TAQI - 22

7K 1.2K 176
                                    

DUDUK berhadapanan sambil bertentangan mata. Perbincangan di antara dua manusia itu tak tamat di gudang. Malah mereka menyambung perbualan yang terbantut di kafe berdekatan. Mujur Emma bersetuju untuk keluar sekejap.

"Dah lama ke jadi pelukis?" Taqi menyoal lagi. Rasanya asyik dia yang bertanya sedangkan Emma memilih untuk diam dan menjawab. Itu pun jawapan ringkas.

"Almost 4 years."

"Dah lama..."

"Kau pulak? Buat apa sekarang?" Silang kaki kanan di atas kaki kiri. Lagaknya seperti dah biasa tayang kaki depan lelaki bukan mahram.

"Mengajar."

"Kau cikgu ke?" No wonder lelaki itu kemas berkemeja.

"Lebih kurang macam tu."

"Mengajar dekat sekolah mana?" Emma bertanya lagi.

"To be exact, university." Air soda diteguk untuk menghilangkan rasa haus.

"Oh, pensyarah lah." Nak puji tapi tak nak tunjukkan sangat rasa gembira tu. Nanti lelaki depan dia ni kembang semangkuk.

"Haah."

"Universiti sini ke?" Emma ingin tahu lagi.

"Tak. Dekat Selangor. Since class saya habis awal, itu yang singgah KL sekejap. Nak jumpa mama." jelas Taqi. Sepasang mata miliknya ralit memerhatikan keindahan di depan mata.

"Aunty uncle apa khabar?" Dah lama tak tanya khabar. Sejak keluarga Taqi berpindah enam tahun lepas, jarang sekali dia nak bertemu dengan Hani. Kadang setahun dua kali, itu pun terserempak di kedai.

Nak singgah ke rumah baru mereka, memang walid tak izinkan. Alasan jangan susahkan orang lain. Duduk aje dekat rumah sendiri. Lagipun Emma dengan keluarga Taqi bukannya ada hubungan istimewa. Mereka sekadar berjiran sahaja. Walid tu bukannya peramah sangat. Berbeza dengan umminya.

"Alhamdulilah. Sihat. Parents awak? Mereka baik-baik sajakan?" Taqi bertanya kembali. Dia pun sama macam Emma. Jarang sekali nak bertegur Sapa dengan keluarga Emma. Uncle Wahab tu boleh dikatakan garang. Atau lebih tepat, tegas.

Emma tersenyum hambar mendengar pertanyaan lelaki itu. Sejujurnya dia tak ada jawapan untuk umminya. Untuk Wahab, entahlah. Hubungan dia dengan walidnya bukannya baik sangat. Walau masih tinggal di bawah bumbung yang sama dengan lelaki itu dan ibu tirinya, Emma tak ingin ambil peduli.

"Entah. Sihat kot." Jawabnya acuh tak acuh. Senyum lagi. Sayangnya senyuman itu nampak pahit.

"Sudah berpunya ke?" Dek mahu tahu tentang status gadis pujaannya, dia gagahkan diri untuk menyuarakan soalan itu.

"Kenapa? Kau dah ada ke?" Emma selalu biarkan soalan Taqi tergantung dan membalas dengan pertanyaan yang sama.

"Sebelum saya jawab. Awak jawab soalan saya dulu." ujarnya perlahan.

Emma mendesis. Taqi dijeling menyampah. "Aku tak rasa aku nak jawab soalan tu. Lagipun hidup aku bukan urusan kau." Dia menjawab sinis.

"Okay then. Saya pun tak paksa awak jawab. Sorry if soalan saya buat awak tak selesa." ucapnya.

Emma alihkan pandangan. Tatkala kepala ditoleh ke tempat lain, tak semena sepasang mata miliknya bertembung dengan seseorang yang tidak asing lagi. Emma kacip gigi kuat-kuat. Rambutnya yang cantik beralun disebak kasar ke belakang. Tarik nafas dan hembus.

Banyak-banyak tempat, kenapa Kafe ini juga lelaki itu perlu singgah?

"Awak okay ke?" Taqi menegur. Rasa serba tak kena saja bila dia perasan wajah Emma berubah merah. Nampak seperti sedang menahan marah.

[B3] TAQIWhere stories live. Discover now