TAQI - 12

7.5K 1.3K 351
                                    

(TAQI, 20 Tahun)

BETULLAH orang kata, anak ni bila dari kecil kerap dimarah, hidupnya dikongkong dan diatur, pabila besar mereka semakin memberontak. Mereka sukar mahu mendengar cakap. Berani melawan. Semakin naik kepala dan keras kepala.

Sejak kejadian Wahab menampar Emma beberapa tahun yang lalu, hubungan anak beranak itu semakin renggang. Jarang sekali Emma mahu menegur walidnya itu setiap kali terserempak. Hatinya sudah tawar mahu menyayangi insan bergelar walid.

Bagi Emma, buang masanya saja menyayangi lelaki itu. Wahab bukanlah seorang walid dan suami yang baik. Ayah yang baik tidak akan mengatur hidup anak mereka dan tidak akan menyakiti anak mereka. Dan suami yang baik tidak akan menduakan cinta isteri yang setia.

"6A je?" Wahab campak slip SPM Emma tepat pada wajah anaknya. Raut wajahnya berubah murung dek kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Emma.

"Haah 6A je. Kenapa? Tak cukup baik ke?" Emma peluk tubuh. Dia memandang sekilas ke arah Sofi yang duduk bercerita dengan kakak iparnya.

"Tak! Anak kawan walid dapat 9A, 10A, 11A ke atas. Tak ada yang dapat kurang dari 9A. Anak walid je yang dapat keputusan teruk macam ni. Emma buat apa dekat sekolah tu? Emma belajar atau main-main?" lempar Wahab.

Emma jenggilkan mata memandang tajam ke arah Wahab. Dia kepal penumbuk. Jangan sampai dia tumbuk muka walidnya itu baru nak sedar. Inilah sikap walidnya, tak pernah bersyukur dengan apa yang dia dah usahakan. Semasa keputusan PT3 dah keluar, reaksi walidnya tetap sama.

Selalu saja membandingkan keputusannya dengan keputusan anak orang lain. Hesy, menyampahnya! Umminya elok saja puji dia bagus, pandai tapi walidnya?

"Eloklah anak kawan walid dapat results bagus-bagus. Mesti walid diorang pandai didik anak, kan? Lain pula dengan walid." Emma membalas sinis.

Bukan Wahab saja yang boleh membandingkan. Emma pun bolehlah. Jika selepas ini walidnya mahu membandingkan tentang level pendidikkannya, Emma pun boleh bandingkan kehebatan kerjaya ayah rakan-rakannya.

"Emma!"

"Dah lah walid, panas je hati cakap dengan manusia macam walid ni. Tak ada faedah." tutur Emma seraya bangkit dari duduknya.

"Emma..." suara Sofi pula singgah di gegendang telinga.

Emma sekadar menoleh. Bibir menarik segaris senyuman pahit. "Kan elok kalau walid Emma macam uncle Taufiq. Mesti Emma bahagia." usai berkata, Emma mengatur langkah pergi. Dia sudah penat bertengkar dengan 'ayah iblis'. Munafik.

"Tengoklah perangai anak awak tu!" Wahad raup kasar muka sendiri. Sebal dengan perangai Emma yang semakin menjadi-jadi.
  
   
   
   
  
LANGKAH diatur membuntuti langkah si gadis dari belakang. Dia pasang telinga mendengar omelan perempuan itu. Tak, bebelan gadis itu lebih kepada mengata si ayah. Sepuluh minit berlalu, akhirnya mereka sampai di taman yang terletak tidak jauh dari kawasan perumahan mereka.

Tatkala punggung ingin dilabuhkan di atas bangku diperbuat dari besi itu, Emma segera menoleh. Bukan apa, dia cuma rasa diperhatikan saja. Sepanjang perjalanannya dari rumah hingga ke taman ini, mustahillah dia tak dapat tangkap bunyi derapan kaki seseorang.

"Awak?" Kan dah kata, memang ada orang yang ikut dia. Tak sangka pula orang itu adalah anak jiran sebelah.

"Buat apa sorang-sorang pergi taman?" Taqi bertanya.

"Dan awak... kenapa diam-diam ikut saya?" Soalan berbalas soalan. Empat mata saling bersabung pandang.

"Saya tak ikut pun. Niat saya memang nak singgah sini. Kenapa, tak boleh ke? Taman ni awak punya ke?" balas Taqi bersahaja. Tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar sweatpants-nya.

Emma putarkan bola mata ke atas. Malas mahu melayan, dia henyak punggung di atas bangku. Sekeping kertas yang dilipat empat itu dikeluarkan dari poket. Lipatan dibuka dan mata merenung kosong slip keputusan SPM miliknya.

"Awak tak nak duduk ke?" Emma bertanya perlahan. Dia pasti lelaki itu masih belum berganjak.

"Boleh ke?"

"Duduklah. Taman ni bukan bapak saya punya."

Terhambur ketawa kecil dari bibir Taqi. Pandai menjawab. Dek kerana dia sudah dapat keizinan dari Emma, Taqi ambil tempat di bangku yang sama. Taqi duduk di sudut kiri manakala Emma duduk di sudut kanan. Taqi tinggalkan beberapa jarak agar tidak terlalu rapat dengan gadis itu. Kalau dah jadi isteri, tak apalah kan?

Eh, tiba-tiba je...

"SPM dapat berapa?" Taqi bertanya apabila matanya terpandang slip yang dipegang Emma.

"6A je."

"Wah, hebatlah!" Suara Taqi naik seoktaf. Nadanya kedengaran teruja. Gembira dengan keputusan Emma.

"Hebat? Kepala awak hebat." Emma pandang Taqi.

"Hebatlah tu, 6A kot. Susah nak dapat kalau tak usaha. Tahniah, Emma." ucap Taqi yang tidak lekang dengan senyuman manisnya.

Emma melepaskan keluhan berat. Slip keputusan dilipat semula kemudian dimasukkan ke dalam poket. Tak tahulah nak rasa apa bila ada orang menghargai kejayaannya. Gembira? Tak dapat dinafikan. Tapi bila dia teringat semula pergaduhannya dengan Wahab sewaktu di rumah tadi, kegembiraannya itu terus ranap. Musnah.

"Nak sambung belajar dekat mana lepas ni?" Ringan mulut Taqi mengajak gadis itu berbicara.

"Dekat kubur." Selamba Emma menjawab.

Jeda seketika. Terkejut Taqi. Dia perhatikan raut wajah Emma yang terlihat tidak gembira itu. Nampak moody semacam.

"Awak okay ke?" Taqi terus ubah soalan.

Emma jungkit bahu. "Kenapa? Gaduh dengan kawan ke? Boyfriend?" Taqi takkan mengalah selagi Emma tak jawab.

"Tak. Bukan. Tak payah sibuk." Emma mendengus marah. Dia hantar jelingan maut pada jirannya itu.

"Kalau saya nak sibuk juga?" Main tarik tali pula dua ekor ni.

"Hesy, tak reti dengar cakaplah dia ni. Saya kata tak payah sibuk. Saya okay, saya tak ada masalahlah!" Terasa semak pula bila Taqi duk tanya dari tadi. Geram!

"Gaduh dengan ayah awak?"

Emma katup bibir. Dia betulkan lipatan tudung. Dengusan berat dilepaskan. Mata merenung ke dalam wajah tampan milik lelaki itu. Macam tahu-tahu je dia tengah marah dekat walidnya.

"Saya dengar awak 'mengata' ayah awak tadi." Taqi ukir segaris senyuman.

"Haa habistu? Awak nak saya gelabahlah?" Sejurus itu Emma bangun dari duduk dan tangan di silang ke dada. Dek kerana hati diulit sebal pada insan bernama walid, Taqi pula terkena tempiasnya.

"Dah lah, saya nak balik!" Dan Emma mengatur langkah pergi. Taqi terkebil-kebil di belakang. Tidak mahu menaikkan lagi angin anak jiran itu, Taqi biarkan saja Emma berlalu. Kepala digeleng perlahan. Sekali lagi dia mentertawakan Emma.

"Comel betul."
  
  
  
      
     
   
TBC
   
Update: 19042021.    
   

[B3] TAQIWhere stories live. Discover now