Bab 80

868 18 0
                                    

Masjid Kota Damansara.

Sara Sofea akhirnya tiba di perkarangan Masjid Kota Damansara dengan menaiki kereta grab. Dari dalam kereta lagi Sara Sofea dapat melihat sepertinya ada sesi penggambaran sedang berlangsung di sana. Dengan beberapa orang yang kelihatan seperti krew yang sedang sibuk, jurukamera yang sedang membersihkan kameranya, seorang lelaki berumur berbadan tegap dan memakai topi sibuk mengarah orang sana sini.. mungkin pengarah agaknya  .

Ya, sah! Ada sesi pengambaran di sini. Amin tidak menipu. Peluang cerah mula terdampar untuk Sara bagi bertemu dengan adiknya itu di sini.

Sara Sofea turun dari kereta dan melihat kesibukan krew pengalaman itu lagi. Sebenarnya, situasi ini bukanlah asing bagi Sara. Sebagai model, dia juga sering dikelilingi dengan kamera dan krew penggambaran. Bezanya, dia lebih kepada penggambaran indoor berbanding outdoor sebegini.

Baiklah!

Sara menggenggam tangannya. Bersedia untuk mencari Sara Sofea di kalangan orang di sini..

"Hi kak..."

Kedengaran suara gadis muda di belakang Sara Sofea. Sedikit terperanjat dibuatnya. Sara Sofea berpaling ke belakang dan melihat dua orang gadis remaja, mungkin masih di sekolah menengah menegurnya.

"Ah, yes?" Sara bertanya.

"Kak, nak ambil gambar boleh?" tanya gadis perempuan yang bertudung ungu tersebut. Kawannya yang bertudung hitam di sebelahnya pula senyum dengan penuh keterujaan.

"Gambar? U mean, taking pictures? With me?"

"Ya. Hihihihi!"

Walaupun tidak faham dengan apa yang berlaku, demi tidak menghampakan permintaan gadis tersebut Sara Sofea sudi bergambar sama.

Lagipun, Sara juga sudah biasa mengambil gambar dengan peminat. Kadangkala ketika berjalan di tengah-tengah Kota London, Sara akan diberhentikan oleh peminat yang mengenalinya untuk mengambil gambar.

Cumanya Sara tidak menyangka ada orang Malaysia mengenali dirinya di sini.

Selesai bergambar dan mengucapkan terima kasih, dua orang gadis itu terus pergi berlalu dari situ. Kelihatannya mereka mencari orang seterusnya untuk mengambil gambar.

Sara Sofea memerhatikan perlakuan mereka.

Dua orang gadis itu kemudiannya bergambar dengan seorang lelaki kacak tinggi lampau. Dari gayanya, kemungkinan lelaki itu adalah pelakon yang terlibat dengan penggambaran ini.

Oh...Sara Sofea ketawa kecil. Barulah dia faham apa yang berlaku. Nampaknya gadis muda tadi menyangkakan dirinya adalah salah seorang pelakon kat sini!

Sangkaan gadis muda itu tiada salahnya. Dengan gaya, aura dan kecantikan bak selebriti yang dimiliki oleh Sara Sofea, memang tidak hairanlah jika orang menyangka dia adalah pelakon yang terlibat dengan penggambaran di sini.

"Hi kak.."

Sara Sofea ditegur lagi. Kali ini oleh seorang gadis bertudung berbadan gempal pula.

"Yes...?"

"Ambil gambar boleh?" kata gadis bertudung gempal itu malu-malu.

Ada 'peminat' yang ingin bergambar dengannya. Lagi.

Sara Sofea mula berasa bersalah. Dia bukannya pelakon kat sini. Tapi, takkan nak tolak harapan orang pula?

Maka, Sara Sofea tetap bergambar dengan gadis berbadan gempal itu. Sebaik sahaja selesai, seorang mak cik pula datang menghampiri Sara untuk bergambar dengan anak-anaknya. Dan seterusnya, diikuti dengan orang-orang lain. Sara Sofea kini dikerumuni seperti seorang artis tempatan!

Salah seorang krew yang melihat keadaan tersebut mula kehairanan.

"Mat, siapa tu?" tanya dia kepada kawannya yang sedang sibuk membersihkan alatan kamera.

"Mana?"

"Tu, ramai-ramai tu?"

"Hmm..artis kot?"

"Memang la artis, tapi siapa?"

"Entah la. Aku pun tak cam siapa. Pelakon baru agaknya?"

"Kita dah half way shooting baru datang pelakon baru?"

"Maybe extra?"

"Cantik sangat tu kalau jadi extra."

"Ish, mana la aku tahu. Macam la aku tahu semua benda. Ada lah tu direktor punya plan ke apa..."

"Hmm..."

Di sudut lain, Maarof, lelaki tua berbadan tegap memakai topi yang juga tuan pengarah di set pengambaran ini turut hairan melihat situasi yang berlaku kepada Sara Sofea yang sedang dikerumuni ini. Maarof segera memanggil pembantu pengarahnya, Anis.

"Anis," Maarof memanggil.

"Ya boss," Anis datang menghampiri.

"Tu, siapa tu? Kita ada pelakon baru ke hari ni?" Kata Maarof sambil memandang tepat ke arah Sara Sofea.

"Itu? Err..tak pasti lah saya. Ikutkan scene hari ni kita tak ada pakai pelakon baru. Semua pelakon tetap.."

"Siapa pulak tu? Anis cam ke?"

"Tak cam pulak saya..tapi tengok gayanya macam artis.."

"Apa korang sembang ni?"

Yayat, datang menegur Maarof dan Anis dari belakang sambil memegang segelas kopi latte ais.

"Eh, Yayat? Tu, Yayat kenal tak siapa tu?" Tanya Anis kepada Yayat. Maarof hanya memerhati sambil mencengkak pinggang.

"Mana?"

"Tu, yang tengah ambil gambar tu?" Anis menunjuk ke arah Sara yang masih lagi sibuk bergambar.

"Eh? Siapa tu?" Yayat sedikit terperanjat.

"Haa...Yayat pun tak kenal? Kalau Yayat yang expert pun tak kenal, kitorang lagi la tak kenal!"

"Eh..."

Yayat terus merenung dari jauh Sara Sofea. Macam pernah nampak, tapi pun macam tak pernah nampak...

"Takpe. Ignore je dia. Dia nak bergambar kat sini pun tak apa. Asal tak ganggu shooting kita. Dah.." kata Maarof, malas nak fikirkan perkara ini lagi. "Yat, Mia mana?" tanya dia selepas itu.

"Mia tengah berehat dalam kereta... Astaghfirullahal'azim!" Yayat tiba-tiba teringat sesuatu. Matanya masih tidak berganjak dari memandang Sara.

"Eh, kenapa Yat? Kau dah cam ke siapa?" tanya Anis.

Yayat tidak mempedulikan pertanyaan Anis. Sebaliknya, dia mengeluarkan telefon pintarnya dan terus membuka aplikasi google.

Sebuah nama ditaip pada enjin carian google tersebut...

Mata Yayat terbeliak.

"Sara..." Yayat menyebut perlahan.

"Sara? Sara mana?"

"Sara Sofea. Kakak Mia..."

"What??" Anis terkejut. Kelihatan Maarof yang terkenal dengan gayanya yang cool itu juga turut terkejut.

"Aa...jab. Aku panggil Mia! Aku rasa Sara datang nak jumpa Mia ni. Takde benda lain dah ni!" Berdesup Yayat tergesa-gesa lari meninggalkan Anis dan Maarof.

Manakala Anis dan Maarof berpandangan sesama mereka. Sama sekali tidak menyangka Mia Sofea mempunyai kakak. Anis kemudian cuba mencari nama 'Sara Sofea' di enjin carian google di telefon pintarnya...

Ternyata kakak Mia Sofea ini juga bukan calang-calang!

Isteri Paling Popular!Where stories live. Discover now