Bab 28

1K 26 1
                                    

Malaysia pada ketika ini bakal menghadapi satu pilihanraya negeri di Kedah susulan daripada tindakan beberapa orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang secara tiba-tiba menarik sokongan terhadap Menteri Besar mereka.

Pada ketika pengumuman itu dibuat,
medan politik media sosial seperti Facebook dan Twitter kecoh apabila penyokong parti mula menyerang parti lawan masing-masing. Pelbagai kritikan turut dibuat oleh pihak yang berkecuali dengan mengatakan pilihanraya ini membazir, merosakkan kepercayaan rakyat, permainkan rakyat dan sebagainya. Terdapat juga beberapa pihak mengambil kesempatan daripada pilihannya ini menyebarkan berita fitnah dan propaganda demi mendapatkan sokongan terhadap parti mereka.

Malaysia berada dalam keadaan yang panas pada waktu itu sehingga sedikit sebanyak menjejaskan kepercayaan pelabur yang bimbang hal ini berlarutan sehingga ke peringkat nasional pula.

Namun bagai ayam disambar helang, isu politik ini secara tiba-tiba hilang dan tidak lagi diperkatakan oleh rakyat Malaysia. Betapa ahli-ahli politik cuba untuk membangkitkan isu Pilihanraya Negeri Kedah ini sekalipun, rakyat Malaysia seolah-olah enggan melayani isu ini lagi.

Kerana bagi mereka terdapat isu yang lebih besar daripada isu politik remeh ini.

Iaitu, Mia Sofea akan berkahwin!

*****

Amin berjalan menghampiri kelasnya. Dari kejauhan, dia sudahpun mendengar betapa kelasnya itu riuh rendah, sibuk bercakap mengenai isu terkini iaitu tentang Mia Sofea yang bakal berkahwin.

Huh...

Amin menghembuskan nafas yang berat. Baru tadinya bilik guru sudah kecoh dengan isu ini. Kemudian bersambung pula di kelas? Ah, tiada pilihan. Amin terpaksa juga menguatkan dirinya menghadapi detik yang panjang pada hari ini.

Semalam, Amin mendapat tahu daripada Suhaina dan Suzana mengenai Mia Sofea yang dikatakan bakal berkahwin. Cemasnya Amin bukan kepalang. Adakah rahsianya terbongkar? Bagaimana boleh terbongkar secara tiba-tiba? Apa yang berlaku ni? Adakah dirinya akan 'diserang' selepas ini? Pelbagai persoalan bermain-main di fikiran Amin pada ketika itu.

Namun, perasaan Amin daripada cemas bertukar menjadi hairan, selepas Suhaina dan Suzana memberitahu bahawa orang yang dikhabarkan menjadi suami kepada Mia Sofea ialah Dato' Azman.

Ya, Dato' Azman. Siapa entah?

Belum sempat Amin bertanya kepada Suhaina dan Suzana siapakah Dato' Azman, mereka sudahpun meminta diri secara tergesa-gesa meninggalkan Amin yang masih termangu.

Selepas pulang ke rumah, Amin terus bertanyakan ibunya Rugayyah mengenai perkara ini. Rugayyah juga turut terkejut. Mereka cuba menghubungi Hamidah dan Mia Sofea meminta kepastian namun panggilan mereka tidak diangkat.

Setelah menyelusuri laman internet, Amin mendapat tahu bahawa Dato' Azman adalah seorang usahawan muda pengasas jenama kosmetik ternama D' Bayu. Beliau sering muncul di iklan kaca televisyen dan juga sering menaja pelbagai program hiburan di TV.

Tapi, bagaimana pula dia boleh dikaitkan dengan Mia Sofea?

Amin tidak mempunyai jawapan untuk perkara ini. Dia cuba untuk mencari petunjuk menerusi ruangan komen di facebook, Instagram dan YouTube. Pelbagai khabar angin yang dibaca namun kesemuanya tidak meyakinkan.

Berbalik kepada hari ini.

SMK Ibrahim Yaakub hari ini sibuk membincangkan perkara mengenai Mia Sofea. Amin sedar, perkara yang sama juga berlaku di mana-mana yang tempat lain. Sibuk berbincang mengenai isu perkahwinan Mia Sofea dengan Dato' Azman.

Sekali imbas, Amin merasakan seperti perkara ini betul. Dan seolah-olah perhubungan dirinya dengan Mia Sofea tidak pernah berlaku sebelum ini.

Segalanya semacam mimpi...

"Cikgu?"

Kedengaran suara manis Ustazah Husna menegur Amin dari belakang. Amin berpaling dan melihat Ustazah Husna tersenyum ke arahnya.

"Termenung je cikgu sini? Tak masuk kelas ke? Ke cikgu frust Mia Sofea nak kahwin hihihi," Ustazah Husna membuat jenaka yang tanpa diketahuinya menusuk tepat ke hati Amin.

"Hahaha.." Amin ketawa janggal. Kepalanya ligat mencari alasan. "Taklah. Sy tengok kelas sy macam dari tadi bising sebut Mia Sofea, Mia Sofea. Saya tak tahu lah nak buat macam mana.." jelas Amin selepas itu.

"Tak apa cikgu. Nanti cikgu masuk kelas diamlah diorang. Mereka ni sebenarnya nakal-nakal pun masih hormatkan cikgu diorang. Cikgu janganlah risau, ya?" Kata Ustazah Husna dengan lembut, menenangkan hati Amin yang sedikit bercelaru itu.

Amin tersenyum dan mengangguk perlahan.

"Oklah cikgu? Saya gerak dulu ya? Saya pun ada kelas ni," kata Ustazah Husna selepas itu.

"Oh, baiklah cikgu. Jumpa nanti lagi," balas Amin.

Ustazah Husna tersenyum. Dia kemudiannya berlaku pergi menuju ke kelas yang seterusnya.

Atas kata-kata daripada Ustazah Husna, Amin kini bersemangat kembali. Dia melangkah menuju ke kelas untuk sesi pengajaran yang seterusnya.

*****

Yayat termenung seorang diri di sebuah kafe berhampiran dengan pangsapurinya.

Mindanya bercelaru.

Dia berasa sangat hampa. Setelah bertahun bekerja untuk Mia Sofea, tanpa disangka agensi Mia Sofea, Daya Bintang Entertainment telah memecatnya sebagai pengurus tanpa alasan yang kukuh.

Isteri Paling Popular!Where stories live. Discover now