"NAH, hadiah." Sebuah bag kertas sederhana besar saiznya dihulur kepada cik isteri yang ralit merapikan ikatan rambutnya.
Emma mengerutkan kening. Pandang wajah tampan Taqi dengan pandangan bingung. Untuk apa Taqi memberinya hadiah kalau Taqi boleh memberinya sebuah pelukan di pagi hari? Pagi ni Taqi tak peluk dia pun. Bangun-bangun je, Taqi dah masuk ke bilik air. Sigh!
"Aik, untuk apa?"
"Untuk awak pakailah. Saya tak sure if awak suka atau tak."
Parcel J&T dikeluarkan dari bag kertas tersebut. Dek tidak sabar mahu melihat isi di dalam parcel tersebut, Emma gigit plastik parcel itu lalu dikoyakkan sedikit. Jari diseluk ke dalam lubang lalu dikoyak besar parcel itu.
Emma pandang Taqi.
"Tudung?"
"Haah. Chiffon voile. Bidang 50. Pistachio and violet." ujarnya lengkap. Padahal Emma langsung tak bertanya apa-apa tentang tudung itu.
Emma tersenyum kecil seraya menatap wajah tampan lelaki kesayangannya. Tangan dilekapkan di pipi kanan Taqi kemudian jari-jemarinya menghelus lembut pipi itu.
"Cantik." Dah suami dia hadiahkan, kenalah hargai pemberian suaminya itu.
"Nanti pakai ya."
Emma mengangguk. "Cantik ke kalau saya pakai tudung?" Emma menyoal kembali. Dia bukannya pakai tudung secara konsisten. Kadang buka dan kadang tutup.
Orang nasihat secara halus pun belum tentu dia mahu dengar. Alasannya, tunggu bersedia. Tapi sampai bila? Tunggu ajal menjemput dulu?
"Saya suka. Sejuk mata memandang." Taqi memamerkan sebuah senyuman manis kepada cik isteri. Tangan si isteri yang terletak di pipinya diambil kemudian dipaut. Jari-jemari Emma dikaup kemudian disulam kemas dengan jari-jemari panjangnya.
"Saya minta awak tutup ni..." Rambut Emma diusap.
"Ni." Dan jari turun menyentuh leher jenjang Emma.
"Dan ni." Dan kali ini sulaman jemari mereka dileraikan dek kedua belah tangan lelaki itu naik menyentuh butang baju pijama Emma. Tanpa disuruh, dengan selambanya lelaki itu memasangkan dua butang teratas pijama satin isterinya.
"Jaga aurat untuk saya kerana Allah. Boleh?" Tidakkah dayus namanya jikalau dia membiarkan aurat isterinya dipertontonkan kepada orang lain?
Pandangan mata mereka saling berlaga. Emma diam sahaja tanpa menjawab pertanyaan lelaki itu. Kelu lidah mahu menjawab. Soalan Taqi tidaklah sukar cuma perbuatan lelaki itu membuatkan dia terdiam dan mindanya menerawang ke dunia lain. Sumpah hot!
"Sayang, boleh eh? Saya tahu awak tak biasa tapi saya nak awak biasakan. Tutup semua ni untuk saya. Saya tahu isteri saya ni cantik, menawan tapi biar saya seorang sahaja yang tengok. Biar saya seorang yang nikmati keindahan yang ada pada isteri saya. Can?" Kelembutan tutur bicara seorang Taqi tak semena membuatkan hati Emma dijentik dengan rasa suka dan terharu. Makin menggebu-gebu rasa cinta di hati.
"Saya akan cuba. Thank you." ucapnya lembut. Tubuh sederhana tegap milik suaminya dipeluk erat. Wajah dilekapkan di dada Taqi.
"Saya bukan nak memaksa tapi awak dah jadi sebahagian dari tanggungjawab saya, Emma. Tutup aurat bukannya pilihan tapi tuntutan. Tak apa panas sekarang, tak apa kalau kita lebih tertutup, asalkan dekat sana nanti, kita tak menanggung seksa." ujar Taqi lagi. Belakang kepala Emma diusap sayang.
"Ye, baiklah! Mulai hari ni, saya akan jaga aurat. Saya takkan tayang dekat orang lain lagi dah. Saya tak nak kita sakit dekat sana nanti. Dan saya tak nak disebabkan saya, suami saya kena tarik ke neraka. InsyaAllah, Saya janji saya akan berubah. Asalkan awak tak penat untuk bimbing saya semula ke jalan DIA." Slowly but surely.
Bibir Taqi menarik segaris senyuman manis. Syukurlah kalau bidadari syurganya ini mahu mendengar kata. Alhamdulilah. Mujur Emma tak membantah arahannya. Dia suruh Emma menjaga auratnya bukan untuk kebaikkan dirinya semata-mata tapi untuk kebaikkan Emma dunia akhirat juga.
"InsyaAllah, selagi nyawa masih dikandung badan, saya akan terus bimbing isteri saya. Dan saya harap awak tak rasa terpaksa tau. Ikhlaskan hati awak untuk berubah. Bukan kerana saya tapi kerana DIA. Okay, sayang?" Sebuah ciuman mendarat di tepi kepala Emma. Tangan pula menepuk belakang bahu isterinya.
"Terima kasih sebab tegur dan ingatkan saya. Maaf juga sebab berubah sejauh ni." Kalau bukan disebabkan kemelut yang melanda keluarganya, pasti dia masih menjadi Emma Zahira yang sama seperti 6 tahun yang lalu.
"It's okaylah, saya faham. Tak apa." Dan jika dia berada di tempat Emma, mungkin juga dia akan memilih jalan yang sama. Kan?
"Thank you, cinta hati saya." Lalu Emma mengetatkan pelukan. Sembam muka di dada suaminya. Sambil-sambil itu Emma mengambil kesempatan menghidu bau wangi dari tubuh lelaki itu.
"Wanginya, sayang saya ni." Emma dongak sedikit lalu pandang Taqi.
"Saya dah mandi."
"Tak ajak pun."
"Eh..."
TBCUpdate: 03102021.
Hi! Selamat kembali ke asrama dan ke sekolah. Hihi, rindu pula.
