TAQI - 2

12.8K 1.7K 446
                                    

( TAQI, 16 tahun)

"Cepatlah bang, senang aje ni. Taqi yang kat Malaysia ni pulak seronok baca nota abang. Bestnya belajar Faraid." ujar Taqi. Matanya memandang tepat pada skrin komputer riba milik ayahnya.

Taqi tengah sibuk bersoal jawab di aplikasi ZOOM dengan Zaim, abang saudaranya yang menetap di Brunei Darussalam. Zaim tu anak kepada kakak sulung Taufiq. Tak tinggal di Malaysia. Walaupun tinggal berjauhan, hubungan kekeluargaan mereka tetap erat. Tiap kali Zaim cuti, pasti mereka pulang ke Malaysia dan melawat ahli keluarga yang lain.

"Kau duduk Brunei, sambung sixth form, ambil subjek Syariah. Menangis kau, dik. Abang yang study kat sini dah puas menangis sebab subjek ni tau. Sumpah susah gila. Tiap kali test, asyik gagal je dekat paper 2." adu Zaim, kusut.

Taqi tergelak kecil. "Kalau mindset abang dah cakap susah, memang susahlah kejadiannya." Senang saja budak bernama Taqi ni membalas.

"Ey budak ni, abang tahulah kau ni budak bijak. Cakap senang. Yang abang ni? Kalau bukan sebab mama abang yang paksa abang sambung form 6, memang tak lah." ujar Zaim geram. Dari tadi tidak habis-habis mengadu nasib.

"Hmmm, terima ajelah bang. Taqi yakin abang boleh." Taqi tunjuk otot. Insyarat menunjukkan lelaki itu boleh buat yang terbaik.

"Yelah tu boleh..." Zaim tak ada keyakinan.

"Boleh. InsyaAllah, sekarang ni Taqi nak abang jawab soalan Taqi. Kita balik semula dekat bab 1. Ni soalan basic Faraid untuk kertas 1. Senang!" Taqi tandakan kertas soalan jawapan subjek Syariah (GCE A'Level) yang di photostat minggu lepas.

"Okay..."

"Soalan pertama, berapakah bahagian furud yang ditentukan oleh syara'? Sila sebutkan semuanya." Taqi menyoal. Mata ralit membaca kertas soalan tersebut.

"Ada 6 fardhu. Nisfun (1/2), Tsulutsun (1/3), Rub'un (1/4), Sudusun (1/6), Tsumunun (1/8) dan Thulutsan (2/3)." Zaim menjawab persoalan yang ditanyakan.

Taqi mengangguk. "Betul. Okay next, Taqi skip dekat soalan yang lebih mencabar tau." Taqi betulkan kaca matanya.

"Oi janganlah bagi susah-susah!" Zaim bersuara. Dia kenal Taqi ni, memang selalu bagi soalan mencabar. Eleh, jangan nak salahkan Taqi. Taqi tahu ulang je soalan dalam kertas tersebut.

"Kaedah pembahagian pulak." Taqi senyum senget. Dia tahu bahagian ini adalah bahagian yang abang saudaranya sangat lemah. Asyik terlupa saja.

Taqi pandang sekilas skrin komputer riba. Dia nampak abang Zaimnya itu menggigit kuku. Gentar sebab terpaksa jawab soalan yang bakal ditanyakan oleh Taqi.

"Nyatakan bilakah seorang ibu mendapat bahagian berikut. Satu: satu pertiga dan dua: satu pertiga baki." Taqi ambil pensil untuk catat jawapan Zaim.

"Err... kejap abang try ingatkan. Ibu mendapat 1/3 apabila tiada furu' waris dan tiada dua orang atau lebih saudara lelaki atau perempuan seibu sebapa atau sebapa atau seibu." Jawab Zaim. Itu baru soalan permulaan.

"Jawapan untuk bahagian 1/3 baki, ketika ibu ada bersama suami atau bapa. Atau, ibu ada bersama isteri dan bapa. Amacam?" Penat perah otak ni.

Taqi tepuk tangan sendiri. Bangga dengan Zaim. Syukur abang saudaranya itu dapat jawab soalan-soalannya dengan tepat. Tak ada satu pun yang silap. Dia pula teruja lebih.

"Okay next, last! Takrif Al-Hajbu dari segi bahasa dan dari segi istilah ilmu Faraid." Soalan terakhir sebelum mereka tamatkan sesi soal jawab untuk malam ini.

"Paling senang. Pendek je, bang." Taqi angkat kening. Dia dah hafal definisi Al-Hajbu yang disebut tadi.

"Okay, abang cuba tau. Bismillah, dari segi bahasa adalah terdinding, tertegah, hijab dan terhalang." Zaim pegang pelipisnya. Mata dipejam cuba ingat semula pengertian Al-Hajbu dari segi istilah.

"Dari segi istilah pula, ter-tertegah atau terhalang waris daripada mendapat kesemua atau sebahagian daripada harta peninggalan si mati. Is it correct?" Zaim meminta kepastian.

"Yes. See, abang boleh kot!" Taqi tepuk tangan lagi.

"Well, biasalah..." Eh tiba-tiba angkat bakul. Sejurus itu tawa mereka pecah serentak.

"Wey Taqi, cuba kau bagi tips dekat abang. Abang pun nak jadi pandai macam kau. Otak geliga." Lelaki itu memuji kepandaian sepupunya.

Dia pegun lepas tahu tentang sepupunya bernama Muhammad Taqi ini. Masa exam besar darjah enam, UPSR, Taqi dapat 6A. Markah penuh. Masa exam sekolah menengah, form 1 dan form 2, Taqi juga yang pegang kedudukkan nombor 1. Gred pun mantap.

Exam PT3, ya Allah, terkedu, 9A juga. Gred keseluruhan subjek adalah cemerlang tertinggi. Masuk form 4, dia ambil aliran sains. Setakat ni yang Zaim dengar dari Inayah, ibu saudaranya itu, markah Taqi mantain. Kedudukannya masih nombor 1. Sejuk perut mak mengandungkan budak Taqi ni.

Handsome with brain githew.

"Tips? Tak ada rasanya. Taqi belajar macam biasa." Taqi garu dagu.

"Mesti kau rajin buka buku kan?"

"Kot..." Kalau Taqi tak buka buku dalam sehari, rasa tak puas.

"Ish, sharelah satu tips. Selain belajar, kau makan kismis ke?" Mesti Taqi ni telan berpuluh kotak kismis. Itu yang otak dia bergeliga. Otak komputer.

"Erm... nak tahu ke?" Taqi tanya Zaim.

"Eh mesti!" Dia semangat nak tahu.

"Jangan tinggal solat."

Phew phew!




TBC

Update: 27032021.

Sorry kalau bab ni bosan. For adik2 yang tak tahu Faraid tu apa, Faraid ni ialah ilmu pembahagian harta pusaka. Harap sedikit ilmu Faraid di atas dapat digunakan kelak

[B3] TAQIWhere stories live. Discover now