TAQI - 7

8.6K 1.3K 157
                                    

"WEY korang." Quds memanggil. Penyedut minuman digigit-gigit. Acah-acah nak tunjuk macho depan pelajar lain.

Daniel, Rafiq dan Taqi segera menoleh. Ketiga-tiga lelaki berusia 16 tahun itu hayun dagu ke depan. Berita apa pula Quds nak khabarkan pada mereka? Daniel dan Rafiq jatuhkan pen. Taqi pula kembali menulis.

"Apa?"

"Korang tak rasa lonely ke? Maksud aku, kau tengoklah Farhat tu. Dah ada awek. Bahagia aje sekarang. Korang tiga ketul tak rasa cemburu ke?" Quds bertanya. Matanya masih memerhatikan adegan mesra kawan mereka yang duduk di meja belakang. Sibuk mengusik kekasihnya.

"Entah. Aku kan ikan. Mana ada perasaan." Rafiq topang dagu memandang Quds.

"Hurm... entahlah. Sekarang ni aku cemburu dengan Taqi aje. Tiap kali exam, dia dapat markah penuh. Susah nak kejar markah mangkuk sekoq ni." Tangan Daniel menepuk belakang badan sahabatnya, Taqi.

Quds herot bibir. Daniel dan Taqi, dua-dua memang ulat buku. Di sekolah, belajar. Waktu rehat, buat latihan atau pun siapkan kerja rumah. Balik ke rumah pula, buka buku lagi. Best ke hadap buku sepanjang hari? Migrain. Berpinar mata dibuatnya.

"Kau tak jealous ke, Taqi? Kawan sebaya kita dah ramai ada awek. Kita ni, single and lonely." 

Taqi letak pen. "Kau takkan sunyi kalau kau letak Allah dalam hati. Biarlah single, tak ada sesiapa yang boleh hancurkan kau." Dia tarik senyuman kecil.

Daniel dan Rafiq pegang dada. Fuh, rasanya seperti ditumbuk oleh ironman. Tembus ke lubuk hati yang paling dalam. Quds pun terus betulkan posisi duduk. Telan air liur. Sentap bossku.

"Cakap macam ada pengalaman. Siapa yang dah hancurkan sekeping hati Muhammad Taqi ni?" Daniel bertanya. Dia letak tangan di atas dada Taqi.

"Ish kau ni, gelilah!" Taqi tepis tangan Daniel. Rafiq dan Quds sudah menghamburkan tawa mereka. Terhibur.

"Yelah, cara kau cakap tu seolah-olah kau pernah disakiti." kata Daniel.

"Mana adalah. Kau yang dah 4 tahun berkepit dengan aku pernah ke nampak aku dekat dengan perempuan?" Taqi pandang Daniel.

Daniel geleng. Kawannya satu itu memang jarang sekali mahu mendekati perempuan. Didekati oleh kaum hawa adalah. Sayang, mereka tidak dilayan. Taqi bukannya sombong. Cuma nak jaga kesucian diri dan hati. Daniel pun tahu mama kawan baiknya itu melarang keras Taqi bercinta waktu umur-umur macam ni.

Seluar dalam pun mak ayah masih belikan. Ada hati nak berkasih sayang dengan anak dara orang. Tak boleh!

"Hurm, bestnya tengok diorang... mummy, nak girlfriend satu." Quds muncungkan mulut. Tunjuk gedik depan rakan-rakannya.

Rafiq menggelengkan kepala. Malas nak layan kehendak mengarut Quds. Muka handsome macam Quds pun tak ada orang nak. Apatah lagi muka macam Rafiq yang dia sendiri rasa seperti belum siap. Daniel dan Taqi pula, mereka berdua memang sentiasa jadi kegilaan junior. Budak pandai dan cukup pakej dengan rupa sentiasa jadi rebutan.

"Dah lah tu, sambung buat chemist ni cepat. Kami dah jauh dah, kau? Lima soalan pun tak lepas lagi." Daniel menegur.

Quds tayang mimik muka menyampah. Asyik-asyik belajar. Walaupun dia ni malas sedikit dari rakan-rakannya yang tiga itu, dia boleh tahan bijak juga. Cuma tak boleh lawan kebijaksanaan Taqi lah. Budak tu otak komputer. Tak pernah bosan mengasah ilmu pengetahuan. Ikhlas menuntut ilmu. Itulah contoh pelajar berjaya.
    
   
  
TBC

Update: 01042021.

[B3] TAQIWhere stories live. Discover now