Bab 64

1.2K 33 5
                                    

Aura merah jambu.

Tak semena-mena, seisi dewan terasa ada aura merah jambu yang tiba-tiba datang membaluti setiap dari mereka.

Bukan itu sahaja.

Terasa juga seperti ada kelopak-kelopak bunga sakura jatuh menghujani perlahan di dalam dewan. Menyentuhi dan membelai lembut kulit mereka.

Suasana secara tiba-tiba terasa amat romantis sekali.

"Kau ada perasan something tak?" seorang pelajar perempuan bercermin mata bertanya kepada kawannya.

"Perasan apa?"

"Cikgu Amin dengan Mia Sofea tu macam couple pulak eh?"

"Eh? Ingatkan aku sorang je perasan!"

"Laa.. Kau pun perasan jugak ke?"

Sebilangan daripada hadirin di dalam dewan mula merasai sesuatu apabila melihat Amin dan Mia Sofea berdua berada di atas pentas.

Sepertinya ada terpancar sesuatu daripada mereka berdua. Suatu perasaan yang sama dirasa apabila memandang ke arah sepasang kekasih yang berjalan berduaan di pantai ketika matahari terbenam.

Begitu juga dengan naib penolong kanan Hajah Aminah. Dia merenung, melihat pada chemistry yang ditunjukkan oleh Amin dan Mia Sofea tersebut. Naluri orang tuanya menjentik lagi. Tadinya dia menyangkakan Amin dan Ustazah Husna suatu pasangan cantik dan sepadan. Rupanya-rupanya Amin dan Mia Sofea adalah lebih cantik dan sepadan daripada itu.

"Eh? Entah-entah Cikgu Amin dengan Mia Sofea ni memang couple sebenarnya tak? Kan??? Couple rahsia gitu!" kata seorang pelajar perempuan berbadan gempal kepada kawannya dengan teruja.

"Alah, banyak sangat tengok drama korea kau ni. Kebetulan je kot nampak macam couple. Cikgu Amin tu mana kenal Mia Sofea," balas rakannya bersahaja.

"Mana kau tahu?" pelajar perempuan berbadan gempal itu bertanya.

"Aku dengar dari member aku, budak kelas dia sendiri. Lagipun...yelah. Kalau betul cikgu Amin tu kenal Mia Sofea mesti dari pagi tadi cikgu Amin ada kat sini kan?" jelas kawannya.

"Betul jugak tu... Cikgu Amin takde tadi. Dia pun baru datang sekolah kan?"

Jauh di sudut hati, mereka mengakui Amin dan Mia Sofea adalah pasangan yang sangat serasi. Namun, mereka menganggap itu semua mainan perasaan semata-mata. Bagi mereka, mustahil lelaki innocent seperti Cikgu Amin itu kenal dan bercinta dengan artis super popular serata Asia seperti Mia Sofea.

Di dalam dewan SMK Ibrahim Yaakub itu yang dipenuhi dengan segenap lapisan umur itu, tiada seorang pun yang tahu akan hubungan di antara Amin dan Mia Sofea, melainkan Amin dan Mia Sofea itu sendiri.

Selesai upacara penyampaian anugerah, Amin kemudiannya berjalan turun dari pentas. Dia masih diiringi dengan tepukan yang kini sudah beransur perlahan. Setibanya di bawah, Amin berasa seperti terlupa sesuatu. Sesaat kemudian barulah Amin perasan yang dirinya tiada tempat duduk.

Seorang pelajar kemudiannya bergegas membawakan sebuah kerusi untuk Amin. Akhirnya dapatlah Amin duduk di bahagian guru lelaki lain. Sekali lagi seisi dewan bertepuk tangan dan ketawa melihat situasi tersebut.

Mia Sofea yang masih berdiri di atas pentas mencuri pandang ke arah Amin. Melihat Amin yang sedang duduk sambil bersalaman dengan guru lelaki lain, Mia Sofea tersenyum. Perasaan gembira dan syukur timbul dalam diri Mia Sofea.

Mujurlah tiada apa-apa yang buruk berlaku ke atas Amin!

Namun Mia Sofea masih berasa hairan. Apa maksud pengetua Haji Kamarudin tadi yang Amin berada di hospital?

Imbas kembali....

Ketika membonceng motorsikalnya dari Shah Alam menuju ke sekolahnya, tanpa disedari Amin sebuah kereta Myvi keluar laju daripada simpang. Pemandu kereta tersebut gagal mengawal keretanya dan kemudian terbabas melanggar sebatang pokok-

Kedegang!!!

Bunyi hentaman yang kuat itu mengejutkan Amin yang berada kira-kira tiga puluh meter di hadapan. Dengan segera Amin memberhentikan motorsikal dan melihat. Dia terpandang sebuah kereta yang baru sahaja terbabas melanggar pokok itu. Dengan cepat Amin pergi ke arah kereta tersebut dan membantu pemandu kereta Myvi itu, seorang gadis 20-an keluar dari kereta. Dikhuatiri kereta yang terbabas itu boleh terbakar pula dek kerana tangki minyak yang berpotensi bocor kesan dari hentaman.

Sebaik sahaja Amin menyelamatkan gadis itu, Amin terus menelefon ambulans. Sebaik sahaja ambulans sampai, Amin diminta untuk menemani gadis itu ke hospital buat seketika untuk membantu sebagai saksi. Tanpa berfikir panjang Amin bersetuju dan pergi ke hospital demi membantu gadis itu.

Sebaik sahaja segalanya selesai dan gadis itu selamat dirawat, Amin kemudian kembali membonceng motosikalnya pergi ke sekolah. Malangnya kerana motorsikalnya berjalan terlampau jauh daripada hospital, motorsikal Amin kehabisan minyak kira-kira satu kilometer lagi sebelum sampai ke sekolah.

Tiada pilihan, Amin terpaksa mengheret motorsikalnya ke sekolah. Kerana itu Amin muncul di dewan dalam keadaan termengah-mengah tadi.

Bagi Amin, mindanya sendiri terasa penat memproses segala peristiwa yang berlaku. Ada kereta terbabas, selamatkan mangsa, pergi hospital, patah balik pergi sekolah, heret motorsikal satu kilometer...

Namun segala kepenatannya menghadapi pelbagai peristiwa berturutan itu serta merta hilang, selepas dia bertemu dengan Mia Sofea..

Ketika duduk di kerusi, matanya menjeling ke arah Mia Sofea. Amin tersenyum. Masih tidak percaya bakal isterinya itu sedang berada di sekolahnya sekarang.

Isteri Paling Popular!Where stories live. Discover now