TAQI - 8

7.8K 1.3K 297
                                    

"OI Adibah." Rafiq tolak kerusi perempuan bernama Adibah itu. Lantas perempuan berbaju biru itu bangun sambil bercekak pinggang.

"Apa?!" jerkahnya marah. Kembang kempis hidung cik pengawas itu memandang Rafiq yang tersengeh-sengeh. Besar kecil besar kecil aje Adibah tengok si Rafiq ni.

"Ish janganlah marah ikan. Ikan ni ada perasaan." Belum habis lagi menggelar diri sendiri sebagai ikan. Rafiq tundukkan kepala minta simpati.

"Kau nak apa?" Adibah bertanya kasar. Suara lantangnya itu membuatkan separuh dari rakan sekelasnya turut menoleh ke arah mereka berdua.

"Ni, Quds suruh aku bagi surat dekat kau." Sekeping kertas berwarna merah jambu itu dihulur kepada Adibah. Terdiam sejenak remaja itu. Teragak-agak tangan mahu menyambut huluran tersebut.

"Cepatlah. Aku ada surat lain lagi nak kena hantar ni." Terhegeh-hegeh!

"Sejak bila jadi postman ni?" Adibah bertanya sambil tangan membuka lipatan kertas tersebut.

"Sejak hari ni. Satu surat lima puluh cent. Kalau kau perlukan servis aku, roger." Rafiq tunjuk jari ibu dan jari kelingkingnya kepada Adibah sebelum tangan tersebut di bawa ke telinga. Isyrat jari menunjukkan 'call je aku'.

"Entah apa-apa. Dah lah pergi sana. Kacau je."

Rafiq beredar ke meja seterusnya. Daniel dan Taqi di belakang menjadi pemerhati. Terbahak-bahak Daniel mentertawakan si Rafiq yang sentiasa diperguna-gunakan oleh Quds itu. Rafiq tu pun satu, apa Quds suruh, mesti dia dengar. Bak kata pepatah Rafiq ni bagai lembu dicucuk di hidung. Menurut saja.

"Okay Taqi, kau pulak baca. Aku dengar." Penunjuk Al-Quran diletakkan di atas kitab tafsir Al-Quran miliknya. Daniel dah tak sabar nak semak bacaan si sahabat.

"Surah Waqiah kan?" Taqi bertanya. Sebaik sahaja dia terima respon angguk dari Daniel, remaja itu terus buka kitab tafsir Al-Quran untuk mencari surah yang ke 56 di dalam kitab tafsir tersebut.

"Okay dah boleh mula."

"Ayat 1 sampai?"

"10." Taqi tunjuk jari ibu.

Nafas ditarik dalam. "Bismillahirrahmanirrahim."

"إِذَا وَقَعَتِ ٱلْوَاقِعَةُ" (1)

Ayat pertama dalam surah itu dialunkan. Quds datang dan duduk di hadapan Taqi sambil menopang dagu. Bibir merekah milik Quds ikut membaca perlahan surah tersebut.

"لَيْسَ لِوَقْعَتِهَا كَاذِبَةٌ" (2)

Bibir Quds terkatup rapat. Matanya merenung lama wajah tampan kemerahan-merahan milik rakannya itu, Taqi. Bungkam seketika. Dia yang lelaki turut pegun mendengar suara rakannya mengalunkan ayat tersebut. Sungguh merdu.

"خَافِضَةٌۭ رَّافِعَةٌ" (3)

Kerja Rafiq sudah selesai, remaja lelaki itu kembali duduk di tempatnya yang terletak di sebelah Quds. Dia pusingkan tubuh ke belakang. Apabila mulutnya bergerak ingin menyampaikan sesuatu pada Quds, Quds buat isyarat jari di bibir. Diam.

Rafiq pun terkebil-kebil.

"إِذَا رُجَّتِ ٱلْأَرْضُ رَجًّۭا (4) وَبُسَّتِ ٱلْجِبَالُ بَسًّۭا (5)"

Seorang demi seorang terdiam. Rafiq pusingkan kepala memandang ke arah Quds yang sedang fokus mendengar bacaan Taqi. 'Wow' ayat itu meniti di bibir Rafiq. Tiada suara, hanya gerakkan di bibir sahaja.

"فَكَانَتْ هَبَآءًۭ مُّنۢبَثًّۭا (6) وَكُنتُمْ أَزْوَٰجًۭا ثَلَـٰثَةًۭ (7)"

"فَأَصْحَـٰبُ ٱلْمَيْمَنَةِ مَآ أَصْحَـٰبُ ٱلْمَيْمَنَةِ. (8) وَأَصْحَـٰبُ ٱلْمَشْـَٔمَةِ مَآ أَصْحَـٰبُ ٱلْمَشْـَٔمَةِ (9) وَٱلسَّـٰبِقُونَ ٱلسَّـٰبِقُونَ (10)"

"Sadaqallahul Azim..." Kitab ditutup. Muka diangkat dan matanya terjojol besar. Automatik tubuh terundur ke belakang. Macam mana dia tak kaget kalau muka Quds dan Rafiq betul-betul rapat dengannya.

Nasib baik tak tercium. Kalau terkena tadi, naya! Astagfirullah!

"Apa korang ni? Terkejutlah aku." Taqi usap dada. Berkerut dahi memandang Quds dan Rafiq.

"Taqi..." Quds pegang tangan kanan Taqi. Rafiq tiru perbuatan Quds. Dia ambil tangan kiri Taqi pula.

"Amenda korang ni?" Taqi cuba rampas balik tangannya namun rakannya itu menggenggam dengan lebih erat. Taqi toleh ke sebelah. "Daniel, kenapa dengan dua orang ni?" Takutlah Taqi. Risau.

"Entah. Lepas dengar kau baca ayat-ayat tadi, terus jadi macam ni." Daniel geleng kepala.

"Kalau aku jadi perempuankan, aku tak ragu-ragu nak ajak kau nikah." Berbinar-binar mata Quds. Dia dah boleh bayang masa depannya bersama Taqi. Eh... tiber.

Rafiq angguk bersetuju.

"Ish dah lah! Korang buat aku takutlah." balas Taqi geram. Dia tarik tangannya dari pada terus dipegang oleh Rafiq dan Quds. Karang Taqi bacakan ayat Kursi untuk dua ketul tu, takut jadi lebih teruk.

"Woi Dibab!" Quds baling pen tepat pada kepala Adibah. Ternaik badan remaja perempuan itu dek kerana terlalu terkejut. Dia dah naik sebal dah bila disergah seperti itu. Tadi Rafiq, sekarang Quds.

"Hesy, Tengku Quds Eskandar!"

"Yes, sayang?" Quds angkat sebelah kening.

Adibah ketap bibir. Pen di atas lantai dikutip dan dibaling semula pada Quds. Malang sekali, terlepas dari sasaran. Adibah hentak kaki. Quds ni tak habis-habislah nak kacau dia.

Tok tok tok. Pintu kelas diketuk oleh seseorang. Semua pelajar terdiam. Mata berkalih ke arah seorang pelajar perempuan yang berdiri di hadapan pintu. Daniel goyangkan lengan Taqi.

"Itulah budak yang jadi rebutan abang-abang form 5." Daniel berbisik perlahan.

"Tahu." Taqi membalas. Tak sedar bibir mula menguntum segaris senyuman. Cantik betul anak jiran ni. Tak sengaja melontar pujian di dalam hati.

"Ye, ada apa?" Ketua kelas bertanya. Aminah berjalan mendekati pelajar tingkatan 2 itu.

"Cikgu Farid panggil student yang namanya..." Emma jengul kepala. Mencari dimanakah kelibat lelaki itu.

"Siapa?"

"Taqi."

TBC

Update: 02042021.

Selamat mengaji🤭 (Surah Al-Waqiah, ayat 1-10).

[B3] TAQIWhere stories live. Discover now