Bab 52

825 27 0
                                    

Amin terpinga-pinga.

Sejak dari pagi tadi dia terdengar cakap-cakap mengenai Mia Sofea di sekitar sekolahnya. Di dalam kelas, di kantin, di bilik guru dan di mana-mana sahaja. Ingin juga Amin terdetik niat di hati untuk bertanya apa yang berlaku, namun dia memilih untuk mengabaikan sahaja. Segan pulak rasanya nak tanya. Sangkaan Amin, Mia Sofea mungkin ada drama atau filem terbaru yang sedang viral sekarang.

"Cikgu Amin?" Haji Kamarudin menegur Amin yang sedang menyusun jadualnya di papan kenyataan di pejabat sekolah itu.

"Eh? Ya tuan haji?"

"Hmm... Saya tak tahulah nak cakap macammana cikgu..." Haji Kamarudin dilihat agak keberatan.

"Ada apa ni tuan haji?" tanya Amin sambil meletak kembali pen marker ke dalam bekasnya dan mengadap badannya ke arah Haji Kamarudin.

"Nanti Hari Guru nanti pejabat negeri ada buat sambutan Hari Guru jugak. Diorang jemput sekurang-kurangnya dua orang guru setiap sekolah untuk hadir dalam sambutan Hari Guru peringkat negeri tu nanti..."

"Jadi apa masalahnya tuan haji? Kan memang tiap tahun kerajaan negeri buat?"

"Masalahnya tahun ni diorang buat  awal. Guru peringkat negeri tu bertembung dengan Hari Guru sekolah kita!"

"Hmm? Saya masih tak rasa benda tu jadi masalah tuan haji. Hantar jelah dua orang cikgu kita ke sana?"

"Masalahnya cikgu, takde orang nak pergi sana. Semua cikgu yang saya suruh pergi semua tolak..."

"Aik? Semua tolak? Semua tak nak pergi? Kenapa?"

"Sebab semua nak join Hari Guru kat sekolah hari tu. Pasal tu sorang pun tak nak pergi..."

"Amboi tuan haji? Special sangat ke Hari Guru kat sekolah ni sampai takde orang nak pergi? Hahaha."

"Eh? Tahun ni kan memang special sikit cikgu.."

"Takpe tuan haji. Kalau semua tak nak pergi, biar saya yang pergi. Saya OK je.."

"Eh. Kamu tak boleh pergi. Kamu kan calon anugerah guru paling popular tahun ni. Kalau cikgu takde siapa yang nak ambik anugerah tu?"

"Alah.. Tak semestinya saya menang lagi tahun ni.."

"Tujuan saya bagitau ni sebenarnya nak mintak cikgu tolong saya pujuk mana-mana cikgu yang sanggup pergi Hari Guru peringkat Negeri tu..."

"Biar saya je yang pergi tuan haji. Kalau cikgu-cikgu lain nak join Hari Guru kat sekolah, apa kita boleh buat. Tak kan kita nak paksa pulak kan?"

"Tapi kalau cikgu takde anugerah tu.."

"Takpe tuan haji. Sambutan Hari Guru peringkat negeri tu pagi kan? Kita punya anugerah Hari Guru biasanya buat tengahari. So sempat la saya balik tuan haji. Alah..jangan risau lah haji. Small the matter..." Amin tersenyum.

Haji Kamarudin terdiam. Terasa bersalah pula. Niatnya ingin meminta tolong Amin carikan mana-mana guru yang sanggup pergi ke sambutan Hari Guru peringkat Negeri tersebut, alih-alih Amin sendiri sanggup pergi. Terasa seperti dirinya mengambil kesempatan pula atas kebaikan Amin.

"Baiklah kalau kamu kata macam tu.. terima kasih banyak la cikgu.." kata Haji Kamarudin.

Amin hanya tersenyum dan memberi thumbs up.

"Oh, ya cikgu. Terima kasih la sebab bagi idea kat saya ya?" kata Haji Kamarudin selepas itu sambil menepuk bahu Amin.

"Idea? Idea apa pulak ni haji?" tanya Amin.

"Mia Sofea lah. Itu hari kan saya nampak esei murid kamu tulis pasal Mia Sofea? Dari situ lah saya dapat idea sebenarnya!" jelas Haji Kamarudin sambil tersenyum.

"Haa? Okey...?" berkerut wajah Amin cuba memahami apa yang diperkatakan oleh Haji Kamarudin itu.

"Hahaha. Kamu dah tak ingat agaknya pasal esei tu. Takpelah cikgu. Saya nak pergi bilik kaunseling kejab jumpa Cikgu Nawab. Apa-apa pasal hari guru peringkat negeri tu nanti saya update cikgu balik ya?" kata Haji Kamarudin. Dia kemudiannya terus berlalu meninggalkan Amin di situ.

Amin terpinga-pinga lagi.

Namun dia mengambil keputusan untuk tidak menghiraukan apa yang diperkatakan oleh Haji Kamarudin itu kerana dia mempunyai hal lain yang lebih penting untuk difikirkan.

Isteri Paling Popular!Where stories live. Discover now