TAQI - 34

6.2K 1.2K 265
                                    

BEBERAPA jam sebelum majlis.

"Cik Emma, janganlah macam ni. Jangan buang masa saya. Lepas cik, saya kena pergi ke Shah Alam pula. Schedule saya packed hari ni, cik." ujar MUA yang ditempah oleh Datin Aira. Dia dah mula kusut dengan perangai bakal pengantin perempuan ni. Kalau bukan disebabkan bayaran mahal yang ditawarkan oleh Datin Aira dan Dato Omar, dia takkan bertahan.

"Dah tu berambus sajalah. Tak payah susah-susah pujuk aku. Dah aku tak nak, aku tak nak lah!" tempik Emma. Tangan menghempas kuat meja solek di depannya.

"Tapi Datin dengan Dato dah bayar saya, cik. Janganlah macam ni, majlis cik pun dalam beberapa jam aje lagi. Kesianlah dekat Dato, Datin and parents cik." Sedaya upaya MUA itu cuba memujuk. Manalah tahu dia dapat lembutkan hati clientnya satu ini.

"Parents? Aku tak ada parents. Mak ayah aku dah lama mati. Aku tak ada sesiapa lagi. Jadi hati siapa lagi perlu aku jaga? Majlis ni pun bukan atas kehendak aku. Dan jantan tak guna tu bukan pilihan aku!"

MUA yang diberi nama Ain itu diam tak berkutik. Tarik kerusi jauh dari Emma. Kemaskan barang-barangnya. Kalau Emma tak nak, tak apa. Dia akan cakap sendiri dengan Datin dan Dato. Ain dah penat. Mustahil tak penat, hampir satu jam dia habiskan masa di sini melayan amukkan Emma. Setiap kali dia cuba nak solek Emma, perempuan itu tak habis-habis menepis tangannya jauh.

Ain keluar dari ruangan tersebut, Emma segara bangun dan mengunci pintu biliknya. Tak mahu ada sesiapa mengganggu keamanannya. Dia tak mahu bercakap dengan sesiapa. Telefon bimbit di atas meja dicapai. Mesej dari nombor tak dikenali ditekan. Dan mesej tersebut dihantar dua jam yang lalu. Siapa?

+601211121111
Tahniah. Saya doakan awak bahagia dengan lelaki pilihan awak. 

+601211121111
Karang saya datang dengan mama. Dia dah teruja nak tengok kawan saya ni kahwin.

+601211121111
Senyum tau, jangan tayang muka nak ajak gaduh je. Goodluck, Emma.

+601211121111
I'm happy for you.

Menggeletar tubuh Emma menahan sebak yang mahu pecah di dada ketika ini. Kolam matanya bergenang dek air mata. Bibir bawah digigit kuat agar tangisannya tidak meletus. Emma tak mahu menangis. Emma tak mahu menangis. Emma kena kuat.

Emma tekup muka dengan kedua belah tangan. Tewas dengan rasa sebak. Tewas dengan kesedihan yang menyesakkan dada. Air mata berjujuran keluar membasahi pipi. Bahunya terhinjut-hinjut. Bila dia fikirkan semula, meskipun dia menangis air darah sekalipun, takkan ada sesiapa yang datang memujuknya. Takkan ada sesiapa yang datang mendakapnya.

"Emma, buka pintu ni!" Pintu diketuk kuat dari luar.

Semedan Emma terduduk tegak. Tangan dijatuhkan di atas riba. Matanya menjeling ke arah pintu melalui pantulan cermin di depan. Ketukkan bertalu tak memberi kesan kepadanya. Panggilan walid dari luar diabaikan.

"Emma, buka pintu ni. Walid nak cakap!" Nada suara Wahab kedengaran agak keras. Marah mungkin.

"Emma, jangan degil boleh tak? Buka pintu ni! Emma tak pekak lagi-"

Pintu dibuka. Terpampang wajah basah dek air mata di muka pintu. Wahab masuk ke dalam bilik Emma lalu pintu ditutup rapat. Dikunci. Wajah kosong tanpa riak itu dipandang bersahaja. Tak ada rasa kesian menyelinap di hati seorang bapa terhadap anaknya.

"Boleh tak dalam sehari Emma tak menyusahkan walid?" Begitulah gaya orang pentingkan diri sendiri menyoal.

"Emma tak nak kahwin dengan Akhtar." ujar Emma mendatar. Tangan mengepal buku lima.

[B3] TAQIWhere stories live. Discover now