Bab 54

924 27 0
                                    

SMK Ibrahim Yaakub
Hari Guru
8 pagi

Kenderaan vellfire yang dipandu oleh Kak Mastura memasuki perkarangan SMK Ibrahim Yaakub. Mereka disambut oleh paluan kompang dan bunga manggar seperti seorang VIP. Kelihatan ramai pelajar bertepuk tangan dan mengerumuni kenderaan tersebut.

Yayat terhibur dengan sambutan itu. Terkenang semasa zaman sekolahnya dia pernah memegang bunga manggar juga. Kemudiannya, barulah dia perasan sesuatu.

"Eh, macam kenal je sekolah ni? Aku rasa macam dah pernah masuk sini dulu. Sini bukan sekolah Amin ke??" Yayat bertanya kepada Mia Sofea.

Mia Sofea tersenyum.

"Laaa....! Patutlah!!" Yayat akhirnya faham kenapa Mia Sofea memilih sekolah ini untuk jemputan Hari Guru.

"Diam.."

"Terbaik la kau Mia. Aku support! Kau ni memang bakal isteri sejati lah!" kata Yayat lagi sambil menunjukkan thumbs up.

"Diam lah!" Mia Sofea memarahi Yayat.

Pintu vellfire dibuka. Mia Sofea melangkah keluar daripada kenderaan tersebut dengan penuh senyuman. Keadaan semakin riuh dengan segala jeritan dan pekikan pelajar yang memanggil nama Mia Sofea dengan penuh keterujaan. Di antara mereka ada juga yang membawa banner, kad, lukisan kreatif dan pelbagai lagi bagi menunjukkan minat mendalam dan sokongan mereka kepada Mia Sofea.

Mia Sofea dibawa ke kantin untuk menjamu hidangan pagi dahulu. Kemudian, barulah dia dibawa ke dewan bagi menyaksikan sambutan Hari Guru dan persembahan di sana.

Semasa dibawa ke kantin, bunyi hiruk piruk dan kemeriahan peminat tidak menunjukkan sebarang tanda penurunan lagi. Mereka sentiasa menjerit dan memanggil nama Mia Sofea, terutamanya Suhaina dan Suzana yang kelihatan menangis teresak-esak memanggil nama Mia Sofea.

Mia Sofea melambai-lambai ke arah mereka, sedang matanya melilau ke sana sini mencari Amin.

*******

Dewan Utama, Shah Alam
Hari Guru
8 pagi

Amin akhirnya tiba di Dewan Utama Shah Alam. Sebaik sahaja tiba di sana, dia dihubungi oleh Ustazah Husna. Rupa-rupanya, Ustazah Husna turut hadir ke program tersebut bersamanya.

Mereka bertemu di pintu masuk dewan.

"Eh, Ustazah Husna pun datang sini?" Amin memulakan perbualannya dengan Ustazah Husna.

"Laa.. Cikgu tak tahu ke saya pun datang jugak?" Ustazah Husna bertanya balik.

"Maaf. Saya pun lupa nak follow benda ni sebenarnya. Minggu lepas sibuk sangat dengan kertas ujian pertengahan tahun budak-budak.." jawab Amin sedikit serba salah.

"Komited sangat cikgu ni hehe. Tak apalah cikgu. Kita dah jumpa pun sini dah," Ustazah Husna tersenyum. "Tapi saya tak sangka eh cikgu offer diri nak pergi sini?" tanya Ustazah Husna selepas itu.

"Dah semua tak nak pergi? Saya pun okey je tak kisah pergi sini. Ustazah pun apa kurangnya. Sanggup jugak pergi sini kan?"

"Saya pergi sini sebab...hehe," kata Ustazah Husna sambil memandang Amin dengan penuh senyuman.

"Sebab apa tu?" Amin tidak memahami maksud percakapan Ustazah Husna.

"Ah, hmm.. cikgu pergi sini maksudnya memang cikgu tak minat ke nak tengok Mia Sofea macam cikgu-cikgu lain?" tanya Ustazah Husna, cuba mengalih topik.

"Hah? M-Mia Sofea apa?"

"Mia Sofea la. Kan dia-"

Pap! Pap! Pap! Pap! Pap! Tung! Tung! Tung! Irama paluan kompang yang kuat mula kedengaran, memotong percakapan Ustazah Husna.

"Mengumumkan ketibaan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Amir Bakri, Menteri Besar Selangor masuk ke dewan!"

Pengumuman ketibaan Menteri Besar kedengaran.

"Ah, cikgu. Jom kita masuk dulu? Program dah nak start tu. Pintu cikgu perempuan sebelah sini. Pintu cikgu lelaki sana. Takde kerusi susah pulak kita," kata Ustazah Husna kelihatan tergesa-gesa.

"Err..baiklah," kata Amin. Ustazah Husna kemudiannya berlalu pergi meninggalkan Amin dan masuk ke pintu bahagian tetamu perempuan.

Manakala Amin masih berdiri tegak. Tertanya-tanya ada apa dengan Mia Sofea seperti apa yang dikatakan oleh Ustazah Husna tadi.

Dalam masa yang sama, tanpa Amin sedari di whatsapp group berpuluh-puluh gambar dan mesej telah masuk tanpa henti berkenaan dengan kehadiran Mia Sofea di sekolah...

Isteri Paling Popular!Where stories live. Discover now