TAQI - 33

5.8K 1K 381
                                    


"HESSA jangan lupa tau, aunty tempah sherperd pie tu dekat Hessa. 16 tray tau." pesan Datin Aira.

"Ya aunty, takkan lupa punyalah. Hessa dah beli bahan-bahan pie. InsyaAllah, sehari sebelum majlis tu nanti, Hessa siapkan semua."

Datin Aira mengangguk sambil tersenyum. Pandangan dilontarkan ke arah Hessa yang begitu tekun menyiapkan kerjanya. Hampir setahun Hessa bekerja di butiknya, Datin Aira dah jatuh suka dengan keperibadian gadis itu. Kelembutannya dalam berbicara, akhlaknya yang santun, kelincahannya dalam menyiapkan kerja-kerja yang diberikan, semua hal itu membuatkan Datin Aira berkenan dengan Hessa.

Itu baru perangai, belum termasuk rupa. Tang rupa, Datin Aira tak dapat nafikan gadis muda itu memang cantik orangnya. Tiap kali dia pandang muka Hessa, mesti sejuk mata memandangnya. Hati turut merasa tenang.

"Kalau aunty ada dua anak lelaki. Mesti aunty dah kenenkan dia dengan Hessa." ujar Datin Aira tiba-tiba.

Tangan yang membungkus tudung itu tak semena-mena terhenti. Hessa angkat wajah memandang bossnya. Hessa menarik segaris senyuman kecil.

"Hessa tak layak, aunty."

"Kenapa pula tak layak?"

"Kita tak setaraf aunty. Hessa anak orang biasa-biasa aje." ujar Hessa diikuti dengan tawa kecil.

Satu lagi perkara yang membuatkan Datin Aira suka dengan Hessa. Sifat rendah diri Aira tu selalu saja membuatkan hatinya tersentuh. Haih, kalaulah suaminya tak bersetuju untuk menyatukan anak tunggal mereka dengan anak perempuan Wahab, sudah pasti dia akan satukan Hessa dengan Akhtar.

Cantik, iya. Lemah lembut, iya. Solehah pun iya juga. Allah... besar sekali keinginan di hati untuk mengenankan Akhtar dengan Hessa. Dan bukannya dengan Emma yang tiada santunnya itu. Gadis itu sangat teruk. Entah apa yang dipandang suaminya itu pun dia kurang pasti.

"Kami tak pandang semua tu, Hessa. Kami cuma pandang akhlak dan hatinya saja. Baik hatinya, baik juga orangnya."

"Tapi Hessa tak baiklah."

"Bagi aunty Hessa baik."

Hessa menggeleng kecil. Diam. Tak mahu berbalas kata dengan wanita itu. Jikalau Datin Aira mengatakan dia seorang yang baik, maka dia ambil kata-kata itu sebagai satu doa. Semoga Allah SWT menjadikan dia sebagai seorang hamba, umat dan insan yang baik.

"Mama." Suara garau seseorang mematikan kesunyian di antara majikan dan pekerja itu. Serentak mereka mengangkat kepala melihat siapakah yang menyeru 'mama' itu. Kebetulan Hessa memang rabun jauh dan ketika ini gadis itu tidak memakai kaca matanya, jadi penglihatannya terhad.

Dia boleh nampak tubuh, warna dan pergerakkan orang itu cuma untuk melihat dengan jelas dan terang saja tak boleh dipaksa-paksa. Besarkan mata sampai nak koyak pun masih tak boleh nampak. Beginilah nasib orang yang ditarik nikmatnya untuk melihat dengan terang.

Datin Aira mengukirkan sebuah senyuman lebar pabila susuk tubuh seorang lelaki terpacak di hadapan mereka. Perlahan-lahan Datin Aira bangun dan berjalan menghampiri anak lelakinya. Akhtar yang termanggu sendirian di situ memandang hairan ke arah ibunya apabila wanita itu menariknya mendekati seorang gadis muda yang tekun membuatkan kerjanya.

"Ni lah Hessa, yang mama cakap dekat Akhtar tu." ujar Datin Aira. Bahu Hessa ditepuk.

"Oh..."

"Cantikkan?"

Hessa makin tunduk. Aduh, majikkannya sengaja nak malukan dia ke macam mana ni? Hessa jadi ragu-ragu hendak mengangkat kepalanya dan menyapa anak kepada majikannya.

[B3] TAQIWhere stories live. Discover now