak payah nak cerita panjang-panjang! Dia pergi mana?"

"Amin sebenarnya dah pergi program sambutan Hari Guru peringkat Negeri, kat Shah Alam. Jadi wakil sekolah ni..." jelas Yayat.

"Hah? Shah Alam...?" Mia Sofea tergamam. Dia terus bersandar di kerusi sofanya. Termenung. Barulah Mia Sofea faham kenapa Amin bergerak ke arah yang berbeza tadi.

Yayat memahami perasaan kecewa Mia Sofea.

Sejak dari awal Mia Sofea memilih untuk pergi ke sekolah ini semata-mata ingin bertemu dengan Amin. Tapi alih-alih, Amin tiada pula.

"Ah, tak apalah..." Mia Sofea kembali bersemangat.

"Eh, tak apa? Kau okey ke ni Mia?" tanya Yayat, cuba mengambil berat.

"Dah dia tak ada sini. Nak buat macammana? Tak kan aku nak balik? Job tengah jalan ni? Budak-budak semua tengah tunggu aku tu..." kata Mia Sofea, bersikap profesional sebagai seorang artis yang dijemput ke sekolah ini.

"Yalah..." Yayat mengangguk perlahan.

Tuk! Tuk!

Pintu bilik VIP Mia Sofea diketuk. Muncul seorang pelajar perempuan iaitu Maisarah selaku naib pengerusi pelajar dan urusetia Hari Guru di balik pintu dengan perlahan.

"Err..Kak Mia Sofea? Nanti ada acara sukaneka lepas ni. Kak Mia Sofea nak join tengok sekali atau nak rehat dulu sebelum sesi persembahan nanti?" tanya Maisarah.

"Takpe. Saya join sekali ya? Tak kan lah korang happy-happy kat luar tapi saya duduk sini kan?" jawab Mia Sofea dengan penuh kemesraan dan tersenyum. Terserlah auranya sebagai seorang artis yang merendah diri.

Maisarah spontan melompat kegembiraan. Dia kemudiannya menerangkan tentatif acara sukaneka yang berlangsung selepas ini kepada Mia Sofea. Mia Sofea mendengar dengan penuh tumpuan dan teliti.

Mankala Yayat memerhatikan Mia Sofea sambil mendiamkan diri. Dia tahu akan perasaan Mia Sofea yang kecewa sekarang kerana tidak dapat bertemu dengan Amin...

Isteri Paling Popular!Where stories live. Discover now