TAQI - 39

9.3K 1.2K 481
                                    

"CONGRATS, macam tak percaya budak ni dah kahwin. Sangkut dengan anak sedara uncle pula tu." ujar Eshan sambil bersalaman dengan Taqi.

Bella di sebelah dikerling. Lengan isterinya di siku.

"Tak nak ngorat aunty lagi ke?" Pecah tawa Bella tatkala terkenang akan kisah lama di mana Taqi mahu merampasnya dari Eshan. Lucu pula bila teringat.

Taqi tersenyum malu. Kenapa aunty Bella perlu ungkit kisah lama? Kantoi pernah cuba tackle ibu saudara isteri sendiri. Tapi itu cerita dululah. Zaman masuk air. Zaman tak matang.

"Anak-anak uncle aunty ada ke?" Taqi bertanya.

"Ada tu, tengah kumpul dengan anak-anak uncle Adam kamu." jawab Eshan.

Anak-anak Eshan dengan anak-anak Adam memang berkawan rapat. Dah namanya ayah dan mama mereka berteman, wajarlah hubungan anak-anak mereka turut akrab. Dan berpuluh tahun berlalu, mesti ramai yang tertanya-tanya tentang kehidupan Eshan dan Bella kan. Begitu juga dengan Adam dan Iman.

Seperti biasa, kedua-dua pasangan masih bersama dan hidup bahagia di samping keluarga tercinta. Adam dan Iman mempunyai 5 orang anak. Eshan dan Bella pula, mereka mempunyai 4 orang anak. Cukuplah dengan jumlah tu. Kilang dah tutup! Jangan minta lebih.

"Eh budak becok yang handsome." Disergah seperti itu tak semena-mena membuatkan bahu Taqi ternaik. Terkejut punya pasal.

Tolehkan kepala ke belakang, kelihatan dua figura yang tak asing lagi. Maksu Iman dan paksu Adam. Pasangan itu berjalan menghampiri mereka. Taqi bersalaman dengan ibu dan bapa saudaranya.

"Malam ni berteman lah tidur ya..." usik Adam dengan sengihan. Dia kerling ke arah Eshan. Kening dijungkit penuh makna.

"Ish, abang. Janganlah..." Taqi yang disakat, Iman pula yang malu. Taqi ketawa saja. Faham sangat dengan perangai kuat mengusik paksunya itu. Dia kenal Adam semasa dia berusia 5 tahun, puas tau bergaduh dengan Adam waktu itu.

"Confirm Inayah dan Taufiq dapat cucu lah tahun depan." selit Bella.

"Eh aunty ni..." Emma, awak di mana? Berborak dengan orang-orang dah lama berkahwin ni sangat meresahkan. Lagi-lagi kalau ada paksu Adam dan aunty Bella dia. Ya Allah, tak tahu nak cakap apa. Mereka berdua sekepala.

Gemar mengusik.

Ambil kerusi, Adam, Taqi, Taufiq dan Eshan berkumpul. Manakala para-para isteri duduk di meja yang lain. Dan anak-anak mereka yang sudah remaja dan dewasa duduk di meja yang lain. Lama mereka berbual. Yalah, jarang-jarang dapat berkumpul seperti ini. Memandang peluang dah terhidang, apa lagi, gunakanlah saat-saat seperti ini sebaik-baiknya.

"Wahab dah balik ke?" Taufiq bertanya. Rasanya dari awal majlis resepsi dia tak nampak di mana besannya itu.

"Rasanya dia tak datang. Balik terus lepas majlis nikah pagi tadi." Eshan menjawab. Dia pun tak nampak batang hidung abang sepupunya itu sepanjang majlis resepsi berlangsung.

"Haah, walid tak ada datang petang ni." Taqi menyelit. Bukan dia tak menjemput namun Wahab sendiri memilih untuk tidak mahu hadir.

"Lah, macam tu pula? Emma okay ke? Majlis akad pun nampak sugul je tadi. Dengar cerita ummi dengan abang dia tak datang." ujar Adam. Dia tak tahu cerita sebenar. Tak tahu bagaimana perjalanan kehidupan Emma sebelum ini.

"Family diorang ada problem. Dah lama dah. Kak sofi tu, tak tahu lah dia pergi mana. Nak lapor polis macam tak patut. Sebab Kak Sofi bukan kena culik. Dia tak hilang. Tapi dia sendiri yang pilih untuk pergi. Bawa diri." jelas Eshan. Dia bercakap sebagai keluarga kepada Sofi.

[B3] TAQIWhere stories live. Discover now