TAQI - 28

6.7K 1K 319
                                    

PUSING ke kanan. Pusing lagi ke kiri. Tak puas hati juga, Emma baring lurus menghadap siling sambil memeluk erat bantal gulingnya. Perlahan-lahan bibir merahnya melakar senyum apabila mengenang kembali momen petang tadi bersama anak teruna aunty Inayah.

Sakan mengenang layanan manis Taqi terhadap dirinya, tak semena-mena debaran mula memukul dada. Semakin dia mengimbas semula, semakin galak jantungnya memainkan peranan. Hatinya terasa bahagia. Hatinya terasa senang. Ya Allah... petanda apakah ini?

Ting!

Laju saja Emma bangkit. Tangan meraba bawah bantal mencari keberadaan telefon bimbitnya. Sudah menjadi tabiat, sebelum tidur, Emma akan sorok telefon dia di bawah bantal. Padahal tak ada sesiapun nak curi telefon dia tu. Skrin dah retak sejuta pun tak nak ganti baru.

Nama yang tertera pada skrin telefon dibaca dengan nada berbisik. Bibir tersungging senyuman suka. Gelojak perasaan gembira lantas datang menerpa. Ah, excitednya! Lelaki itu macam tahu-tahu saja Emma sedang memikirkan dia.

TAQI ANAK JIRAN SEBELAH (21:10)
Assalamualaikum cik Emma.

Cik Emma? Sejak bila Taqi memanggilnya dengan panggilan itu? Gediklah!

EMMA (21:10)
Kau nak apa kacau aku malam-malam buta ni?

Ceh, dalam chat bukan main kasar. Tunjuk gangster. Tadi dia yang super teruja bila tengok nama Taqi terpapar di skrin telefon pintarnya. Hampir saja Emma mahu pitam tahu tak!

TAQI ANAK JIRAN SEBELAH (21:11)
Saja. Awal lagi nak tidur.

EMMA (21:11)
Lepas tu apa kena mengena dengan aku? Kau tak tidur lagi, kenapa perlu ganggu aku?

Teruskan jual mahal. Emma tayang muka samseng jalanan. Nak tengok apa respon lelaki itu. Kalau Taqi cepat koyak, Emma nekad, Emma tak nak layan dah. Geli je tengok perangai lelaki lekas koyak dengan perempuan. Tak cukup jantan!

TAQI ANAK JIRAN SEBELAH (21:11)
Ganggu sekejap sajalah. Tiba-tiba teringat dekat awak.

Tubuh Emma langsung kejung. Mesej terakhir Taqi dibaca berulang-ulang kali. Bibir menguntum senyuman girang. Lubang hidung dah kembang kuncup bila Taqi berkata begitu. Taqi pun teringat dekat dia juga? Wah... nampaknya mereka bukan sahaja duduk di bawah langit yang sama. Bahkan fikiran mereka turut sehaluan.

Adakah ini dinamakan jodoh? Ouch!

TAQI ANAK JIRAN SEBELAH (21:12)
Dah nak tidur ke?

Emma tak balas. Emma baca bersahaja.

TAQI ANAK JIRAN SEBELAH (21:12)
Kalau macam tu, awak tidurlah. Sorry ganggu. Sleep well! Jaga diri awak elok-elok☺

Dua minit dia biarkan mesej lelaki itu terbiar begitu sahaja. Emma ramas rambut sendiri. Kepala digeleng seraya memukul dada sendiri. Oh, tak boleh jadi ni. Disebabkan lelaki bernama Taqi, perut dia terasa seolah-olah ada berjuta rama-rama berterbangan di dalamnya. Senak!

Tarik nafas dan hembus. Disebabkan Taqi dah tak ada dalam talian, jari-jemari runcingnya mulai berdansa di atas papan kekunci. Bibir bawah digigit sendiri. Mesej yang sudah siap ditaip tetapi belum dikirim itu dibaca perlahan. Sure ke nak hantar mesej sebegini kepada lelaki itu?

Nervous lagi! Ah tak kira, Emma pejam mata dan ketik saja. Selepas itu telefon bibir ditutup. Grrr... berdebar.

EMMA (21:17)
Esok malam, kacau aku lagi ya.

Akhtar kacau, Emma menyampah. Berbeza pula dengan Taqi, Emma rasa suka aje. Aduhai hati... perasaan yang sudah lama terpadam tu nak buat comeback ke macam mana?
  
   
   
   
   
   
"UISH, makin berseri aku tengok kau sejak dua menjak kebelakangan ni? Akhtar dah layan kau elok ke?" Aisya jungkit kening.

[B3] TAQIWhere stories live. Discover now