Bab 76

726 17 0
                                    

Kecantikan Sara Sofea tidak dapat disangkal lagi.

Ditambah lagi dengan aura dan karisma yang dimiliki, Sara Sofea belum pernah gagal lagi dalam memikat mana-mana lelaki.

Namun jauh di sudut hatinya sekarang, dia terasa seakan sesuatu. Sesuatu yang berlainan dengan sebelum ini...

"So? Boleh awak temankan saya jalan-jalan di tasik ini?" Sara Sofea mengulangi soalannya lagi selepas melihat Amin terdiam. Pada fikiran Sara Sofea, barangkali Amin mungkin tergamam dengan jemputan yang tidak disangka dari seorang perempuan cantik seperti dirinya.

"Baik, tak ada masalah!"

Tiada pilihan, Amin bersetuju.

Bagi Amin, perempuan di hadapannya itu mungkin masih belum biasa dengan suasana di Malaysia. Maka sudah menjadi keharusan baginya untuk membantu perempuan ini.

"Sebelum tu, boleh saya tahu nama awak? Nama saya Sara," Sara Sofea memperkenalkan dirinya.

"Saya Amin."

"Amin?"

"Yup, Amin.."

"Sedap nama tu.."

"Hmm...terima kasih?"

"So..bawalah saya jalan-jalan sini."

"Okey..jom. Sambil tu saya ceritakan kat awak pasal Universiti Putra ini.."

Sara Sofea tersenyum. Nampaknya umpan dia semakin mengena.

Lelaki ada makhluk yang sangat mudah untuk diteka dan dijangka bagi Sara Sofea. Bukan sekali dua, bahkan berpuluh-puluh kali dia mempunyai hubungan dengan lelaki. Pengalaman Sara Sofea bersama lelaki sangatlah banyak. Tidak hairanlah dia sering menjadi rujukan kawan-kawannya jika berbicara soal lelaki.

Berdasarkan pengamatan Sara Sofea, Amin adalah lelaki yang sangat normal. Tidak begitu nakal, tapi jugak tidak begitu skema dan nerd.

Dari segi pengalaman bercinta pula, kelihatannya Amin adalah seorang yang amateur. Tidak memiliki banyak pengalaman bercinta, ataupun mungkin pernah mempunyai seorang teman wanita sahaja.

Dari segi gaya percakapannya juga..agak membosankan dan tidak menarik.

Terlalu...biasa.

"Sara?"

"Ah, yes?" Sara Sofea tersedar dari lamunan.

"Awak okey? Macam tak dengar je saya cerita tadi?"

"Oh, I'm so sorry! Saya sedang fikirkan perkara lain..."

"Perkara apa tu?"

Sara Sofea merenung wajah Amin. Dengan anak matanya cantik, dia ingin cuba untuk memberikan panahan cinta kepada Amin.

"Saya fikirkan pasal awak..." Kata Sara Sofea selepas itu.

"Haaahh???"

Amin mula kehairanan. Apa kena pulak dengan perempuan ni?

Oh..adakah dia seorang scammer? Atau prankster youtube yang ingin membuat content?

Amin, seorang lelaki yang tidak pernah bercinta sebelum dia bertemu dengan Mia Sofea. Bukan sahaja kerana dia disibukkan dengan pelajaran dan pekerjaan, juga kerana Amin sebenarnya tidak memahami 'hint' yang diberikan oleh perempuan yang ingin mendekatinya.

Setakat ini, boleh dikatakan ada dua tiga perempuan yang berminat untuk mendekati Amin. Namun Amin melayani mereka dengan biasa sahaja, tanpa menyedari perempuan itu semua semuanya sedang menyukai dirinya.

Termasuklah Sara Sofea sekarang.

Amin langsung tidak menyedari Sara Sofea sedang memikat dirinya. Apa yang dilihat oleh Amin ialah Sara, perempuan di hadapannya sekarang sedang bersikap aneh dan penuh syak wasangka.

Isteri Paling Popular!Where stories live. Discover now