TAQI - 24

7.7K 1.2K 359
                                    

SELAMAT sampai ke rumah, Emma ucapkan selamat tinggal kepada Aisya. Masuk sahaja ke dalam bilik, pintu dikunci dan tas tangan dicampak ke lantai, telefon bimbit dibaling tepat atas tilam. Naya kalau pecah. Ingat dia anak raja nak tukar phone balik-balik? Emma rebahkan tubuh ke tilam. Mata pandang dada siling. Bibir nipisnya terkumat-kamit mengutuk Akhtar.

Kenapa banyak-banyak lelaki dalam dunia ni, Akhtar Luqman juga yang walid pilih? Walid kata Akhtar sesuai dengannya. Akhtar boleh senangkan hidup mereka. Bahagiakan hidup mereka. Mereka. Bukan dia. Jadi itu bermakna Emma gadaikan dirinya semata-mata untuk kesenangan Walid sahaja, kan?

Tok! tok! tok!

Pintu diketuk dari luar. "Nak apa?" soalnya nyaring dari dalam.

"Wa-walid panggil kakak." Suara budak perempuan membalas. Sudah semestinya orang itu adalah Amelia. Adik perempuan sebapa. Amelia Amanda adalah hasil dari perkahwinan kedua walid dengan ibu tirinya, Hayati.

"Kau bagitahu dia, aku penat."

"Nanti walid marah..."

"Kau pekak ke? Aku kata aku penat, anjing. Jadi bagitahu aje orang tua tu aku penat. Aku tak nak bercakap dengan sesiapa dalam rumah ni!" Marahnya. Emma memutarkan biji mata ke atas. Menyampah sungguh.

Wahab nak cakap apa lagi dengannya? Nak bagitahu apa? Ke Akhtar ada mengadu sesuatu kepada walidnya? Ketap bibir. Dia faham sangat dengan perangai bakal suaminya itu. Dia dah masak dengan kelakuan kurang matang Akhtar. Lelaki itu nemang gemar memutar belitkan cerita. Sangat pandai berlakon seolah dialah mangsa keadaan.

"Kakak-"

"Aku bukan kakak kau!" Turun dari katil. Kunci dibuka dan pintu dikuak lebar. Kelibat Amelia yang masih terpacak depan pintu biliknya itu ditentang tajam.

Bahu budak perempuan dalam anggaran usia 5 tahun itu ditolak menjauh. Tatkala amarah sedang menguasi Emma, tubuh kecil itu ditolak kasar sehingga Amelia jatuh terduduk di atas lantai. Terdiam seketika. Empat mata saling bersabung. Dan apabila Emma maju dan cuba membantu adiknya bangun, tiba-tiba suara nyaring Walid memanggil namanya bergema ke segenap penjuru.

Emma mengangkat wajahnya. Pang! Sedas penampar hinggap di pipi kanannya. Tersentak sejenak. Senyuman perit tersungging di bibir nipisnya. Pipi yang terasa kebas dipegang. Emma tenung muka Wahab dalam-dalam. Riak tak percaya terpeta di wajahnya.

"Lepas satu, satu lagi masalah Emma buat. Makin besar, makin susah walid nak jaga!" bentak Wahab. Tubuh Amelia dibelek belakang depan untuk memastikan sama ada anaknya terluka atau tidak.

"Ada ke Emma suruh walid jaga Emma? Tak ada, kan?" Emma membalas dalam nada meninggi. Melawan balik kata-kata si ayah.

"Amel pergi masuk bilik. Walid nak bercakap dengan kakak dulu." Bahu Amelia diusap. Tanpa banyak bicara, Amelia pun mengatur langkah menuruni anak tangga.

Emma lepaskan nafas berat. Rambut disebak ke belakang. Tangan disilang ke dada. Wajah dialihkan.

"Kenapa berkasar dengan Amel?" soal Wahab kasar.

"Tak sengaja, bodoh."

Wahab kepal penumbuk. Ikutkan hati, mahu saja dia pukul anak perempuannya yang satu ini. Namun keinginan tersebut cepat-cepat dia hapuskan. Wahab sabarkan hati. Perbincangan ini takkan berakhir jika dia mulakan dengan kekerasan.

"Akhtar kata..." Belum habis cakap lagi Emma dah pintas.

"Anak haram tu mengadu apa pulak?" Emma dah agak dah.

"Emma!" Tak suka dengan cara Emma memanggil bakal menantunya itu. Akhtar ada nama. Statusnya juga tidak sehina yang Emma sebut.

"Dia mengadu apa pulak kali ni?" Suara di celah gigi. Menggigil satu tubuh menahan rasa amarah yang meluap-luap. Walaupun Wahab tak jelaskan lagi aduan 'palsu' tersebut, darahnya bagaikan dah mendidih di dalam tubuh. Tinggal tunggu masa saja nak hamburkan amukkannya.

[B3] TAQIWhere stories live. Discover now