Bab 39

824 24 0
                                    

"...Amin akan pastikan bahawa Mia sememangnya milik Amin!"

Wajah Amin kemerahan apabila mengenangkan kembali kata-katanya itu.

Pergh...milik aku?

Dia menggelengkan kepalanya. Tak sangka boleh mengeluarkan kata-kata cringe seperti itu.

Namun, yang lepas sudah pun lepas. Malas nak ambil peduli lagi. Kini Amin dalam perjalanan untuk bertemu dengan Suhaina anak muridnya untuk bertanyakan mengenai Mia Sofea. Amin memilih untuk bertanyakan Suhaina memandangkan Suzana mungkin sibuk dengan kerjanya. Berbeza dengan Suhaina yang kebanyakan masanya dihabiskan di rumah.

Amin akhirnya tiba di hadapan sebuah banglo mewah di kawasan perumahan elit. Ya, Suhaina sebenarnya anak golongan berada. Bukan calang-calang, bapanya adalah CEO sebuah syarikat telekomunikasi gergasi Malaysia, Celgi. Jika diikutkan Suhaina tidak perlu lagi ke sekolah kerana peluang pekerjaan sudahpun tersedia untuknya di syarikat tersebut. Namun Suhaina memilih untuk ke sekolah juga demi bergaul dengan rakan-rakannya terutama sekali Suzana.

Bzzzz!!

Butang loceng ditekan oleh Amin. Seketika kemudian pagar tinggi bersaiz dua buah kereta itu terbuka dengan sendirinya. Amin melihat Suhaina yang sedang berdiri di muka pintu sambil melambai dan tersenyum. Dia kemudiannya memberi isyarat mengajak Amin ke halaman rumah..

"Cikgu nak tanya saya pasal apa tadi? Pasal Mia Sofea?" tanya Suhaina sambil menghulurkan segelas jus anggur kepada cikgunya itu.

"Ah, ya...kalau kamu tak keberatan?" jawab Amin. Sedikit segan sebenarnya.

"Hmm... Tapi kenapa macam tiba-tiba je cikgu nak tahu pasal Mia Sofea ni?" sekali lagi Suhaina bertanya.

Amin terasa agak susah untuk menjawab soalan tersebut. Sebagai seorang guru, dia tidak akan sesekali menipu anak muridnya sendiri. Pantang besar bagi dirinya. Namun dalam masa yang sama dia juga tak menceritakan hubungannya dengan Mia Sofea. Dibimbangi akan mencetuskan kekecohan yang lain nanti berdasarkan situasi yang berlaku sekarang.

"Maafkan cikgu Suhaina. Cikgu rasa cikgu tak boleh bagitau..." Amin akhirnya berterus terang sahaja.

"Hehehe. Tak apa cikgu. Saya tak kisah. Saya percayakan cikgu. Cikgu mesti ada sebab sendiri kan? Memang la saya ni peminat setia Mia Sofea. Tapi cikgu kan cikgu saya. Orang yang paling saya percaya...!" kata Suhaina selepas itu.

Amin memandang wajah Suhaina. Dia terharu dengan kata-kata tersebut. Sememangnya Suhaina seorang budak yang nakal dahulu sudah berubah.

Kepercayaan Suhaina kepada Amin memang tidak berbelah bahagi. Ini kerana, Amin lah yang membawa Suhaina kepada kehidupan remaja yang menyeronokkan sekarang. Dahulunya Suhaina adalah seorang budak yang sangat nakal. Dia menggunakan kuasa duit bapanya untuk berbuat sesuka hati sehingga pihak sekolah sendiri takut akan Suhaina. Namun, atas kesabaran didikan Amin, Suhaina secara perlahan-lahan mula berubah.

Kemuncaknya, bapa kepada Suhaina berniat untuk memberhentikan Suhaina dari persekolahan kerana inginkan Suhaina belajar secara sendiri sahaja. Amin dengan beraninya pergi bertemu dengan bapa Suhaina sendiri di ibu pejabat Telgi, memujuknya untuk menukar balik keputusan tersebut. Baginya Suhaina harus menjalani kehidupan remaja sekolah yang biasa supaya dia tahu bergaul dengan masyarakat seperti orang normal yang lain. Dan hasilnya, Suhaina dapat meneruskan persekolahannya dan hidup seperti remaja normal. Semuanya adalah kerana berkat usaha Amin sebagai seorang guru sejati.

"Baiklah. First, saya ceritakan segalanya apa yang saya tahu pasal Mia Sofea..." kata Suhaina.

Maka, Suhaina memulakan penceritaannya tanpa henti yang mengambil masa kira-kira setengah jam itu. Banyak juga benda yang Amin tahu daripada Suhaina.

Isteri Paling Popular!Where stories live. Discover now