Bab 50

1K 21 0
                                    

Mia Sofea masih tergamam.

Pelbagai rancangan dan strategi telah dirancang dan diatur olehnya, Yayat, Amin dan Hamidah untuk mematahkan kontroversi dan gossip perkahwinannya dengan Dato' Azman. Mereka membuat persediaan dengan begitu rapi bagi melawan pengaruh duit dan kuasa ahli politik yang terlibat.

Namun dengan hanya sebuah kenyataan mudah yang dibuat di Instagram, segalanya sudah selesai begitu saja?

"Mia..aku rasa kau ni power jugak sebenarnya!" kata Yayat sambil matanya melekat pada skrin telefonnya.

"Yalah. Aku pun tak sangka..."

"Baru buat first video mukaddimah nak explain pasal isu ni, tup-tup semua benda jalan sendiri. Pap pap pap, dah selesai dah! Nama kau pun dah clear. Kau semakin popular!"

"Itulah..."

"Ah! Ini gila betul Mia! Kau sedar tak yang kau dah mengalahkan pengaruh politik? Obvious gila yang diorang tu guna kuasa media dan politik nak cover salah diorang, tapi sebab kau punya pasal semua tu langsung tak jadi! Sampai diorang hilang negeri Kedah!" Yayat terlampau teruja sehingga bangun dari kerusi dan hampir menjerit.

"Ya..ya..dah dah la tu.."

"Kau buat satu video je kasi explain. Diorang tu berbondong-bondong buat video, buat kenyataan media eksklusif, buat live pun tak boleh nak lawan video Instagram kau! Gila ni Mia! Gila!!"

"Iya..! Sudah! Duduk!!"

Yayat terus duduk. Dia menarik nafas panjang. Ketika ini mereka berada di pejabat agensi Daya Bintang Entertainment bagi bertemu dengan Datin Hidayah, pemilik Daya Bintang Entertainment.

Datin Hidayah juga tidak duduk diam pada ketika semua itu berlaku. Dia sedaya upaya memperjuangkan haknya dan akhirnya agensi Daya Bintang Entertainment kembali ke tangannya semula selepas agensinya diambil alih oleh kerajaan dahulu.

"Cik Mia, Yayat. Dah boleh masuk. Silakan? Datin dah habis conference call," jemput setiausaha peribadi Datin Hidayah di muka pintu.

"Jom!" kata Mia Sofea mula berdiri.

"Yup..." Yayat turut bangun dari sofa empuk itu.

Mia Sofea dan Yayat memasuki pejabat Datin Hidayah. Ini adalah pertemuan pertama mereka sejak kontroversi itu berlaku. Perkara pertama yang Datin Hidayah lakukan adalah memeluk Mia Sofea.

"Mia..."

"Datin..."

Yayat perhatikan sahaja mereka berpelukan erat sambil tersenyum.

"Maafkan saya Mia. Saya gagal jaga kamu," kata Datin Hidayah lagi selepas itu. Matanya sedikit berkaca.

"Ish. Apa pulak salah Datin..." kata Mia Sofea sambil tersenyum.

"Sebenarnya, saya dah dapat hidu penglibatan kerajaan dalam benda nak. Cuma masa tu saya ingatkan diorang sekadar nak kacau agensi kita je. Saya tak sangka sasaran sebenar mereka adalah kamu Mia..." Datin Hidayah menjelaskan.

"Takpe lah tu Datin. Benda pun dah setel dah. Dah tak ada apa lah sekarang..." kata Mia Sofea.

"Yelah Datin. Dah tak ada apa dah. Lagipun tengok tak pasal-pasal Mia Sofea lagi meletop! Lagi popular dari dulu!" Yayat menyampuk perbualan mereka.

Datin Hidayah tersenyum sambil mengangguk. Bersetuju dengan kenyataan Yayat bahawa Mia Sofea semakin bertambah popular. Mia Sofea pula ketawa kecil sambil kepalanya ligat berfikir sesuatu...

Sebaik sahaja selesai pertemuan mereka dengan Datin Hidayah yang berlangsung kira-kira satu jam itu, Mia Sofea dan Yayat mula bergerak pulang ke rumah.

"Mia, kau tengah fikir something ke?" tanya Yayat ketika sedang memandu pulang ke rumah Mia Sofea.

"Takde lah..." jawab Mia Sofea, pendek.

"Ala Mia..kau ingat aku baru kenal kau setahun dua?"

"Hmmm..."

"Fikir pasal Datin lagi ke?"

"Hmmm..."

"Atau fikir pasal kes kau ni?"

"Hmmm..."

"Fikir pasal drama?"

"Hmmm..."

"Pasal Amin ke?"

Pap!!

Mia Sofea menampar dahi Yayat. Terhantuk Yayat ke belakang dibuatnya.

"Woi, Mia! Janganlah pukul! Kan aku tengah drive ni!"

"Yang kau sebut pasal dia tu apasal?"

"Aku teka je!"

"Ish!!" Mia Sofea mendengus. Dia kemudiannya pandang ke luar tingkap, tidak mempedulikan Yayat lagi.

Keadaan menjadi sunyi seketika.

"Aku bimbang sebenarnya ni Yat. Sekarang ni tiba-tiba je aku lagi popular dari dulu. Kalau aku kahwin dengan dia lagi susah la hidup dia nanti..." kata Mia Sofea dengan perlahan sambil memandang ke luar dengan pandangan sayu.

"Kau rasa si Amin tu kisah ke dengan semua tu? Takdenya! Amin tu..." Yayat terdiam seketika menelan air liur. "Amin tu hebat jugak orangnya kalau kau nak tahu. Nampak normal je tapi kental. Sanggup pergi Turki gamble habis semata-mata nak cari kau kat sana..." sambung Yayat selepas itu.

Mia Sofea terdiam. Dia terkenangkan pertemuannya dengan Amin di Tasik di bandar Istanbul, Turki.

Pertemuan yang tidak dirancang mereka itu sememangnya sangat ajaib. Mereka berdua seolah-olah ditarik oleh suatu kuasa antara sama lain yang membolehkan mereka bertemu di tasik itu walaupun kedua-duanya langsung tidak berhubung apa-apa sebelum itu.

"Kalau dah jodoh, tak ke mana~ adinda idaman kanda~" Yayat menyanyikan lagu P Ramlee, 'Kalau Jodoh tak ke mana'.

"Kau nak kena cepuk lagi ke?"

"Hehehe. Alah.. kalau kau rindu sangat kat dia set la date lagi. Jumpa la dia kat taman permainan itu hari ke, mana-mana tempat ke..."

"Tak tahu lah..."

Mia Sofea dalam mood melankoliknya tersendiri. Dia hanya merenung sahaja di luar tingkap sambil memikirkan sesuatu dengan pandangan yang merindu.

Yayat tersenyum, membiarkan kawannya itu melayani perasaan.

Isteri Paling Popular!Where stories live. Discover now