Bab 22

1K 32 2
                                    

"Aku baru perasan la. Taman permainan tadi ni memang kita boleh masuk ek? Bukan ini kawasan tadika ke?" Mia Sofea bertanya kepada Amin semasa mereka berjalan keluar daripada taman permainan tersebut.

"Boleh. Taman permainan ni boleh masuk. Memang terbuka. Biasanya sini sibuk dengan budak-budak sesi petang main kat sini. Tapi hari ni Ahad. Kurang la orang kat sini..." jelas Amin kepada Mia Sofea.

"Laa.. Macam tu ke? Patut lah dari tadi kita je kat sini takde orang lain," Mia Sofea memerhatikan sekitar taman permainan tersebut.

Mia Sofea kemudian terpandang sesuatu. Kira-kira 10 meter dari mereka, kelihatan Kak Mastura sedang berdiri menyandar ke kenderaan Vellfire milik Mia. Dia sedang menunggu kedatangan Mia Sofea untuk dihantar pulang.

Kak Mastura juga perasan akan kedatangan Mia Sofea selepas itu. Spontan dia tersenyum dan mengangkat tangan. Mia Sofea turut tersenyum dan mengangkat tangannya juga sebagai tanda balas.

Amin terus mengiringi Mia Sofea sehingga mereka sampai di vellfire tersebut. Setiba di sana, Amin melemparkan senyuman dan menegur Kak Mastura sebagai tanda hormat dan perkenalan.

"So aku, Hmm.. Aku balik dulu lah.." kata Mia Sofea kepada Amin. Nadanya kelihatan sedikit janggal.

"Ah? Y-ya. Hati-hati Mia. Nanti kita jumpa lagi, insyaAllah..." kata Amin. Kelihatan dia juga berasa sedikit janggal dengan situasi tersebut.

"Yelah... Bye!"

"Bye!"

Mia Sofea terus memasuki vellfire. Pintu kemudiannya ditutup.

Oleh kerana kenderaan Vellfire itu bercermin gelap, hanya Mia Sofea sahaja yang dapat melihat Amin dari dalam. Manakala Amin di luar memandang refleksi dirinya sendiri di tingkap kenderaan tersebut, seolah-olah melihat di hadapan cermin sahaja.

Namun, Amin menyedari bahawa Mia Sofea sedang memandangnya. Amin tersenyum, kemudiannya melambai kepada Mia yang sedang duduk dalam kenderaan.

Manakala Mia Sofea pun membalas lambaian Amin, walau mengetahui Amin tidak dapat melihatnya.

Kak Mastura yang memerhatikan mereka berdua semenjak dari tadi tersenyum melihat gelagat mereka. Gear dimasukkan. Dengan perlahan, kenderaan yang dipandu Kak Mastura itu akhirnya mula bergerak dan meninggalkan kawasan Tadika Humaira tersebut.

Amin memerhatikan vellfire itu bergerak jauh meninggalkan dirinya di situ. Setelah kenderaan itu hilang dari pandangan Amin, barulah dia bergerak kembali ke keretanya.

Rasa janggal masih belum hilang dari diri Amin.

Begitu juga dengan Mia Sofea.

Kerana bagi Amin dan Mia Sofea, ini adalah dating yang pertama dalam hidup mereka.

Dengan kata lain juga, mereka tidak pernah bercinta dengan sesiapa pun sebelum ini.

Semasa zaman sekolah dan universiti, Amin tidak pernah terfikir untuk bercinta. Kebanyakan masanya dihabiskan dengan belajar dan bermain dengan rakan-rakan sahaja. Walaupun penampilan Amin kelihatan biasa, Amin sebenarnya tiada masalah dari rupa. Kerana itu Amin diberikan surat cinta berkali-kali samada di sekolah ataupun universiti. Namun semuanya ditolak kerana Amin ingin menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pelajaran demi menjadi seorang guru sepertimana ibunya.

Selepas menjadi seorang guru, Amin menumpukan perhatian kepada sekolah dan pelajar-pelajarnya pula. Hatinya langsung tidak terlintas untuk bercinta. Perasaannya untuk bercinta seolah-olah terkunci.

Bagi Mia Sofea pula, dengan wajahnya yang cantik sudah tentu dia tidak terlepas daripada ratusan surat cinta dan luahan isi hati daripada ramai lelaki ketika berada di zaman sekolah mahupun di universiti. Namun semuanya ditolak dengan alasan, malas.

Ketika awal-awal menceburi bidang lakonan sewaktu dahulu, Mia Sofea masih lagi cuba dipikat oleh ramai lelaki. Samada pelakon, penyanyi ataupun para VIP. Namun setiap satunya ditolak dengan alasan yang sama -malas. Selepas Yayat menjadi pengurus kepada Mia Sofea, kehidupan Mia Sofea akhirnya aman daripada 'gangguan' lelaki-lelaki tersebut. Ini kerana Yayat berjaya menepis setiap percubaan mereka dalam memikat hati Mia Sofea.

Sebagai pelakon, sudah tentu Mia Sofea juga tidak terlepas daripada melakonkan adegan cinta dan romantik. Namun baginya, itu hanyalah lakonan dan skrip semata-mata. Dia sendiri tidak memahami apa itu cinta dan romantik. Hatinya juga seolah-olah terkunci.

Namun pertemuan mereka pada hari ni akhirnya telah membuka kunci yang membelenggu hati mereka tersebut.

Amin dan Mia Sofea akhirnya telah diperkenalkan dengan perasaan cinta dan romantik.

Kak Mastura menyedari akan perkara ini. Sebagai seseorang yang lebih berusia dan berpengalaman, sekali pandang sahaja dia sudah tahu samada Amin mahupun Mia Sofea kedua-duanya tidak pernah bercinta atau mengenali cinta sebelum ini. Bagi Kak Mastura, kejanggalan yang ditunjukkan oleh mereka terlalu ketara sehingga sangat melucukan hatinya.

Kalau diikutkan, ingin saja Kak Mastura memberikan beberapa tips dan nasihat kepada Mia Sofea supaya perasaan cinta antara mereka terjalin lebih erat lagi. Namun dia memilih untuk tidak berbuat demikian.

Kerana dia mahukan Amin dan Mia Sofea membina dan merasai sepenuhnya perjalanan cinta mereka sendiri.

Isteri Paling Popular!Where stories live. Discover now