Bab 13

1.2K 28 0
                                    

"Mama.. "

"Ya, Amin?"

"Haishhh..."

"Eh, budak ni. Panggil mama dia lepas tu mengeluh pulak?"

"Haha. Tak ma..." Hafiz kemudian bangun daripada mejanya yang terletak di ruang tamu. Dia berjalan menuju ke arah Rugayyah yang sedang bersantai menonton drama di kaca televisyen.

"Cerita apa ni ma?" tanya Amin kepada ibunya.

"Drama. Drama tulah yang pasal budak driver yang tiba-tiba jadi CEO tu.." jelas Rugayyah.

"Cerita apa tu? Tak tahulah Min. Err, hmm... Ada Mia ke dalam drama ni?"

"Mia? Mia Sofea? Eh, mana ada.. Dia drama lain," jawab Rugayyah sambil tersenyum sinis. "Amboi, dah start rindu ke?" usik Rugayyah selepas itu.

"Eh, mama ni. Suka sangat kata macam tu..." Amin sedikit berasa kecewa.

"Amin? Kenapa ni?" Rugayyah sekali lagi menyedari ada yang tidak kena pada anaknya itu.

"Ma.. Betul ke Amin kena kahwin dengan Mia ni ma?"

"Amin risau pasal benda ni lagi ke?"

"Sebab ma--" Amin tak dapat menghabiskan kata-katanya. Dia sendiri dalam keadaan yang keliru. Dia kemudiannya duduk di sebelah Rugayyah di sofa ruang tamu tersebut. Matanya memandang ke arah kaca televisyen namun hatinya tidak.

Rugayyah memandang Amin sambil tersenyum.

"Min.. Mama tahu Amin keliru pasal ni. Pasal tu mama sebenarnya dah aturkan pertemuan Amin dengan-"

"Eh? Dengan Mia?"

"Bukan! Ish, Amin ni. Tunggulah mama habis cakap dulu. Mama dah aturkan pertemuan Amin dengan Mak cik Hamidah la.."

"Mak cik Hamidah?"

"Ya. Sebenarnya ada sebabnya kenapa Amin perlu berkahwin dengan Mia Sofea. Tapi elok lah kalau benda ni keluar dari mulut mak cik Hamidah sendiri..."

"Ada sebab..?"

Rugayyah mengangguk perlahan.

****

Amin tiba di sebuah restoren mamak popular yang terletak kira-kira 10 kilometer dari rumahnya.

Sebentar nanti, Amin akan bertemu dengan Hamidah bagi mendapatkan cerita sebenar kenapa dirinya perlu berkahwin dengan Mia Sofea. Amin secara jujurnya bukan tidak mahu berkahwin. Cuma dirinya tidak merasakan bahawa Mia Sofea adalah calon yang sesuai untuk dirinya. Status Mia Sofea yang bagaikan tinggi ibarat merak kayangan itu tidak sepadan dengan dirinya yang merupakan cikgu sekolah menengah sekolah kerajaan biasa.

Amin memasuki restoren. Dia menoleh ke kiri dan kanan mencari jikalau mak cik Hamidah sudah pun terlebih dahulu sampai berbanding dirinya.

Nasib baik. Mak cik Hamidah belum sampai lagi. Amin berfikiran kalau dirinya sampai lewat akan dilihat tidak sopan pula nanti.

"Bos! Makan apa mau?" seorang pelayan warga bangladesh menegur Amin sambil tangannya memegang sedulang minuman untuk pelanggan lain.

"Err.. Jab. Saya tunggu kawan.."

"Wokey! Tada masalah. Abang dudu dulu nanti sia datang lagi!"

"Terima kasih.." kata Amin. Dia mencari meja kosong segera duduk melabuhkan punggung. Amin kemudian mengeluarkan telefon dari poket seluarnya, memeriksa jikalau ada mesej daripada mak cik Hamidah.. 

"Woi!! Kau gila ke apa bangla??"

Amin tersentak. Dia memandang ke arah tepi dan melihat seorang lelaki berbadan besar mencekik kolar baju pelayan Bangladesh tadi.

Isteri Paling Popular!Where stories live. Discover now