TAQI - 6

8.6K 1.3K 197
                                    


"DAH bujang anak buah paksu sekarang." Adam Mahfuz peluk bahu Taqi. Terkejut melihat Taqi sebaik saja anak muda itu keluar dari rumah. Kaget tengok kaki Taqi sebenarnya. Panjang.

Tahun lepas rasanya tak setinggi hari ini. Cepat betul budak ni membesar. Paras ketinggian mereka pun hampir sama. Ikut badan ayah dia nampaknya. Taufiq tinggi, anak pun menjangkit sekali.

"Miqdad tak ikut ke?"

"Tak. Dia tak nak. Katanya nak teman adik-adik dia dekat rumah."

"Oh, maksu tak ada ke?" Taqi bertanya lagi.

"Ada. Biasalah, kembar tu mana boleh berenggang." Dihujung ayat lelaki dewasa itu tertawa.

Anak kembar Adam kini seumur dengan Tashfeen, 10 tahun. Dah bertahun berlalu, Adam dan Iman sudah mempunyai 4 orang anak. Dikurniakan dua pasang kembar. Miqdad dan Mishal. Sepasang lagi, Izyan dan Izzara yang berusia 7 tahun. 

"Oh." Taqi paling muka memandang keluar jendela. Selalu saja momen kebetulan ini terjadi padanya. Tidak semena mata Taqi menangkap satu figura seorang perempuan di luar. Emma. Gadis muda itu sedang mengatur langkahnya menuju ke rumah Taqi. Bekas berwarna biru dipegang dengan kedua belah tangan.

"Amboi, ralitnya... " Adam menegur dalam nada mengusik. Dia tepuk paha Taqi. Senyuman penuh makna terolek kemas di bibir.

Sedari perilakunya diperhatikan oleh bapa saudaranya, Taqi terus alihkan pandangannya. Dia tunduk sedikit. Yang pasti dia tak mahu balas tatapan mata Adam kerana malu. Boleh tahan lama bola matanya memerhatikan langkah si Emma.

"Jalanlah cepat." Nak tunggu berapa lama lagi baru nak gerak.

"Elelele malulah tu sebab kantoi usha anak dara orang. Dah pandai eh Taqi." Adam mengusik sakan. Dicucuknya lengan Taqi sebelum memulakan pemanduannya.

"Mana ada, paksu..." Nafinya.

"Yelah tu. Paksu nampak tau mata Taqi melekat dekat budak tu. Bukan sekejap. Lama."

Terasa bahang di telinga. Dia ketuk lutut sendiri dengan jari. Mulut dikunci. Tak mahu balas apa-apa sebab dia tahu, paksunya itu takkan berhenti menyakat selagi tak puas.

Sepanjang perjalanan, Taqi lebih banyak diam membisu. Otaknya jauh menerawang memikirkan bermacam-macam hal. Jauh termenung sampai tak sedar dia sudah mengabaikan Adam. 15 minit duduk dalam kereta, 15 minit Adam dibiarkan bercakap seorang diri.

Emma. Taqi rasa Taqi pernah jumpa gadis itu sebelum ini. Bukan di sekolah menengah tapi di sekolah rendah. Tapi waktu itu Taqi darjah berapa ya? Minda tak cukup kuat nak imbas semula.

Ah sudahlah, tak perlu ingat. Tak penting pun. Dah kenapa nak fikir pasal perempuan? SPM pun tak lepas lagi. Jadi jangan gatal sangat nak fikir pasal mana-mana perempuan. Lakar nama perempuan dalam hati selain nama Inayah pun tak boleh.

Taqi masih terlalu muda untuk kisahkan tentang perempuan dan masalah hati. Ingat, kalau nak prestasi dalam pembelajaran meningkat, Taqi kena jaga hati dan minda. Tak boleh tercemar. Sedikit pun jangan! 
  
  
  
  
  
"EMMA, tengah cari apa tu? Kenapa bersepah bilik ni? Karang walid balik, bising nanti." Sofi menegur sebaik saja wanita itu masuk ke dalam bilik tidur anak perempuannya.

"Cari buku, ummi." jawabnya seraya menyelongkar kotak bersaiz sederhana besar itu. Dikeluarkan satu persatu buku-buku lama yang belum dibuang.

"Buku apa?" Sofi mengambil tempat kosong di atas lantai. Dibelek-belek buku lama yang bersepah di atas lantai tersebut.

"Faraid." jawab si anak.

"Faraid? Kenapa dengan buku Faraid tu? Emma nak buat apa?" Sofi bertanya pelik. Hairan. Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba Emma nak cari buku itu.

"Nak pastikan sesuatu." Jawab Emma lagi. Selagi dia tak jumpa buku Faraid yang pernah dihadiahkan kepadanya beberapa tahun yang lalu, Emma tak boleh duduk diam.

Sejak dia terserempak dengan budak lelaki bernama Taqi di sekolah hari itu, Emma seakan mengecam sesuatu. Emma rasa Emma pernah nampak Taqi sebelum dia berpindah di sekolah barunya itu. Tapi risau juga, takut tersalah orang.

Dan bila Emma paksa diri untuk ingat, buku Faraid yang muncul di kotak fikiran seorang Emma Zahira. Kebetulan Emma pun teringat sesuatu. Dia pernah nampak dua 'huruf' di depan kulit buku Faraid itu.

"Walid tak wakafkan buku tu kan, ummi?" soalnya. Gusar kerana dia tak jumpa pun buku Faraid itu di dalam kotak ini.

Sebut pasal wakaf, walidnya memang rajin wakafkan buku ilmiah yang masih elok di perpustakaan wakaf MAIS. Kalau betul walidnya dah wakafkan, jujur... Emma rasa sedih. Buku tu buku Emma! Hadiah dari seseorang yang Emma sendiri tak ingat siapa.

Adakah pemberi buku itu seorang lelaki bernama Taqi?

"Cuba Emma tanya walid nanti. Itu pun kalau dia ingat." Sofi jungkit bahu.

Emma ketap bibir. Dia pandang kosong buku-buku lama yang bertebaran atas lantai biliknya. Tak dapat ditipu perasaan sendiri tika ini. Dia sangat hampa. Nak marah Walid, tak boleh juga. Mana tahu walidnya tak sengaja. Ikhlaskan sajalah.

"Tak apalah ummi... biarlah." Emma garu belakang leher.

"Ada apa-apa ke dalam buku tu?"

Emma gelengkan kepala. Takkan dia nak bagitahu umminya tujuan sebenar dia mahu cari buku Faraid itu. Tak pasal-pasal kena bahan.

"Yelah, ummi nak solat dulu. Kemaskan buku-buku ni. Susun elok-elok." Sofi berpesan sambil perlahan-lahan bangun dari duduknya.

"Baik, ummi."

  
  
  
  
 
TBC

Update: 31032021.

Taqi kita dah besar ya🥺

[B3] TAQIWhere stories live. Discover now