Bab 74

809 16 0
                                    

Sara Sofea.

Sebuah nama yang tidak asing lagi dalam dunia permodelan. Dia terkenal bukan sahaja sebagai seorang model, tapi juga sebagai CEO paling muda di sebuah syarikat pakaian berjenama terkemuka di Kota London. Dia tersenarai sebagai salah seorang daripada orang muda paling berjaya di London dan pernah menerima anugerah daripada Datuk Bandar London.

Namun tidak ramai tahu bahawa dia berasal dari Malaysia, dan pernah tinggal di Malaysia ketika zaman kecilnya.

Dan tidak ramai yang tahu juga, Sara Sofea ini merupakan kakak kandung kepada artis paling terkenal Malaysia,

Mia Sofea.

*****

Sara Sofea termenung di dalam kereta, sedang menunggu lampu isyarat menjadi hijau semula supaya mereka dapat meneruskan perjalanan ke Universiti Putra bagi sesi Evening Talk bersama pelajar Universiti Putra pada hari ini.

Dia menoleh ke luar tingkap kereta, memerhatikan suasana jalanan Malaysia yang sudah bertahun dia tinggalkan dahulu.

Sara Sofea kemudian terpandang pasangan adik beradik perempuan yang sedang berjalan berpimpin tangan di hadapan ibunya. Si adik, berumur dalam lingkungan lima tahun. Manakala kakaknya yang tinggi sedikit, dalam lingkungan lapan tahun.

Pasangan adik beradik itu berjalan kegembiraan, sambil berbual dan ketawa antara satu sama lain.

Lampu bertukar hijau kembali.

Pemanduan diteruskan dan pasangan adik beradik perempuan tadi mulai menghilang dari pandangan Sara Sofea.

Sara Sofea termenung.

Dia teringat akan adiknya, Mia Sofea.

Hubungan mereka tidaklah serapat adik beradik perempuan biasa yang lain. Ini kerana mereka jarang sekali berjumpa. Bahkan sewaktu Mia Sofea masih kecil tidak tahu bercakap, Sara Sofea sudahpun dibawa oleh bapanya untuk tinggal di London.

Tiada sekelumit ingatan pun ketika dia masih kecil bersama atau bermain dengan Mia Sofea. Kalau ada pun, hanyalah samar-samar.

Kerana itu, Mia Sofea boleh dianggap sebagai orang asing baginya walaupun mereka mempunyai tali persaudaraan...

"So your name, Sara Sofea?" Lelaki berkot tadi bertanya sambil matanya masih menumpu pada pemanduan, sekadar memulakan perbualan.

"Yeah..." Jawab Sara Sofea, pendek. Matanya masih terarah melihat suasana jalanan.

"You know, your name reminds me of someone really popular here.."

"You mean the popular Mia Sofea?"

"Yeah! You know Mia Sofea? She really famous! The most popular person in Malaysia!"

"Yeah i know.... She is my sister.."

"Sister? Hahahahaha!" Lelaki itu tiba-tiba ketawa terbahak-bahak, menyangkakan Sara Sofea membuat lawak.

"Why u laughing?"

"Haha! Good joke. They said you are cold person. But you are quite funny actually.."

"I'm not joking..."

"Hah? U are really Mia Sofea sister? Really? Biar betul kau ni?" Lelaki itu tidak percaya sehingga terkeluar bahasa Melayunya.

"Betul..." Sara Sofea juga bercakap Melayu.

Lelaki itu tergamam. Wajahnya berkerut. Jauh di sudut hatinya dia masih tidak percaya.

Lelaki itu masih lagi terdiam, tidak berkata apa-apa sehingga lah mereka tiba di destinasi yang dituju mereka, iaitu Universiti Putra..

Isteri Paling Popular!Where stories live. Discover now