Bab 5

2.8K 40 6
                                    

"Ma.."

"Ya Min. Ada apa?"

Sedang mulutnya ingin menanya soalan, tangan Amin ligat memotong bawang merah umpama seorang chef yang professional. Ya, Amin adalah seseorang yang sangat pandai memasak.

"Bukan ke biasanya lelaki yang pergi rumah perempuan? Kenapa hari ni diorang datang rumah kita pulak?"

"Apa nak buat Amin... Kalau orang nampak kita pergi rumah dia nanti jadi kontroversi pulak."

"Kontroversi? Hahaha. Nak kontroversi apa nya ma? Dah memang biasakan orang lelaki yang pergi rumah perempuan kalau nak jumpa calon perempuan..?"

"Itu yang biasa. Masalahnya ini bukan kes biasa Amin. Kamu ni... Faham2 la.." jelas Rugayyah.

"Yelah ma... Eh?"

Amin teringat sesuatu. Dia serta merta berhenti memotong bawang.

"Ma.. Mama belum bagitau lagi kan nama anak kawan mama tu kan? Lagipun kawan mama yang mana satu ya? Amin belum tahu lagi lah.." tanya Amin.

"Eh, kamu belum tahu? Bukan dah tahu ke?"

"Mana ada ma. Malam tu kan kita dah tak cakap pasal ni lagi lepas mama kata nak uruskan semua? Amin pun busy dengan sekolah, dengan bola jaring semua tu terus Amin tak terfikir pasal ni."

"Ye tak ya..."

"Habis tu, siapa nama anak kawan mama tu? Amin kenal ke dia?"

"Kenal..." Rugayyah tersenyum, dengan senyuman sinis.

"Eh? Amin pun kenal? Aik, ada ke orang yang Amin kenal tu sebenarnya anak kawan mama?"

"Bukan kenal macam tu, tapi kenal lain."

"Anak Mak Senah?"

"Bukan"

"Anak Tok Ucu?"

"Bukan"

"Anak Ustazah Halimah?"

"Bukan jugak"

"Eh, habis tu siapa ma? Bagitau lah. Diorang dah nak datang tengahari ni. Kita tengah masak nasi tomato ni untuk diorang sekarang ni tak kan Amin tak boleh nak tahu lagi nama perempuan tu?" kedengaran nada kecewa dari Amin.

"Hahahahaha," kekecewaan Amin tersebut tidak dipedulikan Rugayyah. Rugayyah hanya ketawa besar sahaja, puas hati dapat mengusik anaknya.

"Ah, mama tak akan bagitau. Kamu tengok la sendiri nanti. Barulah surprise, barulah seronok kan?" Rugayyah terus mengusik anaknya. Amin mencebik wajahnya, enggan terjerumus dalam usikan ibunya lagi.

Selesai memasak Nasi Tomato, Rugayyah meminta anaknya untuk berehat dahulu di bilik sementara menunggu kedatangan tetamu mereka.

"Amin berehat lah dulu kat bilik. Dapur ni tak apa biar mama kemaskan. Amin pun dah penat memasak tadi mama ni tukang potong ayam je," kata Rugayyah.

"Baiklah ma. Diorang nanti datang pukul 12 kan?"

"Pukul 12. Lagi satu jam jadi nantinya diorang dah nak sampai mama panggil la Amin, ya?"

"OK. Terima kasih ma," balas Amin.

Amin melangkah ke biliknya dengan langkah yang berat. Walaupun nada suaranya biasa dan bersahaja, tapi gelodak dalam hatinya hanya Tuhan yang tahu. Sudah hampir masanya dia akan bertemu dengan orang yang bakal menjadi isterinya, yang bakal bersamanya setiap masa, yang bakal berkongsi segalanya dengannya. Cemasnya Amin sehingga dia tersilap masuk bilik mandi walaupun dia ingin memasuki bilik tidur sebenarnya.

Isteri Paling Popular!Where stories live. Discover now