TAQI - 45

8.2K 1K 52
                                    

"AISYA!" seru Emma dengan kuat dan membuatkan Aisya di depan tersentak hebat. Lantas gadis itu menelengkan kepalanya untuk memandang si pemilik suara.

"Eh... Emma!" Ah, sudah! Sesi jejak kasih dah mula dah. Berus di tangan segera dimasukkan ke dalam cawan berisi air paip yang sudah berubah warna. Aisya bingkas bangun dan berlari mendapatkan Emma.

Tubuh Emma dipeluk erat. Rindu!

"Dah sebulan kahwin, baru ingat nak jumpa aku ya!" ujar Aisya seraya mengetatkan pelukan antara mereka berdua.

"Sorry, aku  busy layan suami."

"Kau layan balak kau 24 jam sehari ke taik?" Aisya cebik bibir. Alasan tak boleh pakai betul. Takkanlah Emma nak berkepit dengan suami dia 24/7. Mahunya naik jemu suami Emma.

"Apa balak-balak? Tu suami aku tau. Taqi. Muhammad Taqi!" Panggil suami Emma elok-elok sikit. Jangan bagi nama panggilan pelik-pelik.

Langsung meledak tawa Aisya di hadapan Emma. Alhamdulilah, sejak dah menikah dengan lelaki soleh, Emma pun ikut jejak jadi solehah. Perangai 'nakal' yang Aisya sahaja tahu dah tak ada lagi. Hilang dan lesap begitu saja. Tengok saja dari penampilan Emma sekarang, Aisya dah tahu bagaimana suami Emma mendidik wanita itu. Alhamdulilah.

"Yalah, sorry... Ni, suami kau mana? Kau drive sendiri ke? Balik KL berapa hari?" soal Aisya bertubi. Jika Emma menetap di KL lama, bolehlah mereka luangkan masa bersama sebelum Emma pulang semula ke Selangor.

"Ada dekat luar. Kejap lagi dia masuklah. Aku stay KL... ermm dalam seminggu macam tu."

"Sekejapnya!" Tak syoklah macam ni!

"Mana boleh lama-lama. Aku tak boleh pisah dengan laki aku lebih seminggu tau." Boleh gila Emma dibuatnya.

Aisya juih bibir. "Mengadanya!" Penangan Taqi ni lain macam!

"Biarlah! Kenapa? Cemburu? Kalau jeles, pergi kahwin sana. Ajak boyfriend kau nikah."

"Eiii cakap macam senang je. Balak aku tu busy memanjang. Nak ajak keluar pun susah! Bosan aku. Nak ajak putus, aku masih sayang. Pening kepala aku fikir." Boyfriend busy, kawan baik tinggal jauh dan mereka dah jarang berhubung. Hidup dikelilingi orang pun, masih terasa sunyi.

"Nak aku cakap dengan Zack tak?"

"Eh tak payah! Kau tu bukan ajak dia berbincang tapi ajak dia bergaduh. Tak payah! Kahwin atau tak, aku dah malas fikir. Lagipun, Zack tak sedia lagi. Jadi aku malas nak paksa." ujar Aisya.

Beberapa minit kemudian, mereka sudahi topik tentang teman lelaki Aisya. Aisya tarik lengan Emma dan berbisik sesuatu di telinga Emma.

"Dah ada isi ke? Bunting pelamin?" Terkemut-kemut bibir Aisya menahan senyum.

"Belum. Awal lagi kot. Baru sebulan kahwin. Aku tak puas lagi hidup berdua." Dulu, sebelum mereka berkahwin, Emmalah insan paling tak sabar nak ada anak. Bila dah berkahwin, Emma tukar fikiran pula.

Emma rasa belum bersedia nak kongsi kasih sayang dengan orang lain. Tamak! Mungkin tahun ni dia merancang. Tahun depan... Inshaallah, kalau ada rezeki, Emma takkan tolak. Tahun ni raya berdua, tahun depan raya bertiga. Baru adil!

"Lah, aku ingat perempuan rakus macam kau- eh, hai!" ujaran Aisya terhenti tatkala mata menangkap kelibat seseorang di belakang. Siapa lagi kalau bukan suami kawan baiknya itu.

"'Hai Aisya. Apa khabar?" Taqi menyoal berbasa-basi. Ramah.

"Baik je. Sihat."

Taqi mengangguk seraya menarik segaris senyuman nipis. Wajah ditolehkan memandang cik isteri di sebelahnya. Bahu Emma dipaut kemas. Sebelah tangan lagi diseluk ke dalam kocek seluar jeans berwarna hitam. Aisya simpan senyum. Mata mengerling ke arah Emma yang dah tak menahan tersenyum-senyum gedik.

Suami dia datang, terus berseri-seri muka dia. Bercahaya!

"Sayang, lukisan tu awak letak dekat mana?" Taqi menyoal lembut.

"Dalam office saya. Pergilah ambil."

"Alright." Dan lelaki itu pun mengatur langkah keluar dari ruangan tersebut meninggalkan Emma dan Aisya yang saling berpandangan.

"Aku happy tengok kau bahagia, Emma." Aisya rasa nak menangis pula sekarang ini. Tengok cara Taqi melayani Emma, tengok bagaimana bahagianya rakannya sekarang, tiba-tiba hati Aisya dihambat rasa sebak.

Aisya gembira kalau Emma dah dapat kebahagiaan yang gadis itu dambakan. Aisya gembira melihat Emma dijaga, disayangi dan dicintai oleh lelaki yang tepat. Lelaki yang juga tulus mencintai Emma.

"Kau jangan mula eh..." Emma bulatkan mata sebagai amaran. Emma singgah ke kilang lukisan bukan sebab nak buat sesi tumpah air mata. Emma datang ke sini sebab nak jumpa Aisya dan terus ambil lukisan yang pernah ditempah Taqi dulu.

"Aku betul-betul happy tengok keadaan kau sekarang."

"Wey, kalau kau happy, janganlah nangis!" marah Emma. Bahu Aisya digoncang-gonyang. Tak mahulah Aisya menangis. Tak best!

"Ni air mata kegembiraan tau!"

"Kalau happy mana boleh menangis!" jerit Emma menahan geram.

"Suka hati aku lah nak nangis ke tak. Kau apahal!" Aisya dah banjir dengan air mata.

"Ish!" Okey, Emma nak nangis jugalah kalau macam tu. Bye semua orang!

   
   
  
   
  
TBC

Update: 06012022.

Happy reading.

[B3] TAQIWhere stories live. Discover now