Bab 81

870 22 0
                                    

Tup! Tup!

Cermin kereta vellfire milik Mia Sofea diketuk.

Pada ketika itu Mia Sofea yang sedang melayan lagu K-Pop sambil melunjur kakinya ke atas di dalam kereta, tidak begitu mendengar ketukan cermin tersebut.

Tup! Tup!

Sekali lagi cermin diketuk. Namun Mia Sofea masih lagi tidak mendengar.

Ding! Ding! Ding!

Lagu K-Pop yang didengari Mia Sofea menerusi telefonnya terhenti kerana ada panggilan masuk. Mia Sofea melihat nama Yayat di skrin telefon pintarnya. Dia kemudian menoleh ke tingkap, dan melihat Yayat sedang melambai-lambai ke arahnya sambil memintanya membuka pintu.

Pintu Vellfire dibuka.

"Hah? Ada apa? Nak layan lagu pun tak senang..." Kata Mia Sofea.

"Mia.." Yayat menelan air liurnya.

"Apa? Cakaplah! Aku tumbuk kang!"

"Kakak kau datang..."

"Hah??"

"Kakak kau datang Mia.."

"Kakak aku? Siapa pulak yang claim dia jadi kakak aku ni?"

"Bukan...bukan claim Mia! Betul kakak kau. Sara!"

"..Sara?"

"Ya, Mia! Sara datang sini. Kakak kau!"

"Sara...."

Mia Sofea terus keluar dari keluar dari Vellfire nya. Mukanya kelihatan terkejut.

"Mana dia?" Tanya Mia Sofea kepada Yayat.

"Mari, aku tunjukkan kau!" Yayat membawa Mia Sofea kepada Sara.

Sara Sofea pula selepas selesai bergambar dengan para 'peminat', dia meneruskan agendanya untuk mencari adiknya Mia Sofea di sini.

Namun dia tidak perlu menunggu lama, apabila melihat Mia Sara sedang berjalan menuju ke arahnya...

******

Di perkarangan Masjid Kota Damansara, terdapat sebuah bangku yang terletaknya di bawah pokok di bahagian halaman belakang masjid. Lokasi itu agak terpencil dan tersembunyi. Selalunya bangku tersebut menjadi tempat berehat bagi Tok Siak selepas penat menyapu halaman masjid. Namun kali ini, tempat itu menjadi saksi pertemuan antara dua orang adik beradik, Mia Sara dan kakaknya, Sara Sofea selepas kira-kira sepuluh tahun tidak bertemu.

Sara Sofea kelihatan sedikit janggal. Dia mengenakan tudung selepas diminta untuk memakainya oleh pihak pengurusan masjid bagi menghormati kawasan masjid. Sara Sofea memakai tudung yang disediakan oleh Tudung Safiyya, jenama tudung yang menjadi sponsor kepada Mia Sofea untuk drama terbaru ini.

"This is my first tudung...tudung pertama kakak selepas, i think almost 20 years? Hehe.." kata Sara Sofea memulakan perbualan.

"Ini tudung sponsor Mia. Kalau kak Sara minat ambil la.." kata Mia Sofea.

"Umm..tak apa. It's okey, never mind..." Balas Sara Sofea. "So, macammana Mia sekarang? Everything is okey?" Katanya lagi selepas itu, bertanyakan perihal kehidupan Mia Sofea pula.

"Okey. Cuma sibuk sikit lah. Makin banyak offer kebelakangan ni. Tahun depan baru slow down sikit.."

"Don't push yourself Mia. Mia kena jaga kesihatan juga..."

"Ya..kak Sara pula macammana?"

"Good..good. I'm good... I think so.."

"I think so?"

Isteri Paling Popular!Where stories live. Discover now